Baju Kanak-Kanak Branded | Oshkosh B’Gosh – Baju Denim Overall Dress Kanak-Kanak Berjenama Sejak 1895

Bismillah. Cikros di sini.

Oshkosh B’Gosh. Baju kanak-kanak Oshkosh ni memang aku suka sejak ada anak lah. Tapi aku mula jatuh cinta dengan baju overall Oshkosh B’Gosh sejak cari baju overall untuk Irdina.

Design overall yang asal adalah berseluar panjang since yang pakainya mostly buruh kasar.  Mudah untuk bergerak dan tahan lasak kan.

Baju Branded Oshkosh BGosh

Tapi baju overall sekarang sudah jadi fashion orang kebanyakan. Aku memang suka baju overall especially bila anak aku yang pakai. Of coz la comelicious. Hehe!

Masa aku cari online baju overall untuk Dina tu, susah betul nak jumpa baju overall berjenama dan murah. Kat Lazada baju overall jeans kanak-kanak Oshkosh B’Gosh original semuanya berharga RM300+. Tersedak omak. Huhu!

Masa kat Shopee, aku jumpa baju overall jenis shortall (short + overall) jenama Oshkosh yang murah berharga dalam RM20-RM30 sehelai. Terus lah aku beli 2 helai dari seller berlainan.

Tapi baju overall tu bukannya baju Oshkosh original. Pegang kain pun dah tahu bukan denim betul pun. Nipis sangat. Butang pun tak kuat dan mudah sangat tercabut.

Baju Branded Oshkosh BGosh

Aku ada beli satu baju overall seluar panjang jenama Oshkosh B’Gosh di Shopee. Harga murah juga RM30.  Omak puas hati sangat sebab kualiti kain tu memang denim betul dan butang pun look and feel genuine metal.

Baju Branded Oshkosh BGosh
Masa ni cuaca sejuk so sesuai sangat pakai overall macam ni

Baju Denim Overall Dress Dengan Skirt Bercorak / Floral

Sekarang ni aku jadi suka sangat pulak dengan baju jumper / overall Oshkosh B’Gosh yang jenis overall denim + skirt bercorak. Baju overall tapi jenis dress. Nampak cute sangat weh!

Baju Branded Oshkosh BGosh

Ada banyak jenis dan design pulak tu untuk baju overall Oshkosh B’Gosh ni. Memang cantik, cute dan nampak bergaya bila anak pakai.

Baju Branded Oshkosh BGosh

Tapi harga sehelai baju overall denim Oshkosh dengan skirt tu memang kebabooom mahal. Meletops. RM400-RM600 sehelai. Perghhh! Mampu tengok je lah omak. Wahaha!

Syukur lah ada rezeki anak masa aku kemaruk shopping baju bundle kanak-kanak online. Omak dapat sambar beberapa helai baju overall dress Oshkosh B’Gosh original yang preloved dan masih nampak baru. Murah sangat pulak tu. Alhamdulillah!

Oshkosh B’Gosh Vestbak Denim Overall Dress

Baju Oshkosh kanak-kanak denim overall dress yang first aku beli untuk Dina ialah baju Oshkosh B’Gosh Vestbak Denim Green Plaid Tiered Gingham Overall Dress ni.

Baju Branded Oshkosh BGosh

Pergh. Panjang betul nama baju ni. Haha!

Baju Branded Oshkosh BGosh

Baju denim overall dress yang ni jenis tiered (bertingkat) dan coraknya pula corak kotak-kotak berjalur yang agak klasik.

Kebanyakan baju overall Oshkosh adalah jenis Vestbak (classic vest-back style) yang merujuk kepada style design bahagian belakang baju. Shoulder straps pula boleh laras ikut ketinggian anak.

Baju Branded Oshkosh BGosh

Nampak classy sangat bila anak aku pakai. Omak super like!

Baju overall Oshkosh B’Gosh seterusnya ialah Oshkosh B’Gosh Vestbak Denim Overall Madraid Plaid Dress.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Baju Branded Oshkosh BGosh

Wow! Baju ni memang masih baru! Kaler sangat terang dan ceria. Omak super like!

Baju Branded Oshkosh BGosh

Of coz lah bila Dina pakai baju overall dress Oshkosh ni dia nampak cute. Anak omak la katakan. Hehe!

Aku juga beli baju Oshkosh B’Gosh Vestbak Tiered Floral Overall Dress yang awesome sangat ni. Super love sangat dengan baju ni.

Baju Branded Oshkosh BGosh

Kiranya baju overall dress ni first yang bercorak bunga-bunga kecil yang aku berjaya beli untuk Irdina. Teruja omak dengan ke-cute-an baju ini. Wahaha!

Baju Branded Oshkosh BGosh

Next baju overall dress Oshkosh ialah Oshkosh B’Gosh Vestbak Tiered Floral Eyelet Lace Overall Dress. Perghhh. Kemain berbelit lidah nak sebut nama baju ni. Haha!

Baju Branded Oshkosh BGosh

Baju overall dress yang ni agak unik sebab skirt 3 tingkat menggunakan corak kain yang berlainan.

Baju Branded Oshkosh BGosh

Siap ada kain eyelet lace lagi tau. Omak super duper love sangat!

Baju Branded Oshkosh BGosh

Finally, baju overall dress Oshkosh yang aku paling sayang ialah Oshkosh B’Gosh Vestbak Denim  Overall Dress Patchwork Skirt Dress ni.

Baju Branded Oshkosh BGosh

Kenapa aku paling sayang baju ni? Sebab baju ni baju baru jenis patchwork warna purple yang aku memang super duper love love love sangat!

Baju Branded Oshkosh BGosh

Gabungan patchwork + purple + overall dress memang perghhhh lah bagi omak.

Baju Branded Oshkosh BGosh

Baju Oshkosh yang ni saiz besar sikit so anak aku boleh pakai for few years. Meaning sangat berbaloi dan jimat beli.

Baju Branded Oshkosh BGosh

Owh lupa pulak. Harga beli baju overall Oshkosh B’Gosh original ni pun terlajak murah sangat. Omak lompat bintang sepuluh kali.

Aku rasa selepas Dina besar, baju overall dia semua aku nak simpan bagi cucu aku pakai pulak. Ewah!

Tapi betul tau. Baju overall Oshkosh B’Gosh yang original sangat berkualiti dan tahan lama so memang boleh simpan sebagai warisan. Hehe!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *