Belajar Alat Muzik | Carta Penjarian Rekorder, Cord Rekorder & Belajar Bermain / Meniup Rekorder Dengan Betul

Bismillah. Cikros di sini.

Belajar bermain rekorder adalah salah satu subjek yang dipelajari dalam mata pelajaran Muzik di sekolah rendah. Aku dulu masa awal tahun 80-an pun dah pernah belajar bermain alat muzik rekorder ni.

Belajar Bermain Rekorder
Rekorder kena pegang 45 darjah. Bukan macam ni!

Sampai sekarang budak sekolah rendah masih lagi perlu belajar meniup rekorder. Kiranya rekorder ini alat muzik zaman berzaman lah. Hehe!

Aku dulu hanya berkesempatan meniup rekorder semasa di sekolah. Memang teruja bila ke bilik Muzik dan dapat mencuba bermain rekorder kepunyaan sekolah. Masa tu tak ada pulak cikgu suruh beli rekorder sendiri.

Tapi masa adik-adik aku sekolah rendah, mereka kena beli rekorder sendiri. Jeles pulak aku. Wahaha!

Belajar Bermain Rekorder

Masa awal tahun hari tu, Izzah cakap cikgu minta beli alat muzik rekorder. Sebab nak belajar meniup rekorder di sekolah.

Belajar Bermain Rekorder
Ni gaya menium trumpet. Haha!

Memanglah kat sekolah ada rekorder yang boleh dipinjam semasa kelas muzik. Tapi peralatan rekorder sekolah terhad.

Aku pun rasa tak best nak suruh anak guna rekorder sekolah tu. Sebab dikongsi dengan ramai orang. Rekorder kan alat muzik yang ditiup menggunakan mulut. So rasa macam tak bersih kot share alat muzik tiupan. Huhu!

Better beli sendiri rekorder. Tak mahal pun dalam belas ringgit untuk yang berkualit. Ada jugak rekorder murah bawah RM5 pun ada.

Jenis-Jenis Rekorder

Rekorder adalah alat muzik tiupan yang dibuat daripada kayu atau pun plastik.

Recorder sebenarnya ada banyak jenis iaitu rekorder Sopranino, rekorder Soprano, rekorder Alto, rekorder Tenor, rekorder Bass dan rekorder Contra Bass.

Belajar Bermain Rekorder

Alat muzik rekorder yang digunakan di sekolah rendah ialah rekorder jenis Soprano.

Struktur Rekorder

Recorder ni ada 3 bahagian iaitu kepala, badan dan kaki. Untuk main recorder ni mesti guna dua-dua belah jari. Kanan guna. Kiri pun guna.

Belajar Bermain Rekorder

Teknik Bermain Rekorder

Nak belajar menium rekorder dengan baik, kena tahu 5 teknik meniup rekoder supaya menghasilkan peniupan kualiti ton muzik yang sedap.

  1. Postur
  2. Embouchure
  3. Penglidahan
  4. Pernafasan
  5. Penjarian

1. Postur & Cara Memegang Rekorder

Postur yang betul semasa bermain rekorder adalah sangat penting untuk hasilkan kualiti ton yang baik.

Belajar Bermain Rekorder

  • Postur semasa meniup rekoder ialah badan perlu tegak dan berada dalam keadaan selesa.
  • Rekoder dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian.
  • Tangan diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan.
  • Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah.
  • Rekoder diimbangkan dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.
  • Gunakan ‘music stand’ untuk meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur badan yang tegak.
Belajar Bermain Rekorder
Ya!! Ini postur yang betul pegang rekorder 45 darjah.

2. Embouchure

Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipit (mouthpiece).

Belajar Bermain Rekorder

Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu bibir dirapatkan dan jangan gigit rekoder. Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam keadaan selesa.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Belajar Bermain Rekorder

3. Penglidahan

Penglidahan penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton.

Untuk not tengah, bunyikan ‘du’ dengan lidah.  Manakala not rendah menggunakan bunyi ‘lu’.

Bagi not tinggi, bunyikan ‘tu’ semasa meniup.  Bunyi ‘du-ku’ digunakan semasa ‘double tongueing’.

Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan.  Bagi permainan secara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk penghasilan not pendek.

4. Pernafasan

Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan perlahan-lahan serta terkawal.

Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara laju dalah untuk meniup not tinggi. Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang digunakan.

5. Penjarian Rekorder

Belajar Bermain Rekorder

Bagi tangan kiri:

  • Ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian belakang rekoder.
  • Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
  • Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
  • Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

Bagi tangan kanan:

  • Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
  • Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.
  • Lubang rekoder keenam ditutup dengan jari manis yang bernombor 6.
  • Lubang rekoder ketuju ditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu jari kelingking.

Belajar Bermain Rekorder

Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7. Tujuan lubang kecil ini adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flat.

Carta Penjarian Rekorder Kod Asas

Cara meletakkan jari pada rekorder mengikut carta penjarian rekorder. Rujuk gambar:

  • lubang gelap = tutup lubang
  • lubang cerah = jangan tutup
  • lubang separa gelap separa cerah = tutup lubang separuh je

Carta Penjarian Rekorder Kod Asas

Belajar Bermain Rekorder

Belajar Bermain Rekorder

Carta Penjarian Rekorder Kod Advance

Nak belajar meniup rekorder kena mahir main kod asas dahulu. Bila dah pandai boleh terus cuba kod yang lebih susah.

Belajar Bermain Rekorder

Belajar Bermain Rekorder

Belajar Bermain Rekorder

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *