Apa Rasanya Bila Umur Dah 36?

Sungguh. Me rasa macam tak percaya. Benarkah?

Tapi rasa macam baru nak masuk 30. Jap.. nak kira dengan kalkulator sebentar.

2010-1974=26 30 36.

Confirmed. Betul la tu. Tak kan kalkulator elektronik tipu pulak. Hmm.. let me kira lagi sekali.

36 02

Okeh. Disahkan oleh calculator Canon. Tak payah nak gosok mata lagi. Terima aje lah hakikatnya…hu..hu

So, adik-adik sekalian. I’m officially 36 today. Tak payah wish birthday pun tak apa. Bagi hadiah je cukup…ha..ha!

Heh.. apa kerut-kerut kening. I’m not that old la.. Memang dah mid-30s but I do look young kan.. kan..kan. Yang paling penting I feel young.. horeh!

36 01

So apa rasanya bila umur dah 36?

Alah.. baru 36… belum 40 pun.. kan life starts at 40? Kira life belum start lah.. ahaks!

  • Rasa patut stop makan garam sebab dah makan garam selama 36 tahun *i lebih banyak makan garam dari you all okeh…ha..ha..ha*
  • Rasa bangga sebab walaupun  perut buncit ada spare tayar lepas kena cesar (kes tak leh pakai bengkung.. operate mah) tapi berat still maintain at 45 kg seperti masa muda remaja *sengaja bagitau supaya adik-adik semua jeles… muahh hahh ha!*
  • Rasa patut stop bekerja dengan orang dan buat business sendiri. Dah 11 tahun makan gaji tapi tak kaya-kaya pun. Sakit jiwa ada lah… nasib belum mental tahap kritikal hu..hu
  • Rasa patut cepat-cepat buat anak lagi. Dah 6 tahun kawin tapi anak satu je baru. Patut buat IVF ni kasi dapat anak kembar 8 *alah, nenek tua pun boleh pregnant kembar, apa lagi me yang belum jadik nenek nialamak.. anak buah yang sulung dah 22 tahun.. tak lama tu kawin la.. pastu dapat anak.. pastu me pun dapat title nenek la… nenek saudara...*
  • Rasa masih muda jelita sebab rambut masih lebat (tak perlu habis duit pergi Yun Nam Hair Care) dan kulit masih gebu dan tegang *me tak suntik botok, serbuk emas, vitamin c dan tidak pakai susuk berlian okeh*
  • Rasa bahagia sebab ada suami yang penyayang, anak yang bijak, adik-beradik yang ngam dan mak yang understanding *terima kasih mak kerana melahirkan dan membesarkan me.. walaupun dulu tu me sangat hot kerana mak suka membebel, suka suruh me scrub lantai rumah, suka melebihkan adik bongsu tapi  i love u so much!*

36 04

So, apa birthday wish list?

I’m not orang kaya glamer yang ramai kawan-kawan kaya atau berlagak kaya kerana nak berkawan dengan orang kaya. Orang kaya boleh la buat birthday wish list sampai 100 items sebulan sebelum birthday.

Sebab nak hint supaya kawan-kawan kaya atau yang berlagak kaya tunaikan wish list dia… jangan marah ah kawan me yang kaya semua.. ha..ha..ha

Okeh.. my birthday wish list. Simple aje tapi me berdoa supaya Allah mengabulkan semuanya.

  • Dapat sentiasa mengingati Allah, melakukan kewajipan pada agama dan sentiasa bersyukur.
  • Dapat dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan berterusan… amin.
  • Dapat terus berbakti pada mak tercinta *mak looks older each time I saw her.. rasa sayu je tengok..*
  • Kekal bahagia dengan suami dan anak tercinta *dan dapat rezeki more anak.. me susah nak lekat ok*
  • Dapat merasa pakai designer bag macam LV ke.. AH ke…oppss… tersilap tulis pulak.. ha..ha…
  • Berjaya menjadi WAHM dan resign dalam the next 6 months… amin amin!*tolong la amin kan*
  • Dapat langsaikan all the hutang piutang (house loan and car loan under my name).
  • Dapat melancong FREE ke negara Eropah, Jepun, Korea dan sewaktu dengannya *pegi Hong Kong tu kira a starting point la…ha..ha.. siapa nak sponsor my trip and accomodation melancong sila bagi tau*
  • Dapat sentiasa berblog dan mempunyai lebih ramai kawan bloggers.

36 03

Tags from the story
,

57 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *