Baju Kanak-Kanak Branded | Hanna Andersson – Baju Kanak-Kanak Berjenama Sweeden Dari Amerika

Bismillah. Cikros di sini.

Hanna Andersson. Satu lagi jenama baju dan aksesori kanak-kanak dari luar negara yang aku suka tengok.  Harganya kebabooom mahal sebab tu suka tengok je.

Aku rasa baju kanak-kanak Hanna Andersson ni tak available kat mana-mana store in Malaysia. Hanya dijual di Amerika.

Baju Kanak-Kanak Berjenama Hanna Andersson

Tapi jika nak masih boleh order online dan tanggung shipping cost yang biasanya bersamaan dengan harga baju. Kebabooom! Ado-ado boleh lah. Hehe!

Jenama Hanna Andersson ni sudah lebih 30 tahun berada di pasaran. Founded oleh seorang wanita Sweeden yang menetap di Amerika bersama suaminya, Gun dan Tom Denhart.

Baju Kanak-Kanak Berjenama Hanna Andersson

Kebanyakan baju kanak-kanak Hanna Andersson terutamanya pakaian tidur adalah dibuat daripada kapas organik (organic cotton). So sangat sesuai dan selesa untuk kulit kanak-kanak yang super sensitif.

Baju jenama Hanna Andersson juga adalah OEKO-TEX® Standard 100 certified, iaitu telah diuji bebas dari 100 bahan berbahaya mengikut standard persijilan Eropah yang ketat.

So sebab tu lah harga baju kanak-kanak berjenama Hanna Andersson ini kebaboooom mahal. Kapas organik + OEKO-TEX.  Of coz!

Baju Hanna Andersson ada untuk newborn babies hingga kanak-kanak umur 14 tahun. Anak bongsu aku perempuan so aku memang suka tengok baju dress Hanna Andersson ni. Comel dan unik gituuuu.

Harga baju Hanna Andersson ni of coz mahal dari USD40-USD60. Kalau tengah sales maybe dapat dalam USD20.

Convert kepada duit Malaysia of coz cecah RM200 belum termasuk kos pos. Perghhhh!

Baju Kanak-Kanak Hanna Andersson – Twirl Dress

Aku rasa baju Hanna Anderson yang paling menarik sekali ialah twirl dress dia.

Baju Kanak-Kanak Berjenama Hanna Andersson

Koleksi Hanna Andersson Rainbow Twirl Dress tu yang aku paling suka tengok. Color block omak like!

Baju Kanak-Kanak Berjenama Hanna Andersson

Twirl dress tu apa? Alah. Baju dress beropol yang bila anak berpusing akan jadi kembang semangkuk. Hehe!

Baju Kanak-Kanak Berjenama Hanna Andersson

Anak aku Dina memang suka menari sambil memusingkan baju dress atau skirt yang dipakainya. Bila pakai dress beropol yang sangat twirly memang seronok sakan dia.

Baju Kanak-Kanak Berjenama Hanna Andersson

Aku ada beli satu baju Hanna Andersson Twirl Dress ni yang rainbow color block tu. Bundle tapi kondisi macam baru. Harga RM20 sahaja nok. Best ke best?

Baju preloved Hanna Andersson ni kat online aku tengok still orang jual dalam RM100 include pos tau.

Baju Kanak-Kanak Hanna Andersson – Patchwork Cotton Dress

Satu lagi koleksi baju kanak-kanak Hanna Andersson yang lawa bagi aku ialah dari jenis patchwork. Tak tau lah kenapa tapi aku memang suka baju patchwork ni tau.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Aku ada beli banyak juga baju top, dress dan seluar jenis patchwork dari pelbagai jenama untuk Dina. Anak bongsu mahhh. Last chance untuk aku play dress up kan. Hehe!

Baju Kanak-Kanak Berjenama Hanna Andersson

Rezeki Dina kot dapat baju preloved Hanna Andersson Yellow Spring Floral Patchwork Dress dengan harga RM9. Kondisi baju kain masih keras dan memang sangat baru.

Baju preloved Hanna Andersson Yellow Spring Floral Patchwork ni kat online dijual dengan harga RM160++ termasuk shipping. Omak lompat bintang!!

Baju Kanak-Kanak Hanna Andersson – Organic Cotton Sleeper

Aku suka pakaikan Dina baju tidur yang jenis sleepsuit berzip ala-ala baju Bonds tu. Hanna Andersson pun ada keluarkan baju tidur berzip siap guna kain kapas organik lagi.

Baju Kanak-Kanak Berjenama Hanna Andersson

Harga of coz la kebabooooom mahal. USD40 (RM160) belum masuk shipping. Pergh. Omak mampu tengok je lah. Wahaha!

Baju Kanak-Kanak Berjenama Hanna Andersson

Bestnya sebab aku dapat juga sehelai baju tidur kanak-kanak Hanna Andersson Ghost Monster Halloween Print Sleeper ni preloved yang masih macam baru dengan harga terlajak murah. Belas ringgit je nyahh. Hehe!

Baju Kanak-Kanak Berjenama Hanna Andersson

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *