Aku Generasi X | Al-kisah Generasi X, Y dan Z

Kita selalu dengar pasal ‘generation gap’ atau jurang generasi di media kan. Tapi apa sebenarnya yang merujuk kepada generasi itu?

Perbezaan tahun kelahiran dan latar belakang sosio ekonomi semasa kita dilahirkan mempengaruhi cara kita berfikir.

Generasi X merujuk kepada orang yang dilahirkan selepas perang dunia kedua iaitu dari tahun 1961-1981. I lahir pada tahun 1974 so I ni salah seorang daripada berjuta-juta manusia dari Generasi X!

Generasi Y pula lahir dari tahun 1982-1995. Kebanyakan anak saudara I adalah dari Generasi Y ini.

Generasi Z yang juga dikenali sebagai Generasi M atau Generasi Internet adalah mereka yang lahir dari tahun 1996 hingga sekarang. Ramai juga anak saudara I dari Generasi Z. Malah Izzah my dotter pun tergolong dalam Generasi Internet ni…he..he 

Sesiapa yang lahir tahun 1974 ni bertuah tau. Kenapa?

Tahun 1974 ialah tahun harimau mengikut kalendar cina. Katanya mereka yang lahir tahun harimau adalah suka berdikari, berani, yakin, dinamik, gigih, bertenaga, cerdas, sanggup berkorban, setia, mudah disayangi, baik hati, idealistik dan serba boleh.

Emmm… betul belaka tu…*pang…lempang sebijik bagi kembali ke alam nyata* hik..hik..hik! 

I masuk tadika pada umur 6 tahun iaitu tahun 1980. Darjah satu pada tahun 1981, darjah dua pada tahun 1982 dan seterusnya sehingga tahun 1986 di darjah 6. Jadi, senang nak ingat!

Apa yang best membesar sebagai Generasi X dalam tahun 80-an?

Banyak! Nanti I cerita apa yang best masa tahun 80-an tu. Stay tune!

Err.. korang Generasi apa ye?

Kalau Generasi X dengan I.. high five!! Kalau Generasi Y atau Z pun high five gak. I nama je Generasi X tapi boleh je kawan dengan semua generasi. Takde generation gap punya. Tak caya cuba tanya anak-anak sedara I…he..he 

2 Comments

  • Tifa Generasi Y and Farhan generasi Z. Ada buku menarik Tifa baca pasal generasi X, Y, Z and macam mana nak handle generazi z nih 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *