Bismillah. Cikros di sini.
Hartstrings. Pernah dengar tak jenama baju kanak-kanak dari USA ni? Sure tak la tu. Kecuali korang pernah beli kat overseas lah.
Baju kanak-kanak berjenama Hartstrings founded oleh Peggy Hart Earle pada tahun 1979. Memang besar rangkaian kedai baju kanak-kanak berjenama Hartstrings ni.
Aku suka tengok baju kanak-kanak Hartstrings ni. Sweet, colorful dan cheerful. Harga macam biasa kebaboooom mahal lah.
USD40 – USD 100 sehelai jika convert duit Malaysia jadi RM150-RM400 belum masuk shipping. Perghhh.
Malangnya, Hartstrings ni sudah out of business already. Hartstrings diisyhtiharkan muflis pada May 2017 dan tidak lagi beroperasi.
So baju kanak-kanak berjenama Hartstrings boleh kata dah jadi barang rare collection.
Hari tu aku dapat beli baju preloved jenama Hartstrings ni. Kondisi baju macam baru lagi. Omak super like!
Hartstrings Pink Floral Dress
Aku beli baju Hartstrings Pink Floral Dress ni hanya RM15 je tau.
Kain cotton tebal masih kejung dan warna terang tak pudar macam baru beli kat butik.
Tak ada tanda baju pernah dipakai pun. Rezeki omak layan bundle. Wahaha!
Hartstrings Pink & White Striped Dress
Satu lagi baju Hartstrings Pink & White Striped Dress ni aku beli RM12 sahaja. Brand new with tag tau.
Bukan macam baru tapi memang baju baru. Saiz besar tapi aku rembat jugak sebab Hartstrings ni dah jadi barang rare kan. Hehe!
Aku tengok orang jual baju preloved Hartstrings ni kat Ebay pun masih mahal USD40 (RM150) excluded shipping. Bertuah omak dapat murah.