Bismillah.
Perdana Menteri Tan Sri Muyuddin Yassin mengumumkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN PKS (Tambahan), bahawa kerajaan akan membantu PERUSAHAAN MIKRO untuk menangani impak ekonomi yang disebabkan oleh wabak Covid-19.
Sebanyak RM2.1 billion diperuntukkan melalui Geran Khas Prihatin RM3000 bagi semua syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan.
Geran khas RM3,000 untuk setiap syarikat mikro, manfaatkan 700,000 PKS mikro berdaftar dengan LHDN atau Pihak Berkuasa Tempatan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Apakah Perniagaan Mikro?
Perniagaan mikro adalah perniagaan kecil-kecilan yang mempunyai:
- Pendapatan bawah RM300,000 setahun
- Pekerja kurang daripada 5 orang
Antara contoh perniagaan mikro ialah katering, penjagaan kanak-kanak, pengusaha pasar malam, penjaja, penternak, fotografi, perkhidmatan komputer, pembersihan rumah, perancangan acara, perakaunan dan sebagainya.
Geran Khas Prihatin RM3,000
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro di Malaysia adalah antara perniagaan yang paling terjejas semasa wabak Covid-19.
Kerajaan menyediakan Geran Khas Prihatin (GPK) dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion untuk membantu meringankan beban kewangan perniagaan para pengusaha dalam industri PKS mikro yang terjejas akibat wabak Covid-19
Pemberian Geran Khas Prihatin iaitu berjumlah RM3,000 secara one-off atau sekali bayaran ini dijangka akan memberikan manfaat kepada hampir 700 ribu PKS mikro di seluruh negara
Geran ini adalah berbeza dengan pinjaman iaitu anda tidak perlu membayar kembali geran/dana tersebut kerana ini bukanlah pembiayaan.
Syarat wajib bagi mendapatkan bantuan Geran Khas Prihatin ialah ini PKS mikro mestilah berdaftar sebelum atau pada 31 Disember 2019 dengan samada:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000
Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020. Anda boleh memohon Geran Khas Prihatin melalui pautan berikut : 🔗 https://gkp.hasil.gov.my
Syarat Kelayakan Geran Khas Prihatin RM3,000
1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia;
2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000, dan
- Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik
3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat
5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Semakan Keputusan Geran Khas Prihatin (GKP)
Pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) boleh membuat semakan keputusan permohonan mulai minggu pertama Jun 2020 di laman web LHDN.
Pembayaran Geran Khas Prihatin dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020. Kaedah pembayaran adalah secara kredit ke akaun bank pemohon yang layak.