Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.
Aku dah lama tak pergi Sunway Lagoon Theme Park!! Masa Izzah kecik dulu pernah pergi sebab dapat tiket Sunway Lagoon free.
Pastu ada sekali tu aku beli tiket Sunway Lagoon sempena birthday Izzah dan Big Babah. Then ada few times pergi Sunway Lagoon sebab dapat media invites.
Masa Nickelodeon Lost Lagoon dibuka aku dapat jemputan sebagai media jugak. Tapi tak dapat pergi sebab masa tu aku masih dalam pantang masa bersalinkan Dina-saur.
Masa bulan Feb 2017 pun aku dapat media invites ke Sunway Lagoon. Siap dapat offer untuk cuba percuma rides berbayar iaitu Bungy Jump dan G-Force X kat Extreme Park. Tapi aku tak pergi sebab tak dapat tiket untuk famili aku sekali. Mana best pergi sorang kan?
Aku teringin lagi nak pergi Sunway Lagoon dengan anak-anak dan suami. Tapi selalu put on hold. Sebab harga tiket untuk sekali masuk ke Taman Tema Sunway Lagoon sangat mahal untuk keluarga yang ramai.
Harga tiket Sunway Lagoon untuk pemegang MyKad adalah RM120 (dewasa) dan RM96 (kanak-kanak/senior). Aku ada 2 dewasa dan 2 kanak-kanak yang kena bayar tiket masuk. Jumlah tiket Sunway Lagoon sekali masuk sahaja untuk semua parks adalah RM432.
Omakgorg! Nak berjimba-jimpa hanya beberapa jam dah kena RM432. Bukannya boleh cover semua attractions pun dalam sehari tu!!
Sunway Lagoon Passport / Pas Tahunan Sunway Lagoon
Aku tengok Sunway Lagoon Theme Park pun ada buat annual pass / pass tahunan macam Legoland Malaysia. Tak silap sejak Ogos 2016. Omak super like!!
Tapi harga tiket tahunan / passport Sunway Lagoon pun mahal jugak. Kena ikat perut berbulan-bulan kot nak beli Sunway Lagoon passport untuk anak beranak. Hehe!
Harga biasa untuk passport Sunway Lagoon RM588 tak kira dewasa atau kanak-kanak. Sama je harga. Tapi sekarang harga passport Sunway Lagoon jika beli di kaunter atau secara online adalah RM450. Tak pasti sampai bila harga passport Sunway Lagoon RM450 ni.
Aku congak-congak kena beli 4 passport Sunway Lagoon. Dina masih baby bawah 3 tahun jadi selamat tak payah beli tiket. RM450 x 4 = RM1,800!!
Perghh!! Sama harga macam Legoland Annual Pass. Omak pengsan tak bangun-bangun. Tak ada budget. Hehe!
Apakah Sunway Lagoon Passport?
Sunway Lagoon Passport ialah pas tahunan (annual pass) yang membolehkan korang keluar masuk Sunway Lagoon setiap hari selama setahun (365 hari) dengan hanya membayar sekali sahaja. Jimat tahap kebaboom ni!
Sesiapa pun boleh beli passport Sunway Lagoon ni. Pelancong, pelawat, dewasa & kanak-kanak — semua sama harga.
Sunway Lagoon Passport untuk 12 bulan berharga RM450 jika beli online. Dulu pasport Sunway Lagoon ada yang 6 bulan jugak. Aku tengok kat website Sunway Lagoon macam tak ada dah yang 6 bulan tu. Tapi jangan risau. Ada cara untuk beli passport Sunway Lagoon 6 bulan dengan harga murah.
Ada passport Sunway Lagoon membolehkan korang masuk ke semua 6 parks dalam Sunway Lagoon SETIAP HARI tanpa sekatan selama setahun!
Aku rasa beli passport Sunway Lagoon ni memang sangat berbaloi-baloi bagi mereka yang tinggal sekitar Sunway Lagoon. Anytime boleh masuk Sunway Lagoon tanpa beli tiket lagi.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Let’s say ko giler masuk Sunway Lagoon hari-hari. RM450 / 365 hari = RM1.24 sekali masuk. Terlajak murah jadinya. Hak hak hak!
Kalau ko tak berapa giler hanya masuk Sunway Lagoon sebulan sekali. RM450 / 12 kali = RM37.50 sekali masuk. Masih lagi jimat banyak kan?
Kelebihan Sunway Lagoon Passport
Selain dari boleh masuk Sunway Lagoon setiap hari selama setahun, pemilik passport Sunway Lagoon juga ada banyak benefits.
- Passport renewal hanya RM200 setahun
- 10% diskaun untuk tiket Pay Per Ride (Bungy Jump, G-Force X dan Go Kart.)
- Birthday Special: 40% diskaun untuk 4 tiket dalam bulan hari lahir
- 10% diskaun untuk Lost World Tambun & 60% diskaun untuk Lost World Hotel
- 20% diskaun untuk beli barang di kedai barangan Sunway Lagoon.
- 10% diskaun untuk beli makanan dan minuman dalam Sunway Lagoon
- 20% diskaun untuk sewa double tube dan locker
Nak Dapat Harga Sunway Lagoon Passport Murah?
Aku nak kongsi cara nak dapat harga passport Sunway Lagoon murah daripada harga promosi RM450 tu. Boleh dapat hampir separuh harga!!
- RM180 untuk passport Sunway Lagoon tempoh 6 bulan
- RM230 untuk passport Sunway Lagoon tempoh 12 bulan
Jimat dekat 50% untuk beli Sunway Lagoon Passport tu! Nak ke nak? Hehe!
Mudah je nak dapat pass tahunan / Sunway Lagoon Passport harga murah ni. Jangan beli online. Jangan beli di kaunter tiket di Sunway Lagoon.
Beli passport Sunway Lagoon harga murah dari kaunter bergerak Quackie Cruises yang berada di lokasi tertentu sekitar Lembah Klang.
Setiap hari atau setiap 2 hari sekali, van Sunway Lagoon atau nama glamour dia iaitu Quackie Cruises akan bersiar-siar di sekitar Lembah Klang!
Kalau korang beli Sunway Lagoon passport dari Quackie Cruises baru lah korang boleh dapat harga RM230 untuk setahun / RM180 untuk 6 bulan. Harga annual pass Sunway Lagoon murah ni special hanya untuk rakyat Malaysia (ada My Kad) sahaja.
Nak tahu kat mana kedudukan van Quackie Cruises ni boleh tengok senarai lokasi di link ini => Quackie Cruises
Kami Dah Ada Sunway Lagoon Passport!
Big Babah dah beli 4 annual pass Sunway Lagoon untuk aku dan anak-anak. Syukur dengan rezeki yang ada. Hoyeh! Omak lompat bintang!
Aku ada subscribed newletter Sunway Lagoon jadi selalu dapat email promosi terkini Sunway Lagoon.
Hari tu 4-7 May 2017 ada jualan harga tiket tahunan Sunway Lagoon murah ni kat Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur. Bukan selalu Sunway Lagoon bukak booth kat shopping mall untuk jual passport Sunway Lagoon murah ni tau.
Biasa nak murah kena cari kaunter bergerak Quackie Cruises tu kan. Aku rasa lagi senang ada jual pas tahunan Sunway Lagoon yang murah tu kat booth shopping mall.
Boleh pergi main air kat Sunway Lagoon anytime dah dengan passport ni. Lepas ni muntah hijau lah tengok aku update pasal Sunway Lagoon. Heheh!