Hiburan pada tahun 80-an di kawasan kampung memang sangat-sangat terhad.
Muzik hanya boleh dinikmati melalui radio yang memang merupakan media hiburan paling penting masa tu. Malah melalui radio jugak kami mengikuti drama radio paling popular iaitu No 5 Persiaran Satu dan rancangan kanak-kanak Kak Yong dan Abang Chik di radio RTM.
Best tau masa tu dengar drama radio. Macam-macam sound effect ada…he..he..he
Pada awal tahun 80-an, lagu-lagu nasyid mula rancak dimainkan di radio. Seingat I masa tu lagu nasyid macam Kembara di Tanah Gersang dan Mohon Pada-Nya nyanyian kumpulan nasyid Al-Jawaher dan lagu nasyid penyanyi solo seperti Ahmadi Hassan memang sangat popular.
Lepas abang I beli perakam radio kaset stereo barulah kami boleh dengar lagu-lagu pilihan sendiri. Kalau tak tadah telinga je lah dengar lagu yang dimainkan DJ radio RTM.
Masa tu kaset cetak rompak memang senang sangat dapat. Sebab abang-abang I yang beli so I sama-sama lah layan lagu Michael Jackson dan Modern Talking. Nostalgia sungguh bila dikenang!
Bagaimana dengan televisyen? Oh… first time I menonton TV ialah bila Ayah Su I yang masa tu belum kahwin beli TV hitam putih dalam kotak kayu yang ada pintu boleh sorong tarik tu. TV tu diletakkan di rumah Mok Soh *panggilan kepada nenek belah ayah*.
Cerita pertama yang I tengok ialah cerita Hindustan versi hitam putih!
Masa tu kalau nak tengok TV kena jalan kaki tak kira siang atau malam sejauh lebih 500 meter melalui belukar dan padang rumput ke rumah nenek.
Maklumlah rumah kami memang terpencil di kawasan hutan belukar manakala rumah nenek di tepi jalan besar. I pernah kena patuk ular masa balik dari tengok TV pada satu malam tu.
Tak lama lepas tu baru kami ada TV sendiri *bukan hitam putih tapi kaler you*. Masa tu selain cerita Hindustan I suka sangat tengok cerita kartun macam Captain Future, Ultraman dan Incredible Hulk.
Kalau time malam suka sangat tengok cerita BJ and The Bear, Battlestar Galactica, Knight Rider, Chips dan McGyver.
Oh.. cerita McGyver tu lah yang paling I suka tengok. Sebab teruja tengok McGyver gunakan skill dia selesaikan macam-macam masalah dalam situasi yang merbahaya. Sampai sekarang I masih suka pelakon Richard Dean Anderson tu walaupun dia dah tua.
Lagi satu cerita I suka ialah cerita Chips lakonan Eric Estrada. Cerita Chips ni pasal polis menjalankan tugas. Suka tengok sebab itu polis hensem…ha..ha.
I jugak suka cerita Little House on the Prairie. Syiok kan bila ingat balik kisah zaman kecik-kecik ni.
Sy pun suka McGyver. TV kotak kayu tu, arwah tok saya ada beli. Kami pakai lg sampai hjg thn 80-an.