Animasi muzikal. Suka tak? Saya dan anak-anak memang suka.
Sheriff Callie’s Wild West, siri western pertama untuk kanak-kanak prasekolah, akan mula ditayangkan di Disney Junior (ASTRO Channel 613) bermula Isnin, 24 Febuari pada 1 tengahari dengan waktu siaran tetap pada jam 1 tengahari setiap hari.
Siri animasi musikal yang menarik ini memaparkan adat resam lama Orang Barat untuk menyampaikan kemahiran sosial dan pengajaran positif kepada kanak-kanak berusia 2-7 tahun tentang persahabatan dan perjiranan yang baik.
Mandy Moore (‘Tangled’) membawakan suara Sheriff Callie iaitu seekor kucing koboi yang comel.
Sheriff Callie’s Wild West ada banyak tema barat yang sangat menarik untuk ditonton bersama anak-anak.
Lagu tema Sheriff Callie’s Wild West tu pun mempunya irama yang sangat catchy dan memikat hati kanak-kanak. Even saya yang dewasa ni pun rasa seronok dengar lagu tema tu.
Siri Sheriff Callie’s Wild West mengikuti kisah Callie, syerif kucing Calico yang bertanggungjawab menjaga keamanan di bandar Nice dan Friendly Corners menggunakan lasso ajaib dan kepakaran cowgirl.
Selain dari Moore, siri ini juga dibintangi Lucas Grabeel (‘High School Musical’) sebagai Deputy Peck, naib Callie, dan Jessica DiCicco (‘Gravity Falls’) sebagai Toby, sebatang kaktus yang bertugas sebagai teman setia mereka.
Sheriff Callie dan woodpecker Peck serta kaktus Toby memastikan semua penghuni Nice and Friendly Corners mematuhi peraturan Cowpoke Code yang menekankan keadilan, kejujuran, kebaikan, kerjasama dan kerja keras.
Siri yang berlatarbelakang Old West yang menarik ini menceritakan kisah pada era tersebut untuk memaparkan pengajaran tentang sifat kemaafan, kejujuran dan perkongsian.
Seperti program Disney Junior yang lain, muzik memainkan peranan utama dalam setiap siri, dengan setiap episod memaparkan dua lagu original yang menyerlahkan dan memperkuatkan lagi cerita.
Dengan lagu bertema country-western, siri ini memberi penghormatan kepada filem western klasik dan hiburan muzikal cowboy dengan lagu-lagu seperti ‘We’re Gonna Clean up This Town’ dan ‘The Cowgirl Twirl’.
Penyanyi anjing prairie yang comel menceriakan lagi suasana dengan lagu pendek dalam setiap episod, menekankan pengajaran yang diperkenalkan dan memberikan suasana komedi sewaktu perubahan babak. Saya suka anjing prairie yang menyanyi tu. Sangat comel okey…ekekeke.
Walaupun animasi muzikal Sheriff Callie’s Wild West berlatarbelakang Wild West tetapi ada diselitkan topik sains di dalamnya!
Animasi Sheriff Callie’s Wild West adalah animasi komputer yang sangat jelas dan terang.
Sheriff Callie’s Wild West dicipta oleh Denis Morella dan George Evelyn dan dihasilkan sebagai siri televisyen oleh Holly Huckins, pasukan di belakang ‘Higglytown Heroes’ Disney. Morella, Evelyn dan Huckins juga bertindak sebagai penerbit eksekutif. Michael Turner dan Mike Himelstein (‘Mickey Mouse Clubhouse’) adalah komposer dan siri ini diterbitkan oleh W!LDBRAIN Entertaiment, syarikat Media DHX dengan kerjasama Disney Junior.
Mengenai Disney Junior:
Saluran Disney Junior yang menumpukan kepada pembelajaran mencerminkan pertalian emosi yang ada pada pelbagai golongan pengguna dengan siri penceritaan dan karektor Disney dalam siri klasik maupun kontemporari.
Program Disney Junior menjemput ibu dan bapa menyertai anak mereka dalam pengalaman ajaib Disney, muzik, cerita dan karektor yang menambat hari, pada masa yang sama menggabungkan pembelajaran khusus dan peningkatan tema yang dicipta untuk kanak- kanak pada umur 2-7 tahun. Siri kartun dan aksi secara langsung Disney Junior menggabungkan konsep penceritaan yang tiada tandingannya dan karektor yang amat diminati oleh kanak- kanak untuk perkembangan diri termasuk matematik, kemahiran bahasa, pemakanan dan gaya hidup sihat serta kemahiran sosial. Laman web rasmi ialah http://www.disneyjunior-asia.com.