Hah! Belah mulut bayi? Ngerinya bunyi. Sampai nak kena belah.
Bukan. Bukan. Belah mulut bayi itu adalah nama lain bagi TAHNIK. Tahnik ialah menyuap manisan dalam mulut bayi yang baru lahir.
Jujur. Saya hanya tahu tentang budaya tahnik anak sejak beberapa tahun lepas. Itu pun melalui media sosial. Rasanya Izzah dulu tak ada buat belah mulut.
Cara tahnik bayi baru lahir ialah sedikit isi tamar (buah kurma) diletak atas jari telunjuk dan dimasukkan dalam mulut bayi hingga menyentuh lelangit mulutnya.
Kalau tak ada buah kurma boleh saja guna manisan lain seperti madu. Tapi yang terbaik ialah buah kurma. Tak susah pun nak cari buah kurma kan?
Tahnik dengan buah kurma adalah lebih baik kerana buah kurma adalah lembut dan manis semulajadi.
Tahnik bayi baru lahir lebih afdal dibuat oleh orang alim untuk mendapatkan keberkatan dari doa yang dibacakannya.
Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya:
“Telah dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku.”
Tahnik merupakan sunnah nabi yang sunat dilakukan terhadap bayi yang baru lahir.
Kebaikan Tahnik Dari Segi Perubatan
Kajian sains menunjukkan deria rasa pada lidah bayi pada rasa masam dan manis telah terbentuk sejak dilahirkan. Deria rasa ini penting supaya bayi dapat menikmati susu ibu sejak lahir.
Amalan tahnik iaitu memberi manisan asli (kurma) pada minggu pertama kelahiran bayi boleh merangsangkan lagi deria rasa ini.
Kajian juga mendapati buah kurma kaya dengan manisan sucrose dan fructose yang bertindak sebagai ubat penahan sakit (analgesic) kepada bayi.
Pemberian sucrose (tahnik) pada bayi sebelum disuntik atau diambil darah boleh merangsang pengeluaran hormon endrophins yang banyak dalam tubuh bayi dan menyebabkan bayi merasa lebih tenang dan kurang sakit.
Waktu paling afdal di tahnik bayi ialah 7 hari pertama kelahiran. Kenapa? Sebab tindak balas manisan (sucrose) sebagai penahan sakit paling berkesan pada masa ini. Manafaat sucrose semakin berkurangan apabila bayi berumur 2 minggu ke atas.
Upacara Tahnik Irfan Harith
Mana ada upacara tahnik pun. Tahnik ceremony yang ringkas sahaja.
Irfan telah ditahnik beberapa jam selepas dia dilahirkan. Tahnik bayi dibuat ditepi katil saya dalam wad hospital. Santai. Sempoi.
Tak ada acara berendoi. Acara ber-basinet adalah. Guna baby bassinet hospital. Heh heh.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Abang ipar saya (seorang ustaz) datang melawat pada petang Irfan dilahirkan. Sambil melawat sambil buat upacara belah mulut bayi.
Kelakar tengok Irfan beriya menyedut manisan buah kurma bersama titisan air zam zam yang diberikan oleh ustaz. Siap terangkat-angkat kaki.
Masa Irfan ditahnik, saya belum lagi dibenarkan bangun. Masih kena berbaring terlentang selama 6 jam selepas dibedah.
Selepas tempoh 6 jam tamat baru saya dapat menyusukan bayi saya secara mengiring.
Alhamdulillah. Irfan sangat pandai menyusu. Tak macam Izzah dulu.
Mungkin sebab Izzah anak pertama. Saya tiada pengalaman. Agak kekok di situ. Terkial-kial nak menyusukan dia kali pertama. Heh heh.
Mungkin sebab Irfan sudah di tahnik. Maka sudah cekap menghisap susu. Mungkin belah mulut bayi ada sedikit sebanyak membantu. Tahnik.