Bismillah. Aloe! Cikros di sini.
Cerita basi baru nak up. Hari raya 2017 akhir bulan Jun hari tu aku tak balik kampung. Tahun ni turn beraya di rumah MIL kat KL.
Selepas beraya di rumah MIL kami sambung beraya di Taman Tema Sunway Lagoon pula. Sunway Lagoon tu rumah kedua kami tau. Hehe!
Since aku satu famili ada Sunway Lagoon Annual Pass so boleh terjah Taman Tema Sunway Lagoon anytime.
Sebelum puasa kami sempat ke Sunway Lagoon Theme Park tu untuk melawat kawasan. Antara attractions Sunway Lagoon yang sempat aku pergi masa tu ialah Sunway Lagoon Amusement Park dan Sunway Lagoon Wildlife Park.
Tak sepenuhnya pun kami cover sebab kata hanya meninjau kawasan. Next time kan boleh pergi lagi berkali-kali. Hak hak hak!
Kali ni pergi Sunway Lagoon untuk mandi-manda bermain air sampai kecut!! Semua siap pakai swimming attires dari rumah. Semangat!
Sunway Lagoon Water Park
Ada banyak tempat menarik untuk kanak-kanak dan dewasa di Sunway Lagoon Water Park. Antara permainan air & pool yang mesti main di Sunway Lagoon Water Park ialah:
- Waterplex 5D (had tinggi minima 1.1 meter)
- Cameron Climb (had tinggi minima 1.1 meter)
- African Pyhtons (had tinggi minima 1.1 meter)
- Vuvuzela (had tinggi minima 1.1 meter)
- Congo Challenge (had tinggi minima 1.1 meter)
- Wave Pool
- Giant Tipping Bucket
- Little Zimbabwe (had tinggi minima 1.1 meter)
- Kalahari Kids (had tinggi minima 1.1 meter)
Sunway Lagoon Water Park Wave Pool
Tempat first kami terjah ialah Sunway Lagoon Water Park Wave Pool.
Masa aku sampai dengan famili masih awal pagi dan orang tak ramai. Giler kiasu. Kolam berombak itu kami yang punya!! Hak hak hak!
Tapi selepas sejam makin ramai yang berendam dalam Wave Pool tu. Macam-macam aksi & gaya. Ambik gambar anak pun tercemar gambar dengan manusia yang berpakaian menjolok mata. Hehe!
Kat Sunway Lagoon Wave Pool tu ada Giant Tipping Bucket. Satu baldi gergasi yang bila air penuh akan menumpahkan air ke bawah dengan laju.
Izzah suka sangat kena curah air dari Giant Tipping Bucket tu. Tapi Irfan penakut!! Dia memang “alergik” kena curah air terjun macam tu.
Actually pernah terkena sekali so dia phobia yang amat. Even air mencurah dari cendawan kecik tu pun dia tak nak pergi dekat.
Takpe. Tunggu cuti sekolah akhir tahun omak hantar Irfan belajar swimming. Bagi hilang takut pada segala jenis air. Hehe!
Dina-saur pulak? Takut terlampau sangat. Menjerit-jerit tak nak main air. Hak hak hak!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Sunway Lagoon Water Park Little Zimbabwe
Anak-anak aku semua suka main slide @ gelungsur. Sebab kat rumah memang ada slide yang diletak di ruang tamu.
Hari-hari kot main slides dalam rumah. Pagi petang siang malam lah main. Hehe!
So bila dapat main water slides kat Little Zimbabwe ni masing-masing ulang lebih sepuluh kali. Nasib datang pagi belum ramai orang.
Seronok sangat la tu! Mana boleh aku jadi camera-omak je. Omak mesti join sekali the fun mah. Hehe!
Sunway Lagoon Water Park Kalahari Kids
Kalahari Kids kat Sunway Lagoon ni pun best juga untuk budak-budak. Tempat main bertemakan Kalahari.
Tapi waterslides kat Kalahari Kids ni rendah. Sesuai untuk budak-budak yang lebih kecil.
Aku tak kira rendah ke tinggi. Aku join main semua.
Nasib baik omak ni ringan bak kapas. Kalo tak boleh retak pecah berlubang gelungsur tu weh. Hak hak hak!
Izzah tak habis-habis tarik tangan aku nak main Vuvuzela dan Congo Challenge.
Memang super duper awesome lah water ride ni. Tapi omak rejected her request.
Not this time lah kakak. Next time boleh main. Kita kan boleh masuk Sunway Lagoon anytime any day? Hehe!
Sunway Lagoon Nickelodeon Lost Lagoon
Masa raya tu dua hari berturut-turut kami ke Taman Tema Sunway Lagoon. Captain Quack siap pakai baju Melayu tu!
First day tu lepas main air kat Water Park sampai tengahari terus balik. Memang penat.
Hari kedua memang dah planned nak main air kat Nickelodean Lost Lagoon.
Aku dan famili memang tak pernah jejak kaki ke Sunway Lagoon Nickelodean Lost Lagoon ni. Akhirnya sampai jugak!
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Ada banyak water rides yang best kat Nickelodeon Lost Lagoon ni. Antaranya:
- SpongeBob Splash Adventure (had tinggi minima 1.0 meter)
- Splish Splash
- Wild Chase Coaster (had tinggi minima 1.2 meter)
- Moolalah Adventure River (had tinggi minima 1.2 meter)
- Explorer’s Trail
- Marimari Rapids (had tinggi minima 1.2 meter)
- Cobra Creek (had tinggi minima 1.2 meter)
- Boa Constrictor (had tinggi minima 1.2 meter)
- Crocodile Gully (had tinggi minima 1.2 meter)
- Kubarango (had tinggi minima 1.2 meter)
- Monsoon 360 (had tinggi minima 1.2 meter)
- Jungle Fury (had tinggi minima 1.1 meter)
- Hippo Valley (had tinggi minima 1.2 meter)
SpongeBob Splash Adventure
Tempat pertama yang kami tuju sudah tentu SpongeBob Splash Adventure. Kuasa veto ada pada anak-anak. Hehe!
Tempat SpongeBob tu penuh dengan air merecik. Irfan tak mau naik main slides sebab ada bucket besar atas tu!
Nama pun SpongeBob Splash Adventure. Memang air automatik terpercik sana sini. Takut dia nak pergi. Hak hak hak!
Splish Splash
Sebelah SpongeBob Splash Adventure tu ada Splish Splash. Air pancut merecik-recik lagi.
Kat sini lagi kuat pancutan air. Ada macam-macam jenis pancutan pulak tu. Aku bawak Dina pergi sini dia melalak. Hehe!
Masa aku ke Nickledeon Lost Lagoon ni banyak water rides yang tutup.
Aku dan Izzah hanya sempat main Monsoon 360 dan Jungle Fury sahaja. Ramai sangat orang!!
Monsoon 360
Macam tak percaya aku boleh pergi main Monsoon 360 kat Sunway Lagoon Nickledeon Lost Lagoon ni. Tanjat omak!
Monsoon 360 ni nak main kena beratur ambik back pad untuk dipakai. Pastu kena naik tangga tinggi ke atas platform Monsoon 360 tu.
Sampai kat atas terkejut tengok kena berdiri tegak dalam kapsul yang ditutup pintu lutsinar.
Pastu terkujat bila lantai aku berpijak terbuka dan aku jatuh ke bawah dengan lajunya. Nasib tak terkucil. Habis hidung aku masuk air! Hehe!
Jungle Fury
Izzah ni memang energetik nak main semua water rides kat Nickledeon Lost Lagoon tu. Aku lah jadik mangsa kena teman dia. Huhu!
Nak main Jungle Fury ni kena ada at least 4 orang. Nyaris tak dapat main sebab aku dan Izzah dua orang je.
Nasib baik ada 2 anak beranak Arab ni nak main jugak. Tumpang jadi geng main Jungle Fury lah. Hehe!