I ni jarang sangat ada peluang bertemu artis atau celebrity terkenal Malaysia. Kadang-kadang peluang datang bergolek macam lunch semeja bersama Erra Fazira dan juga lunch bersama Chef Ismail.
Kadang-kadang peluang ada di depan mata tanpa di sangka. Hari tu dapat jemputan dari Dato’ Sri Sharizat untuk lunch bersama anak-anak LPPKN di Royale Chulan Hotel. I kalau bab makan mesti tak lepaskan punya..he..he
Pastu tak sangka pulak ada persembahan artis Akademi Fantasia 8 – Iwan dan Adira!
I tayang gambar Iwan Akademi Fantasia 8 dulu ye. Gambar Adira dalam entri lain pulak okey.
Iwan Akademi Fantasia 8 mestilah kena nampak hensem dan bergaya kan. Rasanya baju merah yang dia pakai ni memang sesuai sangat menonjolkan imej seorang peserta Akademi Fantasia.
Masa Iwan AF8 ni menyanyi semua VIP dah balik. So, lagu VIP dia tu ditujukan untuk kita orang semua lah..he..he
Sebab semua VIP dah balik, senang sikit kami semua nak kacau dia atas stage. Kami naik atas stage sama dengan Iwan Akademi Fantasia 8!
Kira Iwan AF8 ni sporting sebab tengah nyanyi tu boleh layan kerenah peminat nak bergambar dengan dia. Macam-macam gaya peminat Iwan AF 8 ni tau.. muah..ha..ha
Peminat kecik pun mestilah ada. Trademark Iwan Akadem Fantasia 8 ni mestilah senyuman nampak gigi dia tu.
I pun mestilah nak bergambar sama dengan Iwan AF8. Tapi Izzah ni pulak bukan main marah bila Iwan nak rapat-rapat dengan dia…muah..ha
Tapi makin Izzah marah makin suka pulak Iwan AF8 ni kacau Izzah.
Lepas ni I tayang gambar Adira nampak ketiak pulak….opsss..
apsal izzah cam tak happy je, muncung sakan nampak..hehehe, tak habis marah lagik la tu
su, izzah bad mood ngantuk ..he..he
comelnye iwan! 🙂 hari tu ada event jabatan, tgk mila nyanyi..comel tecit je ia..hehe
catlina, nak panggil artis yg glamer susah nak dapat kan, panggil artis AF kira okey la kan
kak ros, iwan bukan juara AF8 ..dia finalis je , dpt no 5 masa final
juara Af8 shahir la kak ros, adira pulak naib juara
p/s: pesanan khidmat masyarakat dari orang Malaysia di jepun yang suka tengok AF ehehehehe
yatie, ye ke.. salah maklumat la ni…pesal la orang2 yg datang duk sibuk kata iwan juara AF8 ye (i pun confuse..he..he).. pastu persembahan iwan first pastu baru persembahan adira.. so mati2 ingat betul la tu juara nyanyi dulu pastu baru no 2.
salam ..sesuai baju merah tu ngn iwan..
adira gambar xde ke