Anak Lambat Bercakap | Pengalaman Anak Speech Delay – Izzah & Irfan Tak Pandai Bercakap Hingga Umur 4 Tahun!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”]

“Eh. Anak awak tak pandai bercakap lagi? Dah 2 tahun kan umur dia? Anak saya 2 tahun bercakap bukan main petah lagi. Tak bawak jumpa pakar ke untuk check? Macam ada speech delay dia ni.”

Omakgorg! Best sangat la tu kan diagnosed anak aku speech delay. Macam doktor la pulak kan. Tau lah anak ko petah bercakap macam murai.

Tapi aku tak kisah pun anak aku lambat bercakap. Ko kisah kenapa? Ada menyusahkan hidup ko ke? Ada perabihkan duit ko ke? Tak kan?

So jangan sesuka-hati melabel anak aku speech delay. Ko pun bukannya 24/7 bersama dengan anak aku kan? Omak is feeling meh!

Anak Lambat Bercakap

Hamboi. Omak garang nampak. Hak hak hak!

Aku memang dah lama nak tulis pasal anak lambat bercakap atau lebih dikenali sebagai speech delay ni. Sebab anak aku Izzah dan Irfan memang lambat bercakap. Anak aku tu bukan betul2 speech delay pun. Just late talker.

Late talker yang betul-betul late tau. Umur 4 tahun baru pandai bercakap ayat yang lengkap!

Tapi aku tak pernah pun bawak anak-anak aku jumpa pakar. Sebab aku percaya budak tu akan pandai bercakap juga.

Aku tak lah bodoh nak lepas tangan dan biar macam tu je. Serius memang aku sangat risau. Super duper risau!

Anak Lambat Bercakap

Lebih lagi bila tengok budak-budak sebaya dah boleh bercerita dengan baik sekali. Sedangkan anak aku masih lagi dengan bahasa Jerman!

Tapi aku yakin anak aku akan pandai sooner or later. Sebab petanda penyakit speech delay langsung tak ada pada anak aku.

Selagi anak aku aktif, dengar dan faham arahan, ada eye contact, ada suara dan boleh sebut a few basic words — omak is fine.

Kadang-kadang memang rasa frust dan geram bila anak nak something tapi aku tak faham apa yang dia cakap. Macam ayam cakap dengan itik. Hehe!

Masa tu bila Izzah dan Irfan cakap bahasa alien untuk bercerita — aku rasa sangat stress sebab otak langsung tak boleh decipher apa yang mereka cakap. Omak letih!

Anak-anak aku pandai bercakap guna bahasa yang difahami (tiada lagi Jerman) + ayat lengkap semasa:

  • Izzah — 3 tahun 8 bulan
  • Irfan — 4 tahun 3 bulan

Izzah dan Irfan tu memang tak pandai bercakap tapi masa umur 2 tahun ++ dah kenal ABC, 123 dan warna in English. So how?

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Petanda Anak Ada Masalah Speech Delay

Kalau anak berumur 2 tahun:

  • Masih tidak bercakap apa-apa. Panggil mama, papa, babah pun tak reti.
  • Tidak menoleh atau menyahut bila namanya dipanggil.
  • Tidak memahami arahan yang mudah. Omak minta ambik bola tapi anak hanya berdiri terkebil-kebil.
  • Tidak pandai bermain dengan kawan-kawan.

Anak Lambat Bercakap

Izzah dan Irfan passed semua tu. Sebab tu aku sabar je menunggu mereka pandai bercakap. Hehe!

Punca Anak Aku Lambat Bercakap

Masa Izzah dulu aku ingat sebab Izzah tu lahir tak cukup bulan + anak sulung tak ada adik so tak ada kawan nak bercakap. Izzah pulak duduk rumah dari umur 1 tahun hingga 2 tahun 8 bulan.

Bila dah nak cecah 3 tahun tapi masih lagi dengan bahasa Jerman dia tu — aku paksa laling untuk hantar Izzah ke Taska. Masa tu laling yang jaga Izzah kat rumah.

Few months lepas masuk Taska barulah Izzah melupakan bahasa Jerman. One fine day — selepas hari raya tahun 2011 — Izzah tiba-tiba menuturkan satu ayat lengkap kepada aku.

Masa dengar Izzah bercerita dengan bahasa yang aku faham tu — aku rasa jiwa aku terus terbang ke bulan! Macam tak percaya anak aku boleh bercakap tanpa pelat langsung. Hehe!

Anak Lambat Bercakap

Irfan pula since born memang aku laki bini yang jaga kat rumah. Tak pernah hantar ke Taska langsung.

Aku ingat since dia ada kakak Izzah so ada kawan untuk bercakap. Tapi aku salah!

Mungkin sebab Izzah sekolah pagi dan petang so actually Irfan pun tak ada kawan nak bercakap di siang hari.

Irfan masih tetap dengan bahasa Jerman walaupun aku dah resigned masa umur dia 2 tahun lebih. Penat aku ajak dia bercakap dan suruh ulang apa aku cakap. Tapi dia tak nak ulang. Tak jadi parrot langsung di Irfan ni.

Most of the time bila aku suruh sebut satu perkataan (contoh: makan, bola, tidur, main etc) dia akan buat bunyi-bunyian lain (contoh: bola — titsss, tidur — ponggggg). Lepas tu ketawakan aku. Macam ejek aku pulak. Omak rasa nak lempang je. Hak hak hak!

Aku tau dia bukan tak boleh sebut. Tapi sengaja tak nak sebut. Sebab kadang-kadang dia sebut dengan betul. Tapi lepas tu dia main-mainkan aku. Sabar omak sabar!

Irfan tu walaupun tak pandai cakap — aku rasa dia malas cakap — tapi sangat pandai meniru bunyi mesin!

Anak Lambat Bercakap

Bunyi vacuum, mesin basuh, mesin rumput, mesin jahit, blender dan bunyi motor — semua dia tiru exactly sebijik bunyi tu tau. Siap boleh pretend main mesin-mesin tu semua sambil keluar bunyi. Sound Engineer in the making kot. Hehe!

Aku pun tak tahu — nak risau ke nak bangga?

Awal tahun 2017 ni kami hantar Irfan sekolah PASTI. Aku yakin dia akan pandai bercakap lepas masuk sekolah ni. Sebab anak aku ni perlukan kawan sebaya untuk berkomunikasi.

True enough. Selepas 2 bulan sekolah PASTI — Irfan sudah mula menuturkan perkataan-perkataan di luar jangkaan aku. Dah pandai pun bercakap anak aku!

Famous Late Talkers

Jika anak ko tak ada tanda-tanda speech delay yang aku sebut kat atas tu — jangan risau sangat lah. Kalau risau boleh terus bawa jumpa pakar terapi bahasa.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Actually ada ramai orang famous yang berjaya masa kecik adalah late talkers. Ada yang tak pandai bercakap hingga umur 4 tahun macam anak-anak aku. Hehe!

  • Gary Becker, Nobel Prize-winning economist
  • Albert Einstein, theoretical physicist
  • Julia Robinson, the first woman president of the American Mathematical Society
  • Arthur Rubinstein, piano virtuoso
  • Edward Teller, physicist and nuclear power pioneer

Anak aku yang bongsu — Irdina — aku rasa akan pandai bercakap lebih awal daripada kakak dan abang dia. Kita tunggu dan lihat!

8 Comments

  • Assalam puan

    Anak sy baru² ni kene refer pakar sebab ade tanda² awal speech delay. die hanye bleh menyebut sepatah dua pekataan je. tapi bleh ikut arahan. cth sruh salam, kiss dan bye². umur die dah 2 tahun sebulan.

    nak tanye pendapat puan. patut ke sy truskan dengan pakar tu..ataupun just let it be..dgn harapan die bleh becakap mcm budak² lain yg sebaye dngn die? jumpe pakar pon hanye dpt khidmat consult dan khidmat nasihat je. takde terapi khusus. Puan rase mcm mane?

  • 2 tahun masih lagi kecil dan tak perlu risau terutama sebab anak tiada masalah pendengaran (ada reaksi bila dipanggil, mendengar arahan, boleh panggil ayah ibu dan beberapa perkataan)

    Mmg ada setengah budak umur 2 tahun dah petah tapi jangan sesekali bandingkan anak sesama adik beradik atau dengan anak orang lain… sebab perkembangan anak adalah berbeza..

    Kalau setakat jumpa pakar dapat nasihat tanpa terapi tu terpulanglah.. nak teruskan atau tidak.. mcm saya mmg tak pernah jumpa pakar sebab saya yakin anak saya tak perlukan intervensi dari luar.

    Tapi saya sangat sarankan supaya sentiasa ajak anak ulang perkataan dua suku kata.. tiga suku kata.. setiap kali bersama dengan dia..masa tidur, masa main, masa makan..make it a habit utk ajar bercakap… ini yg saya sedang buat untuk anak bongsu saya yg berumur 1 tahun 11 bulan.. mmg masih juga ada bahasa Jerman tapi at least anak saya yg ni dah banyak vocabulary..

    Cikpuan juga boleh beli buku DIY Terapi Pertuturan Aishah Kassim (search google)… dia seorang pakar pertuturan.. kalau pergi kelas dia mahal lah.. boleh beli buku dia dan buat terapi pertuturan sendiri di rumah.

  • Salam puan… Anak sy yg ketiga (yg bongsu) 5 tahun speech delay tp sejak dia sekolah dia blh la ckp sikit2 tp all words yg dia ckp dlm bahasa inggeris… Tp x semuala dia blh ckp… Dia pun smpai sekarang x pndai panggil sy ibu… Smua org dia panggil baba… Adakah sy patut brjumpa dgn pakar? Sy risau sgt sbb anak buah sy sama umur dgn anak sy tu petah brcakap…

    • Kalau tak dapat panggil ibu lagi better jumpa pakar sebab first thing yg anak patut tahu sebut ialah panggilan kpd ibu bapa barulah perkataan2 lain

  • Salam puan. Anak sy sebiji macam anak puan. Sekarang umur ngam2 3 thn.. masih belum pandai susun ayat dgn kata. Tapi abc, colors, numbers, shapes, flap card in english dah semua perfect sebutannya. Sekarang ni sy ambil keputusan hantar anak sy ke taska. Teacher ada ckp, bawak pergi speech therapy. Tapi husband sy yakin sgt yg anak kami bukan speech delay. Sebab bila panggil, dia pandang. Eye contact ok. Arahan dia boleh ikut. Tapi hati ibu ni tetap jugak rasa sayu. Anak 1st pulak tu.. Lagi2 bila anak yg lagi muda dari dia pun dah boleh borak2. Bayaran speech therapy pun bukan murah. Hurm…

  • Sama juga anak saya dah 2 tahun tapi belum pndai nk bercakap bila nk sesuatu… Tapi dia tau sebut perkataan tu…. Abc sume dh kenal n nombor since 1thn 10 bulan…..shapes n color pon dh pndai sblm umur 2 thn….. Tpi blm pndai nk cntum 2 pkataan bila bercakap….. Bila nk ajak kita dia ckp jom….. Pada mulanya sy rsau… Tp bila terbaca blog ni sy jd tenang sikit sbb mmg ada jenis bdk yg mmg lmbt bckp tapi mguasai alphabet n numeric tlebih dulu

  • salam..pn nk tnya masa anak umur 3 tahun 8 bulan tuh dh free pampers ke blum yea? anak sy dh 3 thun 9 bulan mcm late talk jgk

    • wsalam.. masa 3 tahun 8 bulan tu hanya pandai kencing ditoilet, berak still dalam diaper hehe… 4 tahun 1 bulan baru bebas diaper 100%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *