Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”]
Aku ni generasi X — membesar sebagai kanak-kanak semasa tahun 1980-an. Masa tu tak ada gadget macam sekarang.
Ada gadget pun hanya Game & Watch yang hanya anak orang kaya mampu ada. Aku dan most kawan-kawan aku mampu tengok je. Hehe!
Nak tahu 10 memori indah zaman kanak-kanak aku? Kebanyakannya adalah melibatkan permainan luar (outdoor play). Most of them were dangerous plays!
- Panjat pokok jambu sebelah rumah jiran untuk petik dan makan jambu isi pink yang masak atas pokok
- Merayau dalam hutan kebun getah lama untuk cari biji getah yang besar-besar untuk main laga biji getah atau buat main congkak
- Korek lubang congkak atas tanah bawah rumah guna pisau dan main dengan kawan-kawan
- Merayau tepi semak hingga masuk kampung sebelah untuk cari buah kemunting ranum
- Main lompat jauh atas timbunan pasir yang ada batu dan paku karat
- Masuk longkang besar tepi jalan depan rumah nenek untuk cari ikan
- Main baring dan sembunyi dalam longgokan besar daun getah kering di tepi rumah
- Main bergayut macam tarzan pada akar pokok dalam semak belakang rumah
- Main lompat sambil imbang badan pada rangka lantai rumah bertiang yang belum siap
- Main hide & seek @ menyorok di tempat berbahaya macam atas pokok, dalam semak dan dalam reban
Semuanya aku, adik beradik dan kawan-kawan buat tanpa pengawasan orang dewasa. Seingat aku bila ada orang dewasa datang atau lalu – kami terus berhenti bermain. Tunggu mereka pergi kemudian sambung balik main. Hak hak hak!
Apa yang bahaya? Sudah tentu risiko terjatuh, sesat, gigitan haiwan berbisa, kecacingan, gatal-gatal, terluka dan sebagainya tetap ada. Tapi semua tu buat kami jadi berani dan lebih pandai mengawal situasi.
Budak zaman sekarang sangat kesian. Pergerakan terbatas. Tak boleh bermain dengan bebas. Omak abah ramai jadi Helicopter parent. Jadi bayang-bayang kedua anak-anak!
Tahu tak? Ada banyak kajian yang menunjukkan kesan buruk mengekang kanak-kanak bermain dengan bebas. Salah satunya ialah masalah ketagihan gadget.
Kajian juga mendapati pelajar yang mempunyai omak abah suka mengawal @ helicopter parent — adalah kurang fleksibel, lebih rapuh jati diri, mudah cemas, tiada keyakinan diri dan cenderung mengalami kemurungan. Mereka juga menjadi kurang berdikari dan tidak ada survival skills.
6 Kategori Dangerous Play / Risky Play / Permainan Berbahaya
Tak sayang anak lah tu sampai biar anak main benda-benda berbahaya. Omak abah tak bertanggung-jawab!
Aku faham. Dulu tak sama dengan sekarang. Membiarkan anak bermain di luar rumah tanpa pengawasan adalah sangat bahaya.
Sebab risiko kemalangan dan kena culik. Dunia bukan lagi tempat yang selamat. Orang jahat di mana-mana. Omak memang risau!
Tapi sekarang kan ada tempat yang sediakan macam-macam jenis risky play dalam persekitaran yang selamat. Berbahaya tapi ada pengawasan.
Ellen Sandseter, seorang professor di Queen Maud University in Trondheim, Norway, telah mengenalpasti 6 kategori permainan berbahaya yang menarik minat kanak-kanak untuk bermain.
- Great heights / Ketinggian – Budak suka panjat pokok dan struktur yang tinggi macam tangga, pagar dan sebagainya.
- Rapid speeds / Kelajuan – Budak suka bergayut pada akar pokok, tali, monkey bars, buaian, main slides, kasut roda, roller blades, skateboards, naik basikal dan lain-lain permainan yang cukup laju untuk mencipta keseronokan tanpa hilang kawalan.
- Dangerous tools / Alat Berbahaya – Bergantung pada budaya, ada kanak-kanak suka main pisau, memanah, jentera ladang dan lain-lain peralatan yang kelihatan bahaya.
- Dangerous elements / Elemen Berbahaya – Kanak-kanak suka main dengan unsur bumi seperti tanah, air dan api.
- Rough and tumble / Main Kasar & Bergusti – Budak memang suka main kasar seperti berguling atas tanah, bergusti dan sebagainya.
- Disappearing/getting lost / Main Menyorok – Kanak-kanak suka main hide and seek.
Omakgorg! Memang berbahaya semua kategori tu kan. Tapi sangat penting untuk perkembangan awal kanak-kanak.
Risky play membantu mengimbangi emosi kanak-kanak. Mereka belajar mengawal ketakutan, mengatasi rasa takut itu dan membina keyakinan diri. Mereka juga belajar mengawal kemarahan sebab jika teman sepermainan marah maka permainan akan tamat dan keseronokan terus hilang.
Zaman aku dulu semua kategori risky play tu semua budak dapat menikmatinya. Omak abah dan orang dewasa pun tak larang.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Tapi kalau sekarang ada omak abah biar anak main benda berbahaya macam tu sure kena tuduh tak bertanggung-jawab dan tak sayang anak. Omak is feeling meh!
Aku ni tak lah bangang nak bagi anak main macam aku main masa kecik tu semua. Tapi still aku bagi kebebasan untuk anak-anak aku bermain dengan cara mereka sendiri. Under supervision jarak jauh punya. Hehe!
Aku tak kisah anak aku nak panjat kerusi atau meja. Boleh asah motor skills tu kan. Balancing pun terer. Tahap keyakinan pun tinggi.
Senarai Dangerous Play Anak Patut Main
Aku jumpa senarai ni dan rasa patut kongsi kat sini. Omak abah ada berani bagi anak main? Hehe!
- Main dengan api — Uhuh! Biar anak belajar mengawal api. Hidupkan mancis. Buat unggun api. Memasak. Cara memadam api.
- Memanjat – Panjat pokok. Panjat pagar. Panjat kerusi. Panjat meja. Panjat, panjat dan panjat! Ajar cara untuk turun.
- Baling batu atau objek keras – Ajar baling batu tanpa mencederakan orang sekeliling. Baling batu masuk tin. Baling batu jarak paling jauh.
- Main pisau – Uhuh! Biar anak belajar cara guna pisau dengan selamat. Potong sayur. Potong buah.
- Guna benda dengan cara yang tidak sepatutnya – Jangan larang. Biar mereka mencuba dan meneroka. Contoh: Duduk atas kerusi terbalik.
- Berkhemah/tidur di luar – Biar anak dekat dengan alam sekitar.
- Bergusti – Biar anak main gusti sesama sendiri atau dengan korang. Sakit sikit tapi seronok banyak dan mengeratkan hubungan.