Bismillah. Cikros di sini.
Anak aku, Izzah tu ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Aktiviti TKRS biasanya buat hari Sabtu masa hari ko-ko iaitu hari aktiviti badan beruniform, persatuan dan sukan.
So pagi Sabtu 2 kali sebulan akan penuh aktiviti ko-ko dari pagi hingga tengahari. Izzah perempuan so pakaian seragam TKRS simple sahaja iaitu:
- Topi beret
- T-shirt TKRS warna hijau gelap berlengan panjang
- Seluar tracksuit hitam
- Tudung hijau gelap
Topi beret TKRS tu mesti dijahit pelapik lencana dan diletakkan lencana besi TKRS berwarna keemasan. Berat jugak lencana tu. Haha!
Masa baru beli topi beret TKRS tu aku pening kepala nak jahit macam mana pelapik lencana topi tu. Sebab pelapik lencana tu TKRS tu agak tebal.
Aku cuba jahit dengan mesin jahit. Tapi patah pulak jarum mesin jahit aku! Huwaaaaaaaaaa!
So terpaksa lah aku gigih jahit dengan tangan. Naik sado jari jemari aku nak menjahit pelapik lencana TKRS tu tau. Kena guna sepenuh tenaga nak mencucuk jarum ke pelapik lencana TKRS yang tebal tu. Meleleh peluh omak. Wahaha!
Selepas settled jahit pelapik baru boleh sematkan jarum lencana TKRS yang dibuat daripada besi dan disaluti warna emas tu.
Take note ya. Kedudukan lencana TKRS tu mesti di sebelah kanan. Bukan tengah tau.
Jangan salah jahit sebab nanti menangis nak tetas balik dan nak jahit semula. Haha!
Selesai jahit pelapik lencana dan letak lencana TKRS tu, aku bagi adik-adik Izzah test. Masa tu Izzah kat sekolah.
Masing-masing seronok pulak pakai topi TKRS tu. Hehe!