Bismillah. Cikros di sini.
Dollie and Me. Pernah dengar tak brand baju kanak-kanak perempuan ni? Mesti tak pernah. Aku pun! Hehe!
Aku rasa most mommies kat Malaysia ni tak pernah tau kot wujud baju kanak-kanak perempuan berjenama Dollie & Me. Sebab baju ni memang tak ada jual kat sini.
Menurut website Dollie & Me, baju kanak-kanak brand ini ekslusif hanya dijual di beberapa outlet di USA dan melalui 3 authorized online agents iaitu Amazon.com, Zulily.com dan Kohls.com.
Dollie & Me adalah jenama fesyen gaya hidup kanak-kanak perempuan dan permainan. Ini termasuk baju kanak-kanak perempuan yang sepadan dengan anak patung berukuran 18 inci (18 inch doll).
Anak perempuan yang suka main anak patung mesti nak baju yang sama dengan anak patung. So Dollie & Me ni memenuhi keinginan budak perempuan yang mahukan matching outfits untuk anak patung kesayangan mereka.
Aku tengok memang comel baju sepadan tu. Cantik. Menarik. Macam boria gitu. Wahaha!
Tapi baju kanak-kanak perempuan berjenama Dollie & Me ini boleh kata untuk golongan ado-ado je lah. Sebab golongan ado-ado sahaja yang ada banyak duit untuk belikan baju branded untuk seketul anak patung. Kannnnnn?
Harga baju berjenama Dollie & Me ni pun mahal. Average USD35 untuk sepasang girl-doll matching outfits. Ni harga kat US sana tau.
Jika beli online dan pos ke Malaysia of coz harganya jadi double. Shipping dari USA kebabooom mahal. So kalau convert duit Malaysia, harga sepasang baju kanak-kanak perempuan berjenama Dollie & Me adalah dalam RM250. Pergh!!
Ado-ado mampu lah. Nan ado mampu tengok je. Wahaha!
Dollie & Me Pink Sweet Heart Plaid Drop Waist Dress
Eh! Izzah pun ado jugak sehelai baju Dollie & Me ni tau! Tapi baju preloved tanpa baju anak patung lah. But still.. masih cantik!
Aku suka baju jenis plaid drop waist macam ni. Sesuai sangat dipadankan dengan jeans.
Baju Dollie & Me ni saiz 10 so memang ngam dengan badan Izzah yang tinggi dan kurus tu.
Susah tau nak dapat baju kanak-kanak perempuan branded yang lengan panjang dan labuh macam ni. Rezeki anak!