Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].
Izzah tahun ni kena masuk aktiviti ko-kurikulum kat sekolah. Kena join satu dalam sukan, badan beruniform dan persatuan.
Aku ingat ko-ko ni boleh pilih yang mana dia minat untuk masuk. Tapi tak boleh!
Cikgu yang tetapkan. Izzah kena main badminton, masuk Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Persatuan Agama Islam.
Macam pelik pulak. Nak galakkan budak aktif ko-ko. Tapi macam “paksa” pulak masuk yang dia tak suka.
Persatuan Agama Islam tu no problem. Badminton tu pulak macam mmmmmm… Izzah tak pernah main pun. Hehe!
Izzah lagi prefer main Taekwondo lagi. Aku pun lagi suka Izzah fokus satu sukan yang dia dah pandai. Taekwondo lah. Izzah kan dah belajar Taekwondo sejak umur 6 tahun. Next grading nak dapat tali hitam merah dah. Amin.
Sekolah dia memang ada Kelab Taekwondo. Tapi pengambilan ahli setahun sekali sahaja. Coach pun dari akademi lain. Bukan under Koryo Sir Rizman. So kena bayar yuran lain jika nak join Kelab Taekwondo sekolah. Next year lah masuk.
Badan beruniform pulak. Aku dari masa Izzah darjah satu dah saiko dia untuk masuk Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Nak dia belajar skill merawat orang dengan pertolongan cemas & CPR semua tu.
Ye lah. Cita-cita nak jadi doktor kan. Kenalah join something yang related dan boleh diguna untuk masa depan.
Tup-tup tak boleh pilih masuk PBSM. Cikgu dah letak kuota 8 orang setiap kelas. Izzah dah merayu pun kena reject. Tetap kena paksa masuk Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Omak is feeling meh!
Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
Since dah kena masuk TKRS ni omak kena lah ambik tahu tentang Tunas Kadet Remaja Sekolah ni.
Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah.
Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja.
Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS ).
Logo Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
TKRS ni macam askar budak-budak lah. Ada logo, uniform dan lagu TKRS.
Jom tengok maksud logo Tunas Kadet Remaja Sekolah ni.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
- Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
- Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
- Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
- Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
- Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
- Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia
- Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
Kemahiran Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
Aku rasa TKRS ni bagus juga. Any badan beruniform pun ada kelebihan tersendiri. Bagi chance lah Izzah jadi kadet. Biar jadi keras dan power lagi. Hehe!
Antara skills @ kemahiran yang akan dipelajari TKRS ialah:
- Ketatanegaraan – rukun negara, patriotik, sejarah TKRS, lagu KRS etc
- Kerohanian – kelas fardhu airn, usrah, kuliah agama, akhlak semasa aktiviti perkhemahan
- Pengurusan & gaya diri
- Kawad kaki – kawad kaki statik, kawad bergerak, kawad formasi/persembahan
- Ilmu perkhemahan & ikhtiar hidup (survival guide)
- Ikatan & simpulan tali
- Pertolongan cemas – jenis bahaya, balutan/anduh, water safety
- Khidmat masyarakat – hari jualan kantin
Nampak tu ada pertolongan cemas juga. Of course lah tak selengkap yang PBSM punya. But still ada so omak is fine with it.