Bismillah. Aloe! Cikros di sini.
Aku memang nak belikan Izzah baju uniform Taekwondo khas untuk Poomsae – you know yang baju macam kimono dan seluar warna merah tu.
Tapi tengok harga mahal giler even kat Lazada pun cecah RM450++. Perghhh! Tak mampu omak. So pejam mata sambil doa semoga ada rezeki beli di kemudian hari.
Then last month, Sir Rizman pilih Izzah masuk pertandingan Poomsae peringkat negeri yang akan diadakan akhir bulan 11 nanti.
Nak perform Poomsae dalam competition better pakai baju unform Taekwondo khas untuk Poomsae. Omak kena cari jugak baju uniform Taekwondo Poomase tu.
Nasib baik terjumpa satu seller kat Shopee Malaysia. Local seller tau bukan ship dari oversea. Cepat sikit sampai.
Harga uniform Taekwondo Poomsae brand Kwon ni pulak RM200 sahaja. So kira murah berbanding harga baju Poomsae yang seller lain jual. Terus aku beli walau budget lari. Hehe!