Ohh… minggu ni me memang sangat sibuk dengan kerja di ofis. Kesibukan yang melampau-lampau.
Sebab apa? Sebab bulan ni bulan terakhir bagi tahun kewangan 2009. Maknanya, macam-macam kena settle. Sampai keje ofis kena buat kat rumah. Nak kejar deadline punya pasal. Arghhh… tensi macik!
Walaupun sibuk, me cuba cari waktu untuk buat schedule posts bagi blog ini. Post/blog review untuk MBP pulak asyik tertunda aje. Agaknya nak kena cari penulis volunteer untuk MBP kot…ahaks.
Anyway, mood nak raya dan balik kampung semakin bertambah-tambah ni…ha..ha
Me akan balik kampung di Jerteh, Terengganu pada Sabtu ni 19hb. Plan asal nak tolak 3 pagi sebab nak lalu jalan Gua Musang. Uishh… jalan dari Karak nak masuk Gua Musang tu memang akan jem kalau lambat. Tapi, sebab kakak nak ikut konvoi maka plan kena ubah. Me bertolak pukul 6 pagi dan tak boleh lalu Gua Musang la.
Sebabnya kakak tak boleh drive dalam gelap… mata dah tak waras…tu kata dia lah..ha..ha
Ohh.. kakak saya ni husband dia kena kerja pada hari raya. So, abang ipar saya bagi izin dia balik dengan anak-anak tapi dengan syarat kena konvoi dengan mana-mana adik beradik.
Nak balik kampung saya ambik masa 8-10 jam ye. Kadang-kadang lebih kalau hujan lebat. Me gilir-gilir drive dengan hubby sebab hubby tak leh drive direct sampai 8-10 jam camtu. Tak kisah la, sebab me dah biasa drive sorang-sorang balik kampung masa bujang dulu.
Okeh… ini balik kampung checklist me.
Kereta
- Service kereta – dah buat masa awal puasa!
- Check/tukar tayar – dah tukar sebab minggu lepas pancit (hubby ambik tayar yang jenis boleh ‘potong’ air.. katanya tayar macam ni kalau lalu atas lopak air pun maintain straight.. tak terbabas, tapi mahal sikit la tayar jenis ni)
Packing – Izzah
- Baju/kasut raya
- Towel
- Baju harian
- Baju tidur
- Diaper bag
- Bakul susu/makanan
- Air panas
- Mainan/buku/CD
- Bantal kecik (ni mama boleh pakai nak baring kat seat belakang)
- Toileteries (minyak yuyi, bottom balm etc)
Packing – Babah
- Baju Melayu/kain pelikat
- Songkok
- Towel
- T-shirts
- Jeans/pants/anak seluar
- Toiletries
Packing – Mama
- Baju raya
- Blouses/tudung
- T-shirts
- Towel
- Jeans/pants/anak seluar
- Telekung
- Contact lenses spare/cleaning solution
- Spec
- Toileteries
Packing – General
- Laptops/Power Cable (kalau lupa power cable abis la…)
- Celcom Broadband (ni takleh tinggal,kan tak leh nak ber-blog)
- Thumb Drives (simpan projek2)
- Camera DSLR and Compact (nak ambik gambar time raya)
- Kuih raya/jajan (kuih raya ‘tunjuk’ + jajan untuk budak2)
- Duit raya (dah masuk sampul)
- Vicks/Tiger Balm (berguna time memandu – hilangkan mengantuk.pening)
- Photography books
- Kunci rumah mak (senang nak masuk rumah).
Emmm… rasa dah tulis semua nih. Kalau ada lagi nanti tambah.
jgn beria sgt follow checklist nnt izzah tertinggal. kang jd cam movie home alone tu.
selamat hari raya to u & family. have fun!!
.-= mamamiya´s last blog post..Miya dancing with Teletubbies! =-.
mamamiya…ha..ha.. yg itu tak kan tertinggal punya… nampak je me or hubby buka pintu terus terjah nak ikut…ahaks!
Selamat hari raya! Maaf zahir batin. Hope you have a safe journey home 😉
mommylyssa, selamat hari raya.. maaf zahir batin… take care (jangan makan banyak sangat…ahaks!)
Salam lebaran..moga selamat sampai ke kampung..meh kutip kad raya daku.. n join my new contest..leh snap masa raya nanti..hehehe
.-= miela77´s last blog post..UK Anti-Virus Formula Bio-Tech Herbal – Sesuai Utk Mencegah H1N1…Sticky Mode =-.
miela, selamat beraya!! tapi jangan sakan sangat raya..he..he..okeh..nanti me kutip..thanks!
Wah,..sama2 balik Terengganu..yer,..mmg sangat jauh..huhu..
.-= unlisted_one´s last blog post..Selamat Hari Raya Semua!!!! =-.
unlisted, ooo… balik ganu jugak ye.. okie.. selamat beraya!
18hb malam kan tol free.. 😛
sama la kita kak..
cuti raya ni penuh dengan kerja yang dibawa balik,
yang duenya adalah hari isnin naik cuti raya..
huwaaa!
.-= sya´s last blog post..pengalaman raya =-.
sya, tu la.. kalau tolak malam dapat tol free.. ni sebab kena tunggu kakak tercinta… tak dapat le free tol…ha..ha
Salam Aidilfitri Ros & to lil Izzah & seisi keluarga…
Me lepas solat sunat Raya baru bertolak dari umah MIL kat Shah Alam to my parents kat Seremban..hemmm..tengok checklist ni rasa cam nak buat jugaklah…
.-= Hanz´s last blog post..Kad Raya..Kad Raya..Meriahnya!! =-.
hanz, selamat hari raya!
salam aidilfitri buat Izzah, Ros dan keluarga….
checklist to okay dah cuma kalau anak 3 kena kali 3… banyaknya barang2 dan nasib baik breastfeed..
p/s: sama-sama lah kita mengharungi jammed kat Karak Highway yang confirm panjang pada hari sabtu nie…me nak ke Pekan, Pahang.
berhati-hati dijalan raya
.-= nadnye´s last blog post..JOM MENDERMA BAGI ANAK-ANAK INI SEBELUM LEBARAN =-.
nadye, selamat beraya.. drive safely..
laaaaaaaaa.. kita sama kampung rupanya…
kat jerteh kat mana? sy kat kg gong kemuntong… tp sekrg dh takde rumah dh kat situ… dok gong kepas plok…
.-= laila´s last blog post..Sudah siap.. =-.
laila, weeeh! kampung me la tu gong kemuntong.. balik raya ke tak? jemput lah beraya rumah mak me..
me email no phone, senang2 sms ke.. calling ke