Hari ni Sabtu… patutnya hari ni me duduk kat rumah sambil melayan Izzah.. dan juga melayan blogging… atau keluar berjalan mengambil angin di taman… atau berlegar-legar di shopping complex (berlegar je la… takde uang nak shopping bagai).
Hmmmph….
Tapi… keadaan sangat menyampah. Me kena buat kerja ofis kat rumah untuk ke sekian kalinya!!
Hari tu sebab pasal annual costing… sekarang pasal year end audit pulak… me handle 3 subsidiaries yang kena di audit pada masa yang sama!! Jadi.. kena buat schedules berkaitan dengan sepantas kilat sebelum deadline. Triple works.. argh.
Tapi… walau me dengan gigihnya buat kerja-kerja ni.. me juga ada deadlines lain.. sometimes urgent things.. jadi mana boleh nak concentrate buat benda audit ni je.. walaupun malam me continue buat kat rumah… tapi tak habis-habis!!
Dan.. me sudah rasa penat. Sangat penat… dah la kecewa bonus dan increment next year kena freeze… ni.. kena buat kerja bermati-matian… semangat nak kerja memang dah jatuh ke tahap -1000%.. dah terover beku!
Ye.. ye.. me patut bersyukur me masih ada kerja.. yang boleh memberi rezeki buat keluarga. Memang me bersyukur bab itu.. but sometimes the stress is too much. Kerja baru ditambah setiap masa sampai dah jadi carca-marba my job specs.
Hubby dah suruh me mula cari kerja lain. Hmm… me tahu kalau me cari kerja lain memang akan senang dapat. Sebab akauntan di mana-mana company pun nak pakai.
Tapi me tak sanggup going through the learning curves again.. kalau masuk company baru.. nak kena start dari bawah balik.. kena belajar selok-belok business company, cara dia report, sistem baru…ha ah.. not to mention new colleagues and bosses yang belum tentu sekufu.. dan juga leave tak de bagi orang belum confirm… susah woo..
So.. macam mana.. me dah set target 1 year to resign.. tapi sekarang ni rasa tawar hati betul… my current bos yang baik hati pun dah nak tamat kontrak akhir tahun… and more colleagues pun dah resign…hhmm…..
i made the decision to go on my own end of last year. so sedar tak sedar, dah nak setahun bekerja sendiri. bukan mudah tapi bukan juga susah sbb rezeki masing2 Allah dah tentukan. alhamdulillah dgn kurniaNya.
kalau boleh kerja bermati-matian untuk untuk org, pasti kita boleh kerja utk diri sendiri. nak bermati-matian atau tak, terpulang pada kemahuan dan kemampuan sendiri 🙂
all the best!
alahai…saya pernah merasakan itu ros…walaupun bengang, tapi keje kene buat. dan sekarang, kami dah ada satu kehidupan yg sangat kami cintai…alhamdulillah…ros, bila lagi??
hmm..
sama lah kita..
bukan setakat hari ni je,
hari esok pun kena kerja..
hmm, ada bayaran tambahan RM500 je tahun ni..
Alhamdulillah lah..
ada juga dari tak ada langsung.. huhu
.-= sya´s last blog post..ada apa dengan tudung? =-.
ros…i faced same kind of problem tapi situasi berbeza…ann keja gomen tapi memang tak puas ati…sebab per tau…
b4 this I was a primary school teacher…punya ler best coz keja 4 1/2 jam jer sehari then dpt critical allowance kedian ujung taun ada cuti sekolah sebulan setengah lagi
then I dipinjamkan Ke Kem Sumber Manusia sebab dorang takde tenaga mahir nak mengajar…dengan penilaian pretasi yg cemerlang dorang ambik I…yg bestnya dpt balik kg…yg hampesnya critical allowance dorang tak bagi dgn alasan takde peruntukan. Skrg ann keja from 8 to 5…pendapatan kurang rm300++….cuti tahunan 30hari…
dlm hati dok merungut…dah ler pinjam aku…gaji aku makin kurang…dulu best jer ngajar bdk sek rendah cuti pun banyak…semangat mmg down dah bila apa yg patut kita dah tak dpt…
.-= mamibizi´s last blog post..Blogger =-.
Ada 2 option la mcm tu :
1) Resign (after 1 year) – susah, tapi bergantung pada rezeki & usaha kita
2) Tukar keje kat company lain – dulu masa saya mula2 resign, takut juga dpt bos dan colleague yg tak ngam. Risiko tu ada, tapi kita takkan tahu sampai bila2 selagi kita tak cuba kan 😉
.-= unlisted_one´s last blog post..Mom Bloggers Planet =-.