Belajar Bahasa Cina | Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan Tahun 2 – Anak Nak Periksa Mak Yang Pening!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].

Anak aku Izzah tu masa taska ada belajar Bahasa Cina. Keluar dari taska tu aku hantar dia sambung belajar bahasa Mandarin. Kat New Concept Chinese Center Setia Alam. Sempat lah habis Buku Volume 2.

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

Masuk darjah satu aku stopped hantar Izzah kat New Concept Chinese. Sebab masa kelas clash dengan sekolah agama. Nasib baik kat sekolah kebangsaan pun ada kelas bahasa Cina.

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

Tapi peluang untuk ikuti kelas bahasa Cina sekolah kebangsaan ni limited. Hanya terbuka kepada murid-murid kelas nombor satu. Syukur Izzah berada dalam kelas tu.

Tak ramai pun budak yang ambik kelasa bahasa Cina kat sekolah kebangsaan Izzah tu. Tak sampai 10 orang!

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

Tahun lepas masa Izzah darjah satu — aku sedang tunggu masa nak bersalin masa dia nak periksa akhir tahun. Kelam-kabut aku cuba terjemahkan buku teks Bahasa Cina dia tu. Stress tahap gaban.

Maklumlah. Aku ni ada basic je bahasa Cina ni. Tu pun banyak lupa. Tak praktis macam tu la jadinya..ekekeke [wp-svg-icons icon=”confused-2″ wrap=”i”]

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

Berbaloi jugak last minute study tu. Sebab Izzah dapat mata pelajaran terbaik Bahasa Cina masa tahun satu. Bangga mak!

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan Tahun 2

Masuk tahun 2 makin bertambah vocabulary Bahasa Cina yang Izzah kena belajar. Aku ada beli buku teks dan buku aktiviti Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan sebagai copy aku — untuk mudahkan aku translate dan later ajar Izzah.

Tapi masa penggal pertama persekolahan aku tak ajar pun Izzah. Tak sempat. Banyak cabaran berlaku pada aku. So aku biarkan je dia ambik periksa pertengahan tahun dengan belajar sendiri. Hasilnya?

Izzah dapat 54 markah Bahasa Cina!! Kesian weh. [wp-svg-icons icon=”weather-5″ wrap=”i”]

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

Tapi Izzah still maintain top student Bahasa Cina tahun 2 kat sekolah dia. Imagine saja berapa markah budak-budak lain dapat? “Lagi teruk maaa!” kata Izzah. Ceh!

Tak boleh jadi ni. Aku kena ketepikan kerja2 aku untuk usaha translate buku teks dan buku aktiviti Bahasa Cina tu. Kemudian buat soalan latih-tubi untuk Izzah. Dah tahap wajib ni!

Bagaimana Nak Terjemah Tulisan Cina Kalau Tak Pandai Baca?

Aku bab baca tulisan Bahasa Cina @ Chinese characters ni memang ke laut. Macam mana nak terjemah kalau baca pun tak reti? Perkataan Bahasa Cina tu pulak beribu-ribu bentuk. Kena hafal rupa dia baru boleh baca.

Bukan macam bahasa Melayu @ English — tahu ABC dah boleh baca. Bukan macam bahasa Arab — tahu baca huruf Alif Ba Ta dah boleh baca bahasa Arab.

Bahasa Cina kena hafal setiap satu karakter dia tau. Tambah merumitkan — banyak karakter bahasa Cina stroke dia lebih kurang sama je. Bunyi pulak ada yang sama tapi dibezakan dengan cara menyebut samada menaik, menurun, mendatar atau naik turun. Pening? Memang pening!

Nasib baik lah ada applikasi OCR Instantly Pro (Optical Character Recognition). Aku installed kat smart phone aku. Nak terjemah tulisan Cina buka OCR dan ambik gambar tulisan. Kemudian translate.

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

Kacang.. kacang.. kacang! Kacang lah sangat. Kadang-kadang problem juga bila OCR tu tak dapat recognize karakter yang ada background. Merapu-rapu jadinya…huhuhuuu! [wp-svg-icons icon=”confused-2″ wrap=”i”]

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Apa pun. Dalam masa 2 minggu aku berjaya terjemah dalam 16 bab daripada 29 bab dalam buku teks Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan Tahun 2 tu. Tabik spring kat aku!

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

Aku ambik bab2 yang dia belajar dalam penggal kedua persekolahan je. Harap soalan peperiksaan akhir Bahasa Cina dia tu hanya keluar bab-bab yang tu je. Harap2 dapat lah membantu Izzah menjawab dengan lebih baik. Ameen!!

4 Comments

  • Hi Ros,

    Saya sungguh kagum dengan semangat pada Ros dalam mengajar Bahasa Cina. Boleh share tak soalan peperiksaan/ujian tahun 2?

  • Salam sis…skg ni sy dlm situasi mcm ni..huhu blh share x mcm mne kita nk bantu Anak dn ape yg perlu sy buat…sy pn x faham sgt cina ni..smpi cari app mcm sis jgk…tp app tu buat sy lg faham kluar yg bukan2 plk…huhu mcm mne sis blh translate semua bab tu..nk anta tuisyen tp sek agama …

  • Salam sis, boleh tak share soalan tahun lepas untuk Kertas Bahasa CIna tahun 1? Thank you very much

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *