Bismillah. Aloe! Cikros di sini.
Aku dan famili balik kampung lagi di Sunway Lagoon Theme Park masa cuti sekolah hari tu. Amboi. Kelas kampung omak. Hehe!
Kali ni aku melepak di Sunway Lagoon Surf Beach sepanjang hari. Seronok jugak berkelah tepi pantai buatan manusia di Sunway Lagoon ni.
Hembusan angin bayu, daun pokok
kelapapalma yang melambai-lambai dan ombak menghempas pantai buat aku rasa macam berada di pantai sebenar. Tak sama. Macam je tau. Hak hak hak!
Apa yang menarik di Sunway Lagoon Surf Beach? Best tau Sunway Lagoon Surf Beach sebab pantai di Sunway Lagoon ni besar beb!
Sunway Lagoon Surf Beach pernah menjadi pantai luncur buatan manusia yang terbesar di dunia dengan keluasan kira-kira 13,000 meter persegi dan satu-satunya yang berupaya menjana ombak untuk tujuan meluncur di Asia Tenggara.
Aku suka Sunway Lagoon Surf Beach ni sebab pasir pantai putih macam pasir pantai di Terengganu tanah tempat lahir aku. Anak-anak aku memang seronok main pasir tabur sana sini.
Tabur pasir pantai tak apa. Jangan balik rumah main tabur kinetic sand pulak. Omak tabur korang pulak nanti. Hehe!
Macam biasa kami sampai awal di Taman Tema Sunway Lagoon tu. So boleh ambik port melepak yang paling best.
Kat Sunway Lagoon Surf Beach ni ada disediakan tempat duduk di pergolas dan islands. Kat pergolas tu ada banyak kerusi dan meja di bawah satu bumbung yang besar. Aku rasa ada 3 pergolas kat Sunway Lagoon Surf Beach tu. So tak payah risau tak cukup tempat nak duduk melepak kat pantai.
Kat islands pulak ada meja dan kerusi di bawah payung besar. Tak banyak meja dan kerusi kat islands ni so kena cepat kalau nak duduk sini.
Aku rasa tak berapa best melepak kat pergolas ni sebab lokasi dia tepi jalan dan agak jauh sedikit dari air. Tak lah jauh mana tapi duduk kat islands lagi best. Boleh terus terjun dalam air. Hehe!
Aktiviti Menarik Di Sunway Lagoon Surf Beach
Sebab Sunway Lagoon Surf Beach ni pantai buatan manusia so penuh dengan pasir lah. Ada 6,000 tan pasir kuari kot kat pantai Sunway Lagoon Surf Beach ni. Boleh main pasir dan bina istana pasir.
Tapi nak tanam badan dalam pasir macam kat pantai betul tak boleh lah kot sebab pasir sini cetek je. Hehe!
Kat pantai Sunway Lagoon ni juga ada tempat untuk main bola tampar dan bola sepak pantai. Hari tu aku tak sempat sekodeng orang main sebab sibuk dengan aktiviti lain kat Extreme Park.
Sewa Pelampung @ Double Tube
Nak lagi seronok main air di Sunway Lagoon Surf Beach ni boleh sewa pelampung double tube.
Since kami pemegang passport Sunway Lagoon so dapat diskaun 20% untuk sewa pelampung. Bayar RM12 sahaja untuk sewa double tube sepanjang hari. Best kan ada passport Sunway Lagoon ni. Hehe!
Equipment | Deposit | Rental | Total (MYR) inclusive 6% GST |
---|---|---|---|
Double tube | RM 10 | RM 16 | RM 26 |
Surf board | RM 20 | RM 32 | RM 52 |
Waves of Fun @ Sunway Lagoon Surf Beach
Kalau melepak kat Sunway Lagoon Surf Beach ni mesti rasai pengalaman main ombak besar bak tsunami di Sunway Lagoon. Hehe!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Memang lah rasa macam tsunami. Sedang syok main air yang tenang tiba-tiba datang ombak besar!! Tapi orang ramai tak bertempiaran lari pun. Semua menunggu je ombak datang!
Ombak bukan sebarang ombak. Tapi ombak Waves of Fun lah kat Sunway Lagoon Surf Beach tu. Memang seronok tunggu ombak besar datang. Bersorakan semua orang.
Ombak kat Surf beach ni akan muncul pada bermula pukul 3.00 pm hingga 3.30pm. Setengah jam main ombak besar. Seronok tau!
Tapi awas. Time ombak besar ni disaran bawa anak kecil jauh ke tepi pantai. Sebab kat tengah laut tu ombak memang sangat tinggi dan kuat. Sampai orang gemuk pun boleh terjatuh kena tolak dengan ombak. Bahaya jugak lah.
Masa mula-mula ombak datang suami aku pergi dengan Izzah dan Irfan. Izzah tu seronok betul main ombak. Tapi Irfan takut. Terus lari ke pantai. Aku pulak join Izzah kemudian. Omak nak jugak merasa main ombak. Kuat giler ombak tu.
[ae-fb-embed url=’https://web.facebook.com/cikros.mini/videos/10212123822362289/’ width=’500′]
Flow Rider @ Sunway Lagoon Surf Beach
Kat Sunway Lagoon Surf Beach ni hanya ada satu rides iaitu Flow Rider. Jika nak merasa surfing dengan cara yang selamat boleh lah test skill surfing kat Flow Rider ni.
Izzah nak main Flow Rider ni tapi tak lepas lah sebab had ketinggian minima 1.4 meter. Dia tu baru 1.3 m. Kesian. Tengok orang main surfing je lah. Hehe!
Baby Dina-saur aku takut main air kat Sunway Lagoon Surf Beach tu. Kena celup sikit dengan babah dia terus melalak. Hehe.
Muncung mulut datang kat aku mengadu. Susukan dia terus tertidur. Bagus sangat dia tidur! It’s time for omak untuk main kat Sunway Lagoon Extreme Park. Horeh!!