Apa Yang Seronoknya Sunway Lagoon Theme Park?

The other day, me menang some prizes for Nuffnang Project Alpha. Antara hadiahnya ialah 2 tikets ke Sunway Lagoon Theme Park.

So, kami pergi ke Sunway Lagoon itu untuk bergembira last week. Seronok memang seronok tapi lepas tu semua pancit… *pengsan…ha..ha

Me dapat masuk to all 5 parks tapi hari tu cuma larat pergi Waterpark, Amusement Park dan Wildlife Park sahaja. Yang dua lagi (walaupun me dying to go… cewwaaah)… tapi dah tak berdaya nak pergi.

sunway-lagoon-1Tiket, Dolly Izzah + Pass Masuk bentuk Jam

Sebabnya, Izzah dah mengantuk dan hari hujan panas (nak jugak salahkan hari hujan..he..he..he).

Mula-mula, pergi Amusement Park dulu. Me dengan Izzah naik Wagon Wheels tu. Hubby tak mau naik sebab dia gayat *jom pakat gelakkan dia…muah..ha..ha

sunway-lagoon-2

Me ingat lagi, last 2 years masa kami pergi Sunway Lagoon ni… me ajak dia naik jambatan gantung tu… tapi half-way je muka dah pucat. Me takde lah nak paksa (karang dia pengsan on the jambatan, mana me larat nak angkat…he..he).

Lepas Wagon Wheel ingat nak naik kapal Pirate’s Revenge tu…. tapi mana best naik sorang-sorang kan. So, me cuma bergambar aje lah sebab Izzah pun nak berdukung dengan me aje.. *baiknya alasan..ahaks!

sunway-lagoon-5

Lain-lain permainan kat Amusement Park tu pun tak naik sebab tengok queue panjang je. Ramai budak-budak… rasa macam kelakar la pulak kalau me pergi beratur nak naik roller coaster, cawan gergasi, space ship dengan budak-budak sekolah semua tu…ahaks!

Tapi tak kisahlah.. sebab dulu pun pernah naik dah…ha..ha..

Lepas Amusement Park, kami pergi Wildlife Park. Ha..ah.. yang ni paling best untuk budak-budak kecik. Kalau compare dengan zoo negara, me rasa Sunway Lagoon Wildlife Park better… sebab dia jenis interaktif. Kita boleh touch most of the animals ok.

Kalau setakat burung kakak tua bertenggek atas bahu dan lengan tu sesiapa pun boleh buat kan. Tapi me ngeri jugak takut burung tu patuk mata.. kan paruh dia tu besar.. dah lah boleh tahan berat burung tu duduk atas bahu *lenguh tau!

sunway-lagoon

Izzah marah okeh masa burung tu duduk atas bahu me…ha..ha

Tapi kalau ambik gambar peluk monyet putih atau arnab… Izzah tak marah. Lagi dia suka ada. Siap di peluk monyet putih tu sampai melekat-lekat bulu dia kat baju *eiiii.

sunway-lagoon

Me ada suruh ranger situ keluarkan ular kuning nak bergambar. Tapi, tak sempat pegang Izzah dah menjerit tak nak. Famous sekejap bila semua orang pandang dan gelak.

sunway-lagoon

Burung-burung situ banyak yang friendly..he..he. Siap bertenggek atas kepala hubby yang berkilat tu. Ingat ada makanan ke kat situ cik burung?

sunway-lagoon

Part yang paling best kat Sunway Lagoon ialah dia punya Waterpark. Kat sini kita boleh tengok macam-macam jenis orang terutama orang Arab. Macam-macam perangai. Seksi seksa semuanya!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Ada sorang minah Arab ni masa masuk pakai jubah hitam standard dia tu. Tapi bila sampai Waterpark, jubah hilang, bikini yang datang. Serius! Minah Arab pakai bikini you. Ehh… me ni ter-sekodeng orang pulak.

Izzah paling suka main air kat Waterpark ni. Hubby nak pegang tangan pun dia tepis. Siap jalan sorang-sorang dalam air. Dan, tak mau berhenti main walaupun dah gigil…he..he

sunway-lagoon

sunway-lagoon

Ehh.. tak nampak pun muka me main air dalam gambar?

Ha..ha..ha.. memang la tak nampak. Sebab me memang tak masuk air. Jadi photographer + penjaga beg saja la mama dia ni.

Lepas mandi Izzah dah cranky… mengantuk. So, me pun tak sempat nak pergi Scream Park dan Extreme Park. Tak kisah la.. sebab tiket free kan. Kalau bayar tak pergi mau meraung…. ha..ha..ha

16 Comments

    • jiji, betul..betul..tapi kalau dia nak jalan sendiri lagi seronot.. ni asik nak dukung je pulak

  • tak ingat tahun bila g sunway lagoon, abah n ami ja yg mandi, mamanya dok nengok aja pasal time tu siratu kureng sihat…satu percutian yg kureng menarik bila kita terpaksa jadi mak guard
    .-= su@mamasyaza´s last blog post..Nak p bila tu..??? =-.

    • su, biasa la kena jadik mak guard tu.. tapi i rela jadi guard dari basah kena air.. tak suka sebab nanti nak kena tukar2 baju..he..he

  • wah… seronotnya…
    dah lama tak pegi sunway lagoon..
    mcm best jek..
    harus ku ajak hubby ku nanti… huhu
    .-= sya´s last blog post..di sini cinta bermula.. =-.

  • aahh last time pg sunway theme park dari 10am sampai 6pm gak la..semua main..lepas tue penat tahap gaban. yg paling syok pirate’s revenge tue. En suami pn gayat gak, tp sbb dier specky yg power spec 1000lebih so dier bukak je la spec tue.. aper pn tak nampk, trus hilang gayat.. huhuhu

  • aahh last time pg sunway lagon dari 10am sampai 6pm gak la..semua main..lepas tue penat tahap gaban. yg paling syok pirate’s revenge tue. En suami pn gayat gak, tp sbb dier specky yg power spec 1000lebih so dier bukak je la spec tue.. aper pn tak nampk, trus hilang gayat.. huhuhu

  • menarik baca! Kelakor, gambar2 pun best! Tak sabar nak pi. Dah 6 tahun tak pi sunway lagoon…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *