Masa kecik dulu ambo membesar dalam persekitaran kampung yang sangat best. Kehidupan sebagai kanak-kanak pada zaman itu adalah sangat selamat.
Mak bapa tidak risau langsung kalau kita pergi sekolah pada subuh hari ~ seorang diri berjalan kaki melalui belukar dan rumah orang. Malah kalau kita merayau-rayau hingga sampai ke kampung sebelah pada petang hari bersama kawan sebaya pun tidak ada masalah.
Agaknya zaman itu orang jahat macam zaman sekarang tak ramai yang wujud. Mungkin sebab zaman 80-an tidak ada internet maka tidak ada pengaruh jahat merebak merata-rata.
Ambo nak kongsi cerita masa ambo membesar dalam tahun 80-an (1980-1989) di Kampung Gong Kemuntong, Jerteh, Terengganu. Selepas tahun 90, ambo sudah tidak menetap di situ secara tetap kerana melanjutkan pelajaran di TKC Seremban dan kemudiannya di UM, Kuala Lumpur.
Cerita 1 ~ Ambo Kena Patuk Ular
Masa kecik rumah kami tidak ada TV. Masa tu kalau nak tengok TV kena berjalan kaki tak kira siang atau malam sejauh lebih 500 meter melalui belukar, padang rumput dan deretan pokok rambutan ke rumah arwah nenek.
Maklumlah rumah kami letaknya terpencil di kawasan hutan belukar manakala rumah nenek di tepi jalan besar.
Pada satu malam masa balik dari tengok TV bersama adik perempuan dan abang, ambo dipatuk ular dekat kaki!
Ambo tak pasti ular jenis apa yang patuk ambo tapi rasanya bukan ular yang berbisa kuat sebab ambo tidak menjadi lembik selepas kena patuk. Mungkin juga ambo ada kuasa sakti tak lut bisa *budget hebat…he he*. Ambo boleh berjalan sendiri balik rumah dan kemudian jalan balik ke rumah arwah nenek untuk diubati.
Arwah atuk yang dipanggil Chik membaca doa atau jampi *tak pasti pulak mana satu* dan meletakkan sejenis batu bulat (batu aked kot) kat tempat yang dipatuk. Selepas jampi dibaca barulah Ayah Su bawa ambo pergi Hospital Besar Jerteh. Kena suntikan penawar bisa!
Rasanya selepas kes dipatuk ular tu, ambo dan adik beradik masih meneruskan aktiviti menerjah rumah arwah nenek untuk menonton TV pada malam hari. Tak serik he he he
Masa itu ambo rasa umur ambo dalam 7 tahun kot. Tak lama kemudian tiba-tiba ada TV sendiri kat rumah kami. Magik kan?
Muah ha ha! Magik lah sangat. Mestilah salah seorang abang ambo yang beli TV tu. Boleh lah kami tengok cerita Incredible Hulk, Chip, McGyver, Little House on The Prairie dan macam-macam lagi.
1989 ambo baru nak naik darjah satu 🙂 seb baik rumah ambo antara terawal hok ada tb dirumah kt kg ambo tu. tapi ms tu pakai generator lagi.
@eliss, muda lagi demo ye ;D… rumah ambo dulu tak pakai generator tapi pakai elektrik curi (walaupun kami bayar juga) ~ wayar dipasang dari rumah pak cik yg ada letrik sah (ada meter) ke rumah kami.. wayar tu panjang merentasi padang dan disangkut pada pokok tembesu he he
lepas tahun 86 baru ada elektrik sah sebab pindah rumah baru tak jauh dari rumah lama he he
hehehe.. yr story took me back to 80’s… senyum sorg2 baca..