Bismillah. Cikros di sini.
Masa Izzah kecik dulu, aku kemaruk beli crochet hats untuk dia gayakan. Macam-macam rupa dan warna crochet hats aku beli.
Ada lebih 30 helai kot. Omak hantu crochet hats. Separuh dari koleksi crochet hats tu aku dah sedekah kat buyers barang preloved aku. Ada banyak lagi dalam simpanan untuk kegunaan Dina pulak. Wa haha!
Masa Irfan kecik, aku tak ada kemaruk beli apa pun. Sebab dia boy kan. Tak ada banyak aksesori atau design baju pun. Hehe!
Time Dina ni pulak, aku kemaruk beli baju overalls! Tapi bukan sebarangan overall. Aku hanya suka baju jeans overall @ denim overall berseluar pendek sahaja.
So, apakah baju overall ni?
Overall = Dungaree = Jumpsuit
Owh! Sama ke semua tu? Omak baru tau. Wa haha!
Aku suka baju overall ni dah lama dah. Since aku remaja. Tapi sebab aku pakai tudung so tak sesuai lah omak pakai jeans overall tu.
Masa Irfan kecik ada juga aku belikan dia baju jenis overall ni 1 helai jenama F&F. Guess what? Baju tu masih aku simpan dan sudah dipakai oleh Dina sejak dia umur 8 bulan.
Sampai sekarang jeans overall tu muat lagi. Tapi sebab dah lama kaler overall tu dah faded sangat. Hehe!
Overall adalah sejenis pakaian yang biasanya digunakan sebagai “protective clothing” semasa bekerja. Zaman dulu overall ni hanya buruh kasar, pekerja ladang atau orang miskin sahaja yang pakai.
Tapi sekarang overall tu semua golongan pakai lah. Overall biasanya ia dibuat dari kain denim, corduroy atau khaki.
Overall dicipta pada tahun 1890s oleh Levi Strauss and Jacob Davis (Levi Strauss & Co.) dan mengalami evolusi sebelum menjadi overall yang moden.
Design overall yang asal adalah berseluar panjang. Tapi sekarang dah ada design shortall (short + overall) iaitu bahagian bawah pinggang adalah seluar pendek. Ada juga design skirtall (skirt + overall) iaitu bahagian bawah pinggang adalah skirt pendek.
Antara overall seluar dan overall skirt, aku lagi suka bagi Dina pakai overall seluar pendek. Mudah dia nak bergerak bebas.