Saya pernah tengok satu video baby dalam umur 1 tahun yang terjatuh dalam kolam dan pandai survive dengan mengapungkan badan secara terlentang. Teruja sungguh!
Masa tu Irfan baru umur 4 bulan. Saya ingat nak hantar baby saya tu swimming.
Tapi…… Big Babah kata kena hantar Izzah dulu lah pergi swimming class. Baru boleh cerita pasal adiknya pulak…ekekeee.
So… saya pun buat lah research tentang kelas berenang kanak-kanak sekitar Setia Alam dan Shah Alam.
Kalau boleh nak cari yang dekat dengan area rumah saya lah kan. Jimat kos pengangkutan.
Pilihan pertama. Kelas renang kanak-kanak di Setia Alam Club. Register RM50. Yuran RM300 satu semester. 12 sessi setiap semester. Dalam RM25 satu sesi. Hmmm.. boleh tahan.
Pilihan kedua. Kelas renang kanak-kanak di Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE) Shah Alam. Register RM20. Yuran RM80 untuk 10 sesi latihan. Dalam RM8 satu sesi. Wah… murah tu beb.
Ingat nak ambil kelas renang kat Setia Alam Club tu untuk Izzah. Tapi pendaftaran pelajar baru dibuat setiap semester lah pulak. Masa saya tengah survey tu bulan 8 so next registration hanya dibuka pada bulan 10.
Mak tak sabar dah ni…ekekeke!
So… Big Babah pun daftarkan Izzah untuk belajar berenang di Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE) Shah Alam.
Tapi kat PADE tu banyak la pulak kelab renang yang buat kelas renang kanak-kanak. Anakair. Ombak. MaiSwim. SuperSharkz. Ada lagi rasanya.
Mana satu nak pilih?
Saya tak fikir panjang pun. Terus pilih kelas renang oleh Anakair.
Actually, yuran kelas renang kanak-kanak adalah berbeza mengikut kelab.
SuperSharkz ni kelab renang glamer sebab ada kedai jual peralatan renang sendiri di PADE tu. So.. harga yuran dia mahal sikit berbanding kelab renang lain-lain tu. RM130 untuk 8 kelas. RM16 satu sesi lah.
Kelab renang lain saya tak tau. Sebab tak survey sangat.
Kelas Swimming Shah Alam – Anakair
Kelab Renang Anakair ditubuhkan pada tahun 2004 dan merupakan Kelab berdaftar dengan Suruhanjaya Sukan dan Pendaftar Pertubuhan. Ia juga merupakan ahli gabungan Persatuan Renang Amatur Selangor (PRAS).
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Kalau nak belajar berenang untuk suka-suka boleh join Program Renang Asas. Kalau rasa nak menang pertandingan tu boleh masuk Program Renang Kompetitif..ekekeke.
Sesiapa pun boleh belajar berenang di kelas renang anjuran Kelab Renang Anakair ni. Kanak-kanak dan orang dewasa boleh belajar anytime.
Tapi baby kecik bawah 3 tahun je tak ada kelas swimming kat PADE ni. Kalau ada… dah lama saya daftarkan Irfan yang umur 10 bulan tewwww.
Ada beberapa level yang diajar dalam kelas berenang kanak-kanak di PADE Shah Alam ni.
Level 1
- Pengenalan Asas Renang (Floating / Kicking / Pulling / Streamline)
- Pengenalan Keselamatan Air
- Berenang Freestyle
- Ujian Praktikal
Level 2
- Teknik Lanjutan Freestyle
- Kicking / Pulling Breastroke
- Berenang Breastroke
- Ujian Praktikal
Level 3
- Teknik Lanjutan Breastroke
- Kicking / Pulling Backstroke
- Berenang Backstroke
- Ujian Praktikal
Level 4
- Teknik Lanjutan Backstroke
- Kicking / Pulling Butterfly
- Berenang Butterfly
- Ujian Praktikal
Izzah mula start belajar swimming di PADE tu pada 7hb September 2013. Masa tu Big Babah ada kelas NLP Mind Power untuk bisnes Qaseh Gold… so saya lah yang kena angkut Izzah dan Irfan pergi ke Pusat Akuatik Darul Ehsan tu.
No problem. Saya kan supermak. Dah biasa angkut anak-anak ke sana ke mari tanpa body guard ekekeekeke.
Snuggbaby Stork saya ni memang banyak membantu.
Izzah suka kaler pink. Baju swimming Ogival jenis jump suit memang sudah kaler pink.
Goggle pun nak kaler pink mahhh. Nasib baik ada kaler pink goggle jenama TYR ni. Mahal jugak tapi ada sale 40% hari tu. Jimat banyak dapat hik..hik.
First day tu kami sampai sedikit lambat. Sebab saya kesesatan. Pergi cari PADE sampai stadium Shah Alam sana tu mana nak jumpa. Ada GPS pun tak ada makna sebab tak tau guna… ekekee.
Bila masuk kawasan pool dah mak blur. Mana satu kelas swimming under Anakair.
Nasib baik cikgu Akram datang approach saya yang ke-bluran tu. Izzah mula panik sebab first time nak belajar swimming ni.
Cikgu swimming pujuk masuk air memang confirm tak nak punya lah. Teruslah cikgu dukung Izzah dan terjun sama-sama dalam kolam. Terbaik…ekekeke.
Dah masuk kolam Izzah melekat kat cikgu. Takut nak lepas. Macam-macam alasan dia bagi untuk keluar dari air.
- Cikgu… saya lapar belum makan.
- Cikgu.. saya penat lah. Nak rehat.
- Cikgu… saya nak buang air… muahhhaaaa!
Second day… Cikgu suruh guna woggles (tiub panjang yang dikepit bawah ketiak). Izzah menjerit tak nak. Cikgu suruh guna kick board pun tak nak.
Satu kolam PADE tu kot bergema dia punya “tak nak!”… ekekeke
Balik rumah memang kena ‘sekolah’ lah dengan mama dia ni. Saya cakap kalau saya nampak dia tak nak ikut apa cikgu suruh lagi… saya akan balik tinggalkan dia dalam kolam. Saiko dia sikit he heh.
Kelas swimming seterusnya… dengan happy nya dia guna woggles tu untuk berenang.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Siap panggil mama time tu jugak sebab nak suruh mamanya tengok dia dah boleh guna woggles.
Boleh pun kannnn.
Takut kena tinggal lah tu… menjadik lah pulak trick saya yang tak seberapa kejam tu…ekekeke.
Nampaknya Izzah dah makin suka belajar swimming. Makin lama makin berani. Dah boleh guna woggles dan kick board.
Cuma… dia belum berani terjun sendiri dalam kolam je..hmmm.
Saya kat tepi kolam selalu ketawa tengok gelagat dia belajar berenang dengan cikgu Akram dan cikgu Farah yang very child friendly tu.
Budak kalau di layan baik mesti seronok belajar apa saja pun kan.
Kadang-kadang saya ngeri tengok cikgu swimming kelab lain yang ala-ala Taliban he he.
Bukan tak bagus ajar budak guna approach macam tu. Budak memang akan cepat pick up dan cepat pandai. Confirm punya lah…
Tak percaya tengok la video dan gambar cara jurulatih China latih atelit mereka sejak dari kecil. Penuh dengan kekerasan dan penderaan beb..
Hasilnya memang superb. Ramai pemenang gold medal Olimpik dari negara China. No pain no gain la kannnn.
Tapi… Izzah bukannya nak masuk pertandingan atau jadi atelit negara. Saya nak dia belajar berenang untuk survival sahaja.
So… kalau dapat cikgu kelas renang @ swimming instructor terlatih yang pandai deal dengan kanak-kanak dan dapat ajar mereka berenang dengan bagus… memang syukur sangat-sangat.
Belajar sambil bergembira baru lah best kann…ekekeeke.
Thank you for this entry. Sangat suka! Mac 2015 ni anak saya cukup 3 tahun, boleh lah hantar.
malunyaa nanti Han nak belajar berenang.. Han dah umuq 14 baru nak belajar.. nampak mcm ramai budak kecill .. kak ros ada ka nampak orang remaja2 kat sana.. harap2 nanti adalah jugakk
Ada juga remaja dan dewasa yang baru belajar. Tak payah malu nak belajar.