Artikel Motivasi | Suka Ambil Kesempatan Atas Kebaikan Orang?

Pernah tak jumpa orang yang double face atau triple face?

Depan muka cantik bak malaikat. Belakang muka hitam bak setan *perumpamaan semata-mata*.

Orang macam ni bersepah kat bumi Tuhan ni. Orang macam ni suka take advantage atas orang.

Tak kisahlah nak panggil orang macam ni apa sekalipun. Bagi I.. orang macam ni kalau nak berkawan kena hati-hati.

Biasanya kan.. kalau kita ni seorang yang baik hati dan suka kesian dekat orang – mesti ada orang yang akan ambik kesempatan atas kebaikan kita tu.

If you’re nice, SOME people will take advantage of you.

If you got something and nice, MORE people will take advantage of you.

Betul kan?

Kalau kita ada ‘something’ dan baik hati pulak tu, mesti ada orang yang akan berbuat baik dengan kita dengan tujuan mempergunakan ‘something’ yang kita ada tu.

Nak contoh?

Kalau kita banyak duit mesti ada yang nak berkawan sebab kita ada duit. Bukan sebab ikhlas nak berkawan dengan kita. Sebab duit. Sebab boleh pau kita belanja makan ke… atau pau kita belanja shopping ke.. atau pau pinjam duit terus tak pulang ke..

Kalau kita anak orang ternama, mesti ada yang nak berkawan sebab kita anak orang ternama. Bukan sebab ikhlas nak berkawan dengan kita, Sebab parents kita popular. Sebab parents kita kaya raya. Sebab boleh heboh dengan orang lain yang dia berkawan dengan anak orang ternama.

Kalau kita ada blog yang hebat (famous atau ramai follower/readers), mesti ada yang nak berkawan sebab kita ada blog hebat tu. Bukan sebab ikhlas nak berkawan dengan kita. Sebab blog hebat boleh dipergunakan untuk kepentingan diri dia. Sebab blog hebat boleh tolong popularkan blog dia. Sebab blog hebat boleh hebohkan aktiviti yang dia anjurkan.

Tiga contoh je cukup? Cukup la kan… rasanya dah boleh faham dah tu..he..he

Macam Mana Nak Kenal Pengambil Kesempatan?

Biasanya nak kenal orang talam dua muka + opportunist ni senang je.

Datang tak dijemput. Pergi tak dihantar…he..he

Masa mula-mula berkawan beriya sungguh. Kalau boleh nak semua orang tau yang dia berkawan baik dengan kita.

Tapi, lepas madu dihisap, sepah dibuang. Lepas dia pergunakan ‘something’ yang ada pada kita.. tak adanya mahu kawan dengan kita lagi dah. Sebab kita dah tak ada kegunaan pada dia.

Hati Opportunist = Hitam

Orang yang berkawan sebab ada niat lain (tak ikhlas) ni biasanya hati dia sentiasa tak aman. Tak tenteram.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Sebab apa?

Sebab takut tembelang dia pecah. Sebab takut rahsia dia terbongkar. Sebab takut pihak yang diambil kesempatan membalas dendam.

Ye lah.. kalau memang dari awal berkawan tak ikhlas. Ada udang sebalik batu. Ada tujuan tersembunyi. Macam mana hati nak aman?

Kalau jumpa orang macam ni apa patut kita buat?

Orang nak berkawan dengan kita, so kita mesti terima dengan hati terbuka. Always be nice to every one!

Tapi kalau orang yang dipanggil ‘kawan’ ni mengambil kesempatan atas kita, memang tak leh nak elak mesti rasa frust. Rasa down. Rasa kecewa. Rasa jiwa merana. Rasa sedih. Betul?

So, apakah penyelesaiannya? Adakah kita kena berhenti jadi baik, dan bertukar menjadi seorang yang kasar, berfikir negatif, dan sombong?

Just be a “not so nice” person?

TIDAK! BUKAN!

Bukan itu penyelesaiannya.

BERSABAR. REDHA. SENYUM. TERUSKAN KEHIDUPAN.

Percayalah.. kita akan jumpa lagi ramai orang macam ni sepanjang kita hidup ni. Kata nak hidup lebih seratus tahun. Kata nak pecah rekod jadi manusia paling tua hidup. So, mesti kena banyak sabar. Baru panjang umur.

Setiap kali sesuatu yang kurang baik berlaku ada kita, pastinya ia adalah satu hikmah.

Yakinlah… tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha.

12 Comments

  • saya pernah jumpa ke org camni? tak perasan pulak tp yang saya tahu bila berkawan ni kena baik berpada2 sebab kalau kita baik sgt dgn org tu, belum tentu dia berbaik dgn kita, silap2 makan hati je nanti .

    • faisya, biasa memang kena berpada-pada tak boleh terlampau baik hati.. sebab kalau terkena memang makan hati

      i ada a friend yang ada something + baik hati + selalu org ambik advantage atas dia.. tapi dia always cool.. cuma lepas tau berkawan cuma niat nak ambik kesempatan semata-mata so dia jarakkan diri dia jauh-jauh

    • ida, i? pernah la beberapa kali..he..he

      yg paling i ingat ada org berkawan dengan i sebab i kononnya pandai dalam pelajaran la.. so dia boleh tumpang sekaki copy nota + join group projek untuk dapat nama/markah percuma…

      lepas masing2 abis belajar, langsung tak ingat kita dah…hik..hik

  • True Ros..I met tonnes of these species..you cant get rid of them..they simply and easily used you. If you could sense something is not right with this person, better to avoid them. Better now than never.

    Bila kita dah terkena, baru kita nak sedar. But, nasi sudah jadi bubur..

    Allah je boleh balas org cengini..

  • saya dah terkena lama.. dan dah lama besabar.. kawan baik… sume yang saya ada dia akan ambik kesempatan untuk kepentingan dirinya.. tapi bila saya susah dia langsung tak cuba nak tolong… paling saya sedih dgn suami saya pun dia langsung tak hormat, janji agenda dia tercapai… lama2 baru saya perasan yang dia dah lama gunakan kami suami isteri… akhirnya ambik keputusan menjarakkan diri dari nya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *