Belajar Menulis | Cara Mengajar Anak Memegang Pensel Dengan Betul Sejak Umur 1 Tahun

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Memegang pensel dengan betul adalah satu skill yang sangat penting untuk kanak-kanak. Tapi ramai budak zaman sekarang masih tidak tahu cara memegang pensel dengan betul apabila masuk darjah satu.

Cara Memegang Pensel Dengan Betul

Masalah anak tidak pandai memegang pensel dengan betul boleh menyebabkan anak ketinggalan di sekolah. Macam mana nak pandai menulis kalau masih tak boleh memegang pensel? Perkara serius ni!

Cara Memegang Pensel Dengan Betul
Dina @ 2 tahun

Salah satu sebab utama ramai budak tak pandai memegang pensel dengan betul ialah penggunaan gadget tanpa kawalan sejak masih bayi lagi. Gadget yang ada touch screen tu sangat merbahaya untuk perkembangan awal kanak-kanak!

Ada banyak bukti menunjukkan anak yang ketagih gadget sejak kecik cenderung untuk mengalami masalah autisme. Penggunaan gadget yang melampau menyebabkan anak menjadi anti-sosial, tidak berkomunikasi, kuat tantrum dan pemarah dan tidak pandai memegang pensel dengan betul.

Yup!! Gadget menyebabkan ramai jari jemari budak menjadi kaku kerana terlalu lama terdedah dengan gadget touch screen.

Cara Memegang Pensel Dengan Betul

Gadget tidak langsung membantu meningkatkan keupayaan motor halus jari jemari untuk memegang sesuatu objek seperti pensel. Sebab gadget berfungsi dengan touch and slide sahaja kan?

Anak terdedah dengan gadget? Baca sini => 8 Cara Untuk Kawal Anak Daripada Ketagihan Gadget

Keupayaan memegang pensel dengan betul sangat mempengaruhi pembelajaran anak di sekolah. Sistem pendidikan kita sekarang ni tak macam dulu. Sekarang semuanya advance dan semuanya nak cepat. Masuk darjah satu dah kena tahu menulis dan membaca.

Cara Memegang Pensel Dengan Betul
Dina @ 2 tahun

Omak abah kena ambik berat. Jangan ingat skill memegang pensel tu satu skill mudah. Sebab cara memegang pensel dengan betul mesti dilatih.

Cara Memegang Pensel Dengan Betul

Cara memegang alat tulis (pen atau pensel) yang betul adalah seperti berikut:

Cara Memegang Pensel Dengan Betu

Pegang alat tulis antara ibu jari (2) dan jari penunjuk (3) menghala ke hulung alat tulis, dengan meletakkan alat tulis di atas jari tengah (1) (ada orang menyebut jari hantu), jari manis dan jari kelingking membengkok ke dalam tapak tangan.

Cara Memegang Pensel Dengan Betu

Kedudukan Buku atau Kertas Yang Betul Semasa Menulis

Cara Memegang Pensel Dengan Betu

Cara Memegang Pensel Dengan Betu

Kemahiran Memegang Pensel Mengikut Umur

Aku share sini tahap atau skill memegang pensel mengikut umur dari 1 – 7 tahun.

Cara Memegang Pensel Dengan Betu

  • 1 – 1 1/2 tahun – cylindrical grasp
  • 2-3 tahun – digital grasp
  • 3 1/2 – 4 tahun – modified tripod grasp
  • 4 1/2 – 7 tahun – tripod grasp

Aku sudah bagi Dina memegang pen dan pensel sejak dia berumur 12 bulan. Masa mula-mula tu dia suka masukkan pensel dalam mulut. Kena pantau dan tegur lah. Baby kan lagi tu.

Cara Memegang Pensel Dengan Betul

Tapi baby cepat belajar dari pengalaman. Aku ajar dia pegang pensel dengan cara yang betul dan tunjuk apa kegunaan pensel tu.

Cara Memegang Pensel Dengan Betul

Tak lama lepas tu dia pun tahu pensel tu digunakan untuk menconteng (dan menulis).

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Masa Dina berumur 12 bulan dia sudah pandai memegang pensel tahap cylindrical grasp.

Cara Memegang Pensel Dengan Betul

Dia ada juga pegang pensel tahap digital grasp tu tapi tak lama. Masa dia berumur 14 bulan, Dina dah kuasai skill memegang pensel tahap modified tripod grasp. Advance sudah. Hehe!

Cara Memegang Pensel Dengan Betul

Sekarang Dina berumur 2 tahun dan sudah pandai memegang pensel dengan cara yang betul iaitu tahap tripod grasp.

Cara Memegang Pensel Dengan Betul

Aku rasa faktor utama Dina pandai memegang pensel dengan betul seawal umur 2 tahun ialah:

Aku bagi kebebasan untuk anak-anak aku menconteng. Kertas A4 putih memang sentiasa ada stok dalam rumah. Kadang-kadang aku bagi buku tulis lama Izzah yang tak habis digunakan.

Anak aku pun suka conteng dinding dan diri sendiri jugak. Kaki aku pun Dina sempat jugak conteng. Omak pasrah! Hehe!

Nak marah? Tak perlu kot. Dinding rumah aku tu dah penuh hasil seni anak-anak sejak 8 tahun yang lalu. Conteng dinding rumah sendiri tak apa. Jangan rumah orang atau tempat awam.

Anak aku behave kat rumah orang dan in public. So aku bukan omak yang gagal.

I have my own parenting style. Suka hati omak la anak omak. Hahaha!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *