Aku Generasi X | Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh – Lencana Besi dan Kelas Teratai

Masa kecik-kecik dulu, ambo bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh dari darjah satu hingga tamat darjah enam (1981-1986).

Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh mula dibuka pada 18.07.1938 dengan 40 orang murid dan seorang guru dengan nama Sekolah Melayu Jerteh. Kiranya sekolah ambo ni sekolah zaman British lah.

Ambo ingat lagi pernah tengok gambar lama cikgu sekolah yang terdiri daripada warga British di perpustakaan SKPJ. Masa tu ambo budak kecik jadi rasa pelik kenapa ada gambar orang asing kat sekolah. Rupanya SKPJ ni ada sejarah yang tersendiri.

Kami adik-beradik memang semua sekolah kat Sekolah Pusat (nama manja untuk sekolah ini). Sebab SKPJ ini adalah sekolah rendah yang paling dekat dengan rumah kami walaupun jaraknya mencapai 4-5 kilometer.

Paling tak dapat dilupakan sebab ambo dan adik-beradik perlu berjalan kaki sejauh itu setiap pagi untuk ke sekolah. Tidak ada nikmat menaiki bas, van, kereta, motosikal atau pun basikal!

Walaupun arwah ayah ada motosikal tapi rasanya ambo hanya pernah dihantar sekali sahaja menaiki motosikal ayah ke Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh. Pagi-pagi gelap ambo akan meredahi padang rumput, belukar dan melalui rumah-rumah orang di bahagian belakang rumah kami sebelum sampai ke Jalan Haji Wan Latif.

Bila tiba di Jalan Haji Wan Latif baru rasa lega sebab jalan bertar menuju ke sekolah. Nikmat menaiki basikal hanya didapati semasa darjah enam. Itu pun dapat masa sudah hampir habis persekolahan. Bukan main seronok dapat ke sekolah dengan basikal. Sebelum ni hanya dapat pandang sahaja kawan-kawan merempit dengan basikal he he he!

Masa dahulu lencana sekolah diperbuat daripada besi dan mempunyai pin untuk disematkan di baju. Memang habis berlubang baju kena pin lencana besi ni. Lencana sekolah zaman sekarang kebanyakannya jenis iron-on tu kan. Tak perlu risau lencana hilang atau baju berlubang he he he!

Lencana besi SKPJ kepunyaan ambo – masih ada dalam simpanan!

Ambo masuk darjah satu dalam tahun 1981. Masa hari pertama, abang sulung ambo yang hantarkan dengan menaiki Vespa klasik kepunyaan pak cik ambo.

Ambo dimasukkan dalam kelas 1 Teratai dan selepas pendaftaran abang ambo kata dia nak balik dah. Ambo boleh siap kata “balik lah”. Hebat budak zaman dulu tak payah kena teman dengan mak bapak – tak macam budak-budak zaman sekarang ha ha ha! 

Masa sekolah rendah ambo pakai uniform pinafore biru dan kemeja hasil jahitan emak ambo. Masa tu ambo memang hairan kenapa uniform ambo kelihatan lain dari orang lain – kemeja ambo butang tekan (snap button) tapi orang lain butang yang selit celah lubang.

Darjah 3 Teratai 1983 

Rupa-rupanya memanglah lain kemeja putih ambo sebab buatan emak tercinta dan bukan dibeli di kedai. Kelas gitu!

Tapi ambo hanya pakai pinafore biru dari darjah 1 hingga 3 sahaja. Dari darjah 4 – 5 ambo pakai baju kurung tapi tak bertudung. Ambo hanya mula bertudung sejak darjah 5 tapi bukan dengan niat tutup aurat pun. Ada kes berlaku he he he!

Bersiap untuk ke sekolah – tahun 1985

Ambo kekal berada dalam kelas Teratai dari darjah satu hingga darjah enam. Setiap kali peperiksaan ambo mesti dapat nombor kurang dari 5. Sebab tu boleh kekal dalam kelas Teratai iaitu kelas A *kelas murid pandai lah ni*.

Banyak kenangan best masa belajar kat Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh ni. Nanti ambo sambung lain kali.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

8 Comments

  • sekolah pusat tu kt tengah bandar jerteh tu ko ? mok ambo sekolah mano ntah. sk jabi kot tapi sek men kat gong nering tak silap. tahun 81, ambo tak dop lagi didunio.tahun 82 baru lahir 🙂

    • @eliss, sekolah pusat nama je pusat tapi kat tepi bandar jerteh tu.. rasanya dalam 3-4 km juga.. ambo dulu lepas SPM sementara tunggu panggilan masuk universiti pernah lah tingkatan 6 kat sem men gong nering tu.. pergi sekolah naik basikal.. giler jauuhhh.

      mudo lagi demo nih ;D

  • ingat lagi masa sek tu dulu…Arwah cgu ashaari masa tu cgu pendidikan jasmani. kalu masih ingat lagi cgu Hashim Che su. cgu ambo jugok tu. darjah 1-6 duk sek tu. dari tahun 1987-93. loni baru umur 31. duduk dulu dalam kuaters hospital jerteh. nok wak guano mok ayoh kijo ctu….

    • @ewan, rasa macam ingat-ingat luoa cikgu hashim tu.. masa tu kalo sesapo duduk kuarters spital tu kira kelas la tu.. anak oghe berado he he

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *