Duduk bentuk W atau duduk simpuh katak ada kesan buruk ke atas perkembangan anak.
Perhatikan anak korang. Ada tak anak duduk bentuk huruf W ni?
Apabila anak duduk bentuk W ni, punggung anak berada di atas lantai antara dua kakinya. Bila dilihat dari atas akan nampak macam bentuk huruf W. Juga kelihatan macam gaya kaki katak.
Sekali tengok duduk simpuh katak ni macam comel je kan. Especially bila anak kecil bawah 2 tahun. Biasanya budak perempuan yang suka sangat duduk bentuk huruf W ni.
Anak aku Izzah dan Dina memang selalu duduk bentuk huruf W ni. Tapi Irfan tak pernah pula duduk posisi huruf W ni. Irfan suka duduk bersila atau berlunjur. Memang anak lelaki aku ni tak pernah duduk simpuh katak.
Izzah tu dari umur dia setahun dah biasa duduk bentuk W. Sampai sekarang pun dia masih lagi suka duduk W. Aku tak pernah anggap posisi duduk bentuk huruf W ini satu masalah.
Hinggalah satu hari tu aku tengok satu rancangan TV. Paed jemputan dalam rancangan tu ada mention bahawa duduk bentuk huruf W ini boleh menyebabkan anak berjalan tak betul.
Masa tu baru aku terjentik. Tabiat Izzah yang terbiasa duduk bentuk W dari kecil sampai sekarang umur 10 tahun tu adalah penyebab anak aku ni berjalan kaki pengkar!

Aku perasan Izzah berjalan jari kaki bengkok ke dalam (pigeon toed / in-toeing) sejak umur dia 7 tahun. Masa tu first time dia berjalan mendahului aku semasa nak pergi ke swimming pool.
Selalu dia berjalan side by side berpimpin tangan dengan aku. So tak pernah nampak cara dia berjalan macam mana.
Tapi that day aku suruh dia berjalan dulu sebab time tu aku sarat mengandung so slow sangat omak berjalan. Masa tu aku ingatkan Izzah sengaja buat gaya berjalan macam tu. Rupanya tidak!
Anak aku dah biasa berjalan kaki bengkok ke dalam sejak kecil. Aku hanya perasan masa umur dia 7 tahun! Aku hanya mampu ingatkan dia supaya berjalan lurus. Tapi dia sukar nak ubah gaya berjalan dia tu.

Bila anak aku meninggi, aku juga perasan badan anak aku agak bongkok dan tidak tegak semasa berdiri. Macam melengkung.

Kaki dia pulak mesti akan bersilang semasa berdiri. Puas aku menegur tapi sekejap saja dia ubah. Lepas tu automatik jadi balik.
Bahaya Duduk Bentuk W Kepada Postur Badan Anak
Posisi duduk simpuh katak memang sangat selesa untuk kanak-kanak melakukan aktiviti seperti makan, bermain, membaca, mewarna dan menulis.

Ada survei menyatakan bahawa 4 daripada 6 kanak-kanak mempunyai tabiat duduk dengan posisi huruf W. Biasanya tabiat duduk simpuh katak ini akan hilang ketika anak berusia 8 tahun.
Tapi ada juga yang meneruskan tabiat duduk bentuk W ini hingga dewasa!
Nasib baik aku sedar tentang keburukan duduk huruf W ini masa anak aku masih belum remaja. Masih ada peluang untuk diperbetulkan.
Antara kesan buruk anak duduk bentuk W ialah:
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
1) Memberi Tekanan Yang Lebih Di Bahagian Bawah Badan
Duduk W ini adalah sangat bahaya kerana meletakkan tekanan pada pinggang, pinggul, lutut dan pergelangan kaki.
Cara duduk simpuh katak juga akan menambah tekanan di bahagian bawah tubuh anak hingga boleh menjejaskan perkembangan kekuatan otot (bahagian otot perut) dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.
Posisi duduk W memberi kesan buruk kepada perkembangan pergerakan anak. Postur badan dan cara berjalan boleh menjadi tidak normal.
2) Penggunaan Otot Utama Yang Tidak Optimum
Duduk dalam posisi bentuk W adalah sangat selesa sebab anak tak payah banyak bergerak disebabkan kedudukan yang sangat stabil. Anak hanya perlu gerakkan badan ke depan atau ke tepi sahaja semasa bermain.
Tetapi jika dibiarkan berpanjangan ia boleh beri kesan buruk kepada perkembangan anak kerana otot perut dan otot utama badan tidak diaktifkan fungsinya.
3) Menjejaskan Cara Anak Berjalan & Postur Badan
Cara duduk bentuk W menyebabkan tekanan berlebihan pada otot dan sendi pinggul. Ia juga mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali anak.
Tulang pinggul boleh berpusing sepenuhnya yang boleh membawa kepada risiko pinggul terkehel (hip dislocation).
1) Kesannya boleh menjejaskan cara anak berjalan hingga kelihatan tidak normal
2) Menyebabkan anak kerap hilang keseimbangan terutama apabila berdiri atau berlari. Anak cenderung menjadi bongkok semasa berdiri dan mudah terjatuh apabila berlari.
3) Kekerapan anak duduk dalam bentuk W ini juga boleh memberi masalah untuk mereka duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai sokongan.
4) Tidak Membantu Kesimbangan Badan
Duduk bentuk W tidak menyumbang langsung kepada vestibular dan midline crossing. Kekurangan sensori vestibular boleh menyebabkan anak susah fokus dan kurang peka terhadap persekitaran.
Badan perlu dilatih untuk seimbang melalui cara duduk yang betul. Midline crossing bermaksud anggota badan kanan perlu silang ke kiri dan anggota badan kiri perlu silang ke kanan.
Kanan cross ke kiri. Kiri cross ke kanan. Baru lah mewujudkan keseimbangan.
Cara Duduk Yang Betul
So perhatikan cara duduk anak korang! Jika nampak anak kerap sangat duduk bentuk W, minta dia ubah kedudukan. Tunjukkan cara duduk yang betul.
Pilihan cara duduk di lantai yang betul ialah samada:
- Duduk bersila (criss-cross)
- Duduk bersimpuh (side sit)
- Duduk berlunjur (long sit)
Anak aku Irdina baru 3 tahun dan kerap juga duduk bentuk W. Tapi aku selalu tegur dan dia segera perbetulkan kedudukan dengan duduk bersila dengan badan yang tegap.
Irfan 6 tahun tiada masalah duduk W ini. Dia lebih suka duduk bersila dan kadang-kadang duduk berlunjur.
Tapi Izzah 10 tahun masih sukar melupakan tabiat duduk bentuk huruf W ini. Aku perhatikan Izzah agak susah dan tidak selesa duduk bersila.

Biasa orang duduk bersila kaki akan rapat kepada badan dan lutut hampir menyentuh lantai. Tapi Izzah bila duduk bersila lututnya mesti ternaik dan tidak dapat rapat ke lantai. Mungkin tabiat duduk W selama ini menyebabkan sendi pinggulnya sedikit ketat.
Sekarang ni memang aku paksa dia duduk bersila. Masih ada masa lagi untuk betulkan tabiat buruk dia duduk bentuk W tu.
Alhamdulillah sekarang ni ada perubahan pada postur badan dan cara dia berdiri. Tapi cara duduk dan cara berjalan masih perlu diperbaiki lagi.

Aku yakin selepas ini cara dia berdiri dan berjalan dapat diperbetulkan dengan lebih baik lagi. InsyaAllah. Amin ya Mujib.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.