Bismillah. Cikros di sini.
Anak aku Irfan since awal tahun hari tu dah ikuti kelas belajar mengaji Al Quran teknik Al Baghdadi. Kelas mengaji sekali seminggu setiap hari Sabtu.
Al-Baghdadi merupakan satu teknik bagi memberi pendedahan mengenai cara mudah dan menyeronokkan dalam proses belajar al-Quran.
Kelas belajar Al Quran teknik Al Baghdadi ni special nya sebab dia guna set alat bantu mengajar iaitu ALAT KETUK.
Alat Ketuk Teknik Al Baghdadi terdiri daripada “Papan Ketuk” dan “Kayu Ketuk” digunakan bagi membentuk ‘tempo’ bacaan serta membentuk disiplin bacaan yang tinggi bagi mewujudkan pola bacaan Al Quran mengikut intonasi tersusun.
Bacaan atau sebutan yang turut disertai dengan bunyi alat ketuk membolehkan pelajar menguasai dengan baik kemampuan membaca tanda baris asas bacaan, mengenal tanda bacaan panjang Mad selain bacaan mati (sukun) serta bertanda Sabdu.
Alat ketuk Al Baghdadi telah mendapat anugerah Finalis Inovasi Negara 2013. Tahu tak? Penggunaan alat ketuk ini akan mengaktifkan fungsi otak kiri dan kanan agar pelajar sentiasa teruja untuk berfikir dan dalam masa yang sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.
Kelebihan Belajar Al Quran Teknik Al Baghdadi
Belajar mengaji Al Quran Teknik Al-Baghdadi adalah sangat berkesan dalam membantu pelajar-pelajar menguasai pembacaan Al-Quran dengan cepat tanpa rasa bosan. Antara kelebihan yang terdapat pada Teknik Al-Baghdadi ini ialah:-
- Proses pembelajaran yang sangat mudah dan cepat.
- Kesilapan akan diperbetulkan sepanjang proses pembelajaran dengan cepat.
- Tidak mengira berapa jumlah pelajar dalam sesuatu sesi semua pelajar perlu mengambil bahagian sepanjang pembelajaran.
- Tiada had umur kerana semua peringkat umur boleh mempelajarinya.
Belajar mengaji Al Quran teknik Al Baghdadi ni mengikut tahap yang bermula dari :
- Tahap 1 – Tamhid Al-Baghdadi
- Tahap 2 – Tajwid Al Baghdadi
- Tahap 3 – Talaqqi Am Al Baghdadi
- Tahap 4 – Talaqqi Khas Al Baghdadi
- Tahap 5 – Talaqqi Sanad Al Baghdadi
Tahap 1: Tamhid Al-Baghdadi
Pengajian Tamhid Al-Baghdadi adalah pakej pengajian asas yang dilengkapi dengan Buku Tamhid Al-Baghdadi beserta Set Alat Ketuk Al-Baghdadi.
Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran ini yang mengandungi 11 bab pembelajaran, menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran.
Penguasaan 6 asas-asas tersebut adalah:
- Keupayaan mengenal dan membaca 28 huruf Hijaiyyah dengan baik.
- Keupayaan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah.
- Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin.
- Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad.
- Keupayaan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
- Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu.
Pendekatan SAS (Struktur, Analisis, Sintesis) yang digunakan dalam penyusunan buku Tamhid Al-Baghdadi mampu melahirkan pelajar yang mahir di dalam mengenal pasti bunyi-bunyi yang terdapat di dalam bacaan Al-Quran.
Set Alat Ketuk adalah satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Teknik ketukan didapati mampu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisplin di dalam bacaannya.
Proses pembelajaran juga didapati lebih menceriakan dengan Teknik Ketukan,disamping mempermudahkan tugas guru membimbing para pelajar.
Terdapat pelbagai teknik yang juga diaplikasikan di dalam tamhid al-baghdadi ini, antaranya; Teknik Bacaan Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis)
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Tahap 2: Tajwid Al-Baghdadi
Kaedah Pengajian Tahap 2 Tajwid Al-Baghdadi telah dilengkapkan dengan penggunaan Buku Tajwid Al-Baghdadi yang ringkas tetapi berkesan.
Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap dan susulan kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran.
Keberkesanan kepada pembelajaran hukum tajwid adalah kerana menggunakan pendekatan pembelajaran secara amali bagi setiap bacaan dan asas hukum tajwid. Disamping itu, penekanan kepada makhraj huruf, membolehkan kepada sebutan sifat huruf yang lebih sempurna.
Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid yang agak kompleks.
Tahap 3, 4 & 5 : Talaqqi Al-Baghdadi
Kelas Talaqqi di Tahap 3, 4 dan 5 adalah merupakan susulan daripada pengajian Tajwid Al-Baghdadi Tahap 2.
Program Talaqqi Al-Baghdadi ini adalah sesI pembacaan Al-Quran secara praktikal bersama guru-guru dan ianya mengandungi tiga peringkat iaitu Talaqqi, Talaqqi Khas dan Talaqqi Sanad.
Ketiga-tiga peringkat Talaqqi ini telah dikategorikan seperti berikut:-
Tahap 3 : Talaqqi Am Al Baghdadi
Program lanjutan dimana ustaz baca setiap ayat dan diikuti oleh pelajar sehingga khatam Al-Quran. Pada tahap ini, kebanyakkan pelajar akan dapat menguasai pembacaan Al-Quran dengan lancar dan tartil. Masa yang diambil adalah antara 6-12 bulan.
Tahap 4 : Talaqqi Khas Al Baghdadi
Pembacaan Al-Quran 30 Juz berseorangan dihadapan guru yang memiliki sanad bacaan Al-Quran sampai kepada Rasulullah s.a.w. Talaqqi Am dijalankan bertujuan menarik minat masyarakat untuk bertalaqqi Al-Quran di samping mendengar bacaan secara langsung dari guru yang berkemahiran. Tempoh program ialah 30 hari.
Tahap 5 : Talaqqi Sanad Al Baghdadi
Ini adalah program Talaqqi Al-Quran dengan bimbingan secara langsung oleh guru talaqqi yang mempunyai sanad bacaan Al-Quran sampai kepada Rasulullah s.a.w. Bertujuan untuk melahirkan guru Al-Quran yang berkelayakan dan mantap dalam bacaan Al-Quran di samping berusaha mewujudkan suasana pembelajaran Al-Quran turun temurun iaitu Talaqqi Mushafahah. Tempoh pengajian ialah selama 10 hari