Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.
Aku dan famili ada Sunway Lagoon Passport. Sebelum bulan puasa hari tu kami terjah Sunway Lagoon untuk meninjau kawasan. Hehe!
Sunway Lagoon adalah taman tema terbaik di Malaysia. Kat sini ada enam (6) tarikan yang awesome:
- Nickelodeon Lost Lagoon
- Water Park
- Amusement Park
- Wildlife Park
- Scream Park
- Extreme Park
Memang tak cukup satu hari lah nak main semua benda kat Sunway Lagoon tu. Sebab tu disarankan beli Sunway Lagoon Passport. Boleh masuk hari-hari selama setahun. Main sampai muntah hijau macam slime Nickelodeon tu! Hehe!
Sunway Lagoon Amusement Park
First tempat yang kami terjah ialah Sunway Lagoon Amusement Park. Banyak rides untuk budak-budak.
Favorite anak-anak aku ialah Carousel, Apache Pots, Vultures dan Wagon Wheel. Sesuai lah tu dengan umur anak aku.

Vultures tu permainan “burung terbang”. Sekejap naik sekejap turun. Best jugak lah.

Wagon Wheel ni tak mencabar langsung. Duduk je sambil menikmati permandangan sekeliling Sunway Lagoon dari atas Wagon Wheel.
Apache Pots. Budak-budak suka lah naik mangkuk Apache berpusing ni. Aku boleh took a nap lagi dalam tu. Hehe.
Wild-Wild West Sunway Lagoon
Rides kat area Wild Wild West di Amusement Park Sunway Lagoon ni ada yang best. Aku suka!
Ada banyak patung orang Red Indian, tiang totem dan juga wooden facades. Lokasi yang bagus untuk bergambar.
Korang mesti cuba Grand Canyon River Rapids tu. Naik bot bulat sambil meredah air yang berombak-ombak. Omak syiok pulak!
Grand Canyon River Rapids tu actually untuk yang tinggi lebih 120 cm. Tapi aku tengok ramai omak abah bawak BABY sekali naik rides tu.
Penjaga situ biar je!! Dia hanya tanya baby dah boleh jalan ke belum.
Omakgorg! Apa kaitan baby boleh berjalan dengan naik rides tu? Bahaya lah weh baby naik Grand Canyon River Rapid tu.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Colorado Splash pun best jugak. Yang tak best ialah kena naik tangga yang tinggi untuk main.Omak capek!
Tak perlu pakai baju swimming pun boleh naik. Basah sikit-sikit je.
Sunway Lagoon Wildlife Park
Aku suka Sunway Lagoon Wildlife Park ni. Mini zoo yang sesuai untuk mengajar anak-anak tentang ilmu alam, haiwan dan dunia sains.
Ada lebih kurang 150 jenis haiwan dari seluruh dunia kat sini. Sunway Lagoon Wildlife Park ini adalah fully interactive zoo.
Anak-anak boleh jumpa Harimau Bengal Putih bernama Samson dan Asha.
Ada juga Singa Putih bernama Zola dan Zuri di Sunway Lagoon Wildlife Park.
Tahu tak? Singa putih ni bukan albino. Biasa haiwan albino mata dia mesti merah sebab tiada pigmen melanin langsung.

Singa putih bulu sahaja yang putih atau blonde tapi warna mata macam singa biasa. Ini disebabkan oleh “leucism” yang berlaku kerana kekurangan pelbagai jenis pigmen. Menariknya!
Choo Choo Train di Sunway Lagoon
Sunway Lagoon ni kawasan yang sangat luas. Memang penat giler kalau berjalan kaki lah. Nasib baik ada perkhidmatan Mini Train dalam Sunway Lagoon ni.
Mudah lah nak bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain. Contohnya dari Wildlife Park nak pergi ke Extreme Park. Pergh! Boleh pengsan tu kalau berjalan. Hehe!
Better lah naik train. Tunggu dan naik saja train di Train Station yang berada di Sunway Lagoon Wildlife Park, Water Park, Extreme Park dan Nicholedeon Lost Lagoon.
Characters Meet & Greet
Ada beberapa karakter yang boleh dijumpai dalam sesi Meet & Greet di Sunway Lagoon ni. Masa dan lokasi ada tulis kat website Sunway Lagoon.
Watak macam Teenage Mutant Ninja Turtles, Dora & Boots dan SpongeBob & Patrick tu ada kat The Lake depan Nickelodeon Lost Lagoon.
Hari tu aku dan anak-anak sempat bergambar dengan Teenage Mutant Ninja Turtles iaitu Leonardo (Leo), Donatello (Donnie or Don), Raphael (Raph) dan Michelangelo (Mikey).
Besa gaban sekor-sekor turtle tu. Donatello suka menyakat pulak tu. Dina-saur takut sampai menangis. Hak hak hak!
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Pontoon Ride + Fish Feeding
Kat depan Nickelodeon Lost Lagoon tu ada tasik boleh bagi ikan makan. Tapi bukan bagi sebarang makanan tau.
Kena beli makanan ikan RM3 pastu dapat naik free Pontoon Ride yang pergi ke tengah tasik.
Seronok anak-anak aku bagi ikan dalam tasik tu makan. Berebut-rebut semua ikan tu macam kebuluran.
Ride Height Resctrictions (Had Ketinggian)
Most rides kat Sunway Lagoon aku tengok adalah mesti 140 cm ke atas. Tinggi pulak had ketinggian kat sini. Tapi jangan risau lah sebab tak strict sangat pun. Boleh je main kalau nak.
Izzah sekarang tinggi dah 133 cm. Cepat betul meninggi budak ni. Tahun depan mesti dah sama tinggi dengan aku ni. Hehe!
Irfan pulak tinggi 105 cm. Kalau ikut had ketinggian most rides Irfan tak boleh main. Tapi hari tu kami redah je main okey je. Hik!