Al-Fatihah | Allahyarhamah Hindon bte Mohd (5 Nov 1944 – 22 Jun 2019)

Bismillah. Cikros di sini.

Sudah sangat lama aku tak update blog ini dengan cerita diri dan keluarga. Last sekali update pada bulan May 2019!

Sudah hampir SETAHUN emak yang aku sayangi pergi buat selama-lamanya.

Allahyarhamah (الله يرحمه) Hindon bte Mohd meninggalkan dunia yang fana ini pada 22 Jun 2019, Sabtu, 7.05 pagi, bersamaan 18 Syawal 1440 Hijrah. Al-Fatihah.

Al Fatihah Untuk Bonda Hindon Mohd

Petunjuk Demi Petunjuk Emak Akan Pergi

Semasa bulan puasa lagi aku sudah rasa tidak sedap hati. Jiwa resah bagai diberi petunjuk yang emak aku akan pergi.

Sepatutnya tahun 2019 adalah giliran kami sekeluarga beraya di rumah ibu mertua di Kuala Lumpur. Sebab tahun sebelum itu aku dan keluarga sudah balik kampung di Jerteh, Terengganu untuk beraya dengan emak.

Al Fatihah Untuk Bonda Hindon Mohd
Hari Raya 2018

Tetapi hati aku kuat menyatakan yang aku MESTI BALIK BERAYA di kampung aku. Sebab ini mungkin KALI TERAKHIR aku dapat beraya dengan emak aku yang sudah berusia 75 tahun itu.

Tambahan pula emak aku pun tidak berapa sihat dan hilang selera makan. Badannya sudah kurus dan tidak kuat dimamah usia.

Al Fatihah Untuk Bonda Hindon Mohd
Bersama Izzah 4 Tahun (2010)

Setiap kali aku telefon, emak cakap dia tidak sihat sangat dan sakit lutut. Mata pun semakin kabur walaupun memakai cermin mata.

Jadi aku beritahu perasaan aku pada suami dan alhamdulillah dia memahami. Kami balik beraya di kampung aku pada hari Selasa 4 Jun 2019. Aku rasa sangat happy!

Al Fatihah Untuk Bonda Hindon Mohd
Bersama Irfan 8 Bulan (2013)

Emak Semakin Tidak Sihat

Emak kelihatan semakin kurus dan tidak bermaya. Tetapi dia masih lagi kuat berjalan sendiri dan mampu solat berdiri.

Aku duduk di sebelah emak semasa berbuka puasa pada hari itu. Terkejut juga sebab emak kelihatan sangat berselera makan.

Habis licin nasi yang penuh di pinggan. Siap bertambah dan boleh makan pemanis mulut lagi. Suka aku tengok.

Setiap kali hari raya, dua  buah peti sejuk di rumah emak pasti akan penuh. Emak cakap jika panjang umur tahun depan nak beli satu lagi peti sejuk.

Hati aku tiba-tiba terdetik yang mak aku tidak akan lama lagi dah. Tak sempat raya tahun depan. Tak sempat beli peti sejuk baru. Astagfirullah!

Teruk betul aku rasa bila diberi petunjuk sedemikian tetapi aku cuba mengusir perasaan tidak sedap hati itu jauh-jauh.

Emak kelihatan sanggat happy dengan gelagat cucu-cucunya di pagi raya. Emak siap sediakan sampul berisi duit raya yang diletakkan dalam plastik.

Al Fatihah Untuk Bonda Hindon Mohd
Hari Raya Terakhir 2019

Aku tergerak hati hati untuk merakam video emak melayan anak-anak aku pada pagi hari raya itu. Video itu adalah video emak aku yang pertama kali dan terakhir aku rakamkan.

Emak Tidak Beraya Tahun Itu

Kebiasaannya pada hari raya pertama, aku dan adik-beradik akan beraya di rumah saudara-mara kami di kampung lain yang berhampiran serta di Kuala Terengganu (100km dari Jerteh). Selalunya emak akan ikut sekali rombongan kami.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Tetapi tidak pada hari raya 2019. Emak cakap dia tidak larat dan mahu berehat. Malah rumah bapa saudara (Ayah Cik) kami yang berada bersebelahan rumah pun emak tidak pergi beraya.

Aku tidak ikut rombongan adik-beradik beraya di Kuala Terengganu dan menemani emak yang kelihatan tidak bermaya. Emak baring sepanjang hari dan hanya bangun semasa masuk waktu solat.

Petunjuk Datang Lagi!

Aku balik semula ke rumah aku pada hari raya ke 3, 7 Jun 2019. Aku bersalam, mencium dan memeluk emak yang berada di dapur ketika itu dengan erat. Hati kuat mengatakan itu ialah kali terakhir aku dapat memeluk emak aku.

Sedih juga rasa hati aku sebab emak tidak melambai kami pulang. Biasanya dia akan duduk di tangga dan melambai cucu-cucu yang akan berangkat pulang ke rumah.

Sampai di rumah, hati aku kembali resah. Setiap hari teringatkan emak.

Tetapi aku tidak menelefon emak setiap hari sebab takut mengganggu emak berehat. Setiap kali aku telefon walau di siang hari mesti dia sedang tidur.

Aku ada menelefon emak pada 20 Jun 2019 iaitu 2 hari sebelum dia meninggal dunia. Aku rasa lain macam sebab suara emak kelihatan sangat ceria dan gembira Seolah-olah emak tahu yang dia akan pergi berjumpa dengan Tuhan beberapa hari lagi.

Emak bagitahu dia sedang duduk di beranda rumah adik aku sambil menyedut udara segar.

Biasanya suara emak kedengaran penat dan sakit. Tetapi tidak kali itu.

Suara emak kedengatan sangat CERIA, SEGAR, TENANG & TERANG. Aku seolah-olah boleh nampak emak sedang SENYUM semasa bercakap dengan aku di telefon!

Aku meminta emak mendoakan supaya aku dapat kerja. Sebab selepas hari raya aku baru mengemaskini resume aku di Jobstreet dan applied beberapa jawatan kosong.

Tak sangka itu adalah kali terakhir emak mendoakan aku. Aku sudah hilang doa mustajab dari seorang ibu buat selama-lamanya.

Emak Sudah Meninggal Dunia

Pada hari Sabtu 22 Jun 2019, selepas solat subuh aku perasan ada beberapa mesej Whatsapp masuk ke telefon aku. Tetapi aku tidak buka dan baca sebab memang hanya akan melihat mesej pada pukul 9 pagi setiap hari.

Aku buka Whatsapp pada pukul 8.30 pagi sebab mahu tengok jika ada mesej dari suami yang ketika itu sudah pergi ke Puspakom untuk urusan pemeriksaan kereta.

Terkejut aku apabila melihat mesej dalam WHATSAPP GROUP KELUARGA bahawa EMAK AKU SUDAH MENINGGAL DUNIA pada pukul 7.05 pagi!!

Allah! Allah! Allah! Allah! Allah!

Aku rasa sangat terkilan sebab tidak seorang pun adik-beradik yang TELEFON aku untuk beritahu yang emak sudah tidak ada. Kenapa umumkan di group whatsapp sahaja? Aku tidak tengok whatsapp pada awal pagi sebegitu. Sedihnya rasa!

Sebaik dapat tahu terus aku telefon suami aku. Kereta pula baru sahaja mula pemeriksaan di Puspakom. Nak batal pun tak boleh. Allah!

Aku terpaksa menunggu suami aku balik baru kami dapat berangkat ke Kuala Terengganu pada pukul 12 tengahari. Emak aku meninggal dunia di rumah adik bongsu aku dan akan dikebumikan di sana.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Al Fatihah Untuk Bonda Hindon Mohd

Aku sampai di KT pada pukul 5.45 petang dan terus menuju ke Masjid Surau Hj Yaacob, Kuala Terengganu. Emak masih belum dikebumikan kerana menunggu abang aku yang bekerja di pedalaman Sabah.

Abang aku sampai pada pukul 6.30 petang dan cepat-cepat emak dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Surau Hj Yaacob.

Al Fatihah Untuk Bonda Hindon Mohd

Aku terkilan sebab tidak dapat memandikan jenazah emak. Aku sedih tidak dapat memeluk jenazah emak buat kali terakhir.

Tetapi aku bersyukur dapat juga menatap wajah emak yang sudah dikapankan di dalam keranda. Emak kelihatan sungguh tenang dan kulitnya putih bersih.

Al Fatihah Untuk Bonda Hindon Mohd
Belakang: Abang Dari Sabah Yang Kepenatan

Aku bersyukur juga dapat mencium dahi emak yang terasa sejuk membeku buat kali terakhir semasa keranda dibuka untuk aku dan abang menatap wajah jenazah emak. Semoga roh emak dicucuri rahmatNya. Al-Fatihah.

Al Fatihah Untuk Bonda Hindon Mohd

Aku Hilang Semangat

Sejak emak meninggal dunia, hidup aku seolah-olah hilang arah tujuan. Aku tiada semangat lagi untuk apply kerja, update blog dan buat bisnes. Segala apa yang aku buat untuk diri aku terhenti selepas emak meninggal dunia.

Namun begitu aku masih gagah meneruskan hidup demi anak-anak aku. Aku tetap gigih menghantar anak-anak ke kelas Taekwondo semasa hujung minggu.

Aku tetap berusaha supaya anak-anak aku berjaya dalam pelajaran. Aku tidak lupa bawa anak-anak berjalan-jalan makan angin dan sebagainya.

Tetapi sebahagian dari diri aku telah hilang hampir setahun lamanya! Baru hari ini aku ada kekuatan untuk menaip semula kisah pemergian emak aku di dalam blog ini.

Al Fatihah Untuk Bonda Hindon Mohd

Aku menulis supaya aku tidak lupa tarikh pemergian emak aku. Aku juga berharap penulisan ini menjadi pemangkin kepada kehidupan aku yang baharu. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosaku dan memberkati hidupku. Amin ya Rabbal Alamin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *