Bismillah. Aloe! Cikros di sini.
Aku nak sambung cerita balik kampung di Sunway Lagoon masa cuti sekolah hari tu. Tak habis lagi tau. Hehe!
Kami semua melepak kat Sunway Lagoon Surf Beach kan. Suami aku celup baby Dina dalam air. Meraung anak omak.
Aku pun bagi susu dan dia terus tertidur lena. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa so memang sangat syok lah baby tidur. Omak super like!
Masa baby tidur ni lah aku ada peluang buat aktiviti yang aku nak buat dengan Izzah. Turn suami aku jaga baby. Kasi chance lah omak nak berjimba-jimba. Hak hak hak !
Antara aktiviti menarik di Sunway Lagoon Extreme Park ialah:
- Beach Volleyball / Soccer
- Paintball Target Shooting (had tinggi minima 1.1 meter)
- Bungee Trampoline (berat 20-100 kg)
- G-Force X (had minima tinggi 1.3 meter)
- All Terrain Vehicle (ATV) (umur 12+)
- Kayaking (umur 12+)
- Pedal Boating (had tinggi minima 1.1 meter)
- Flying Fox (berat 40-90kg)
- Bungy Jump (berat 45-250kg)
- Archery Target Shooting (had tinggi minima 1.1 meter)
- Go Kart (umur 12+)
Ada 3 aktiviti berbayar iaitu G-Force X, Bungy Jump dan Go Kart. Bungy Jump dan Go Kart tu ada dalam senarai bucket list aku. G-Force X tu? Tak ingin omak. Hehe!
G-Force X (tinggi 1.3 meter) – RM32*
Nak main G-Force X di Sunway Lagoon Extreme Park kena bayar RM64 (*RM32 untuk pemegang MyKad). G-Force X ni akan melantunkan korang dari 0 hingga 120 kilometer sejam dalam masa 2 saat!! Memang giler menakutkan. Hak hak hak!
Masa aku peri ke tempat G-Force X Sunway Lagoon tu belum ada orang yang main. Sebab hari masih pagi. So nak ambik gambar close-up orang main G-Force X tak dapat lah.
Suruh Izzah posing depan G-Force X di Sunway Lagoon Extreme Park pun jadi lah. Bukti dah sampai. Hehe!
Tapi masa aku sedang duduk kat Surf Beach tu ada 3 kali aku nampak orang main G-Force X tu.
Scary tengok! Dari jauh pun nampak G-Force X tu dilantun ke udara. Ada bran? Hehe!
Bungy Jump (berat 45-250kg) – RM80*
Ada bayaran untuk main Bungy Jump di Sunway Lagoon Extreme Park ni iatu RM138 (*RM80 pemegang MyKad).
Ada berani terjun tiruk menjunam ke bawah dengan tali diikat pada kaki? Omak nak cuba suatu hari nanti. Hehe!
Nak buat Bungy Jump di Sunway Lagoon ni kena naik jambatan gantung untuk pergi ke port Bungy Jump.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Kat bawah tu adalah tasik di mana aktiviti berkayak dan pedal boating di buat. So bila dah menjunam jatuh tergantung ke bawah nanti ada bot penyelamat warna biru datang ambik korang.
Nak tengok gambar tempat Bungy Jump di Sunway Lagoon tu? Nah! Masa ni crew Bungy Jump sedang prepare towel tebal untuk diikat pada kaki penerjun Bungy Jump.
Aku dan Izzah sempat lah tengok mamat Korea yang hensem ni buat Bungy Jump. Hehe!
Aku tengok macam best je Bungy Jump tu. Bukan susah sangat pun. Terjun je kan.
Kalau takut nak terjun sendiri nanti crew Bungy Jump tu akan tolak je korang. Hak hak hak!
Go Kart (umur 12+) – RM22/27*
Nak main Go Kart pun boleh di Sunway Lagoon Extreme Park kena bayar RM22 single seater dan RM27 double seater.
Tapi umur kena 12 tahun ke atas. Aku ingat nak tipu sunat je cakap Izzah 12 tahun.
Nak ambik yang double seater Go Kart tu. Omak yang pandu depan. Izzah relek je kat belakang. Plan baik ni. Next trip lah buat. Hehe!
Archery Target Shooting (tinggi 1.1 meter)
Nak merasa jadi Robin Hood? Kena cuba aktiviti memanah @ Archery Target Shooting di Sunway Lagoon Extreme Park ni.
Aku dan Izzah dah buat dah masa trip kami ke Sunway Lagoon sebelum ni. So tak heran dah. Hehe!
Flying Fox (berat 40-90kg)
Main Flying Fox di Sunway Lagoon Extreme Park adalah satu item dalam Bucket List aku.
Dengan bangganya aku nak cakap yang aku dah main Flying Fox di Sunway Lagoon ni!! Izzah teman omak sahaja sebab dia tak cukup berat so tak boleh main Flying Fox.
Nak main Flying Fox Sunway Lagoon ni kena panjat tangga yang tinggi nak mamposss. Capek omak dibuatnya.
Actually tangga naik menara tu adalah tangga yang sama untuk naik ke jambatan gantung & Bungy Jump. Boleh kurus ni kalau turun naik 10 kali. Hehe!
Sebelum main Flying Fox ni kena pakai harness dan topi keselamatan. Ada crew yang tolong pakai kan. So tak perlu risau lah.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Sebelum terjun crew akan ajar cara duduk posisi yang betul. Lepas tu dia terus tolak dan aku meluncur dengan lajunya ke bawah.
Serius sangat best! Aku rasa nak ulang main Flying Fox ni. Tapi tak larat nak naik tangga ke menara yang tinggi tu. Hak hak hak!
Pedal Boating (tinggi 1.1 meter)
Pedal Boating kat Sunway Lagoon Extreme Park ni Izzah boleh main. Sebab had tinggi minima 1.1 meter. Horeh!
Aku ingat dapat lah main bot angsa tu. Tapi kena main pedal bot empat segi tu. Dah rosak kot bot angsa. Huhu!
Kayaking (umur 12+)
Wahhh!! Sesiapa nak berkayak pun boleh di Sunway Lagoon Extreme Park. Ada had umur 12 tahun ke atas. Aku nak cuba tapi since Izzah tak cukup umur tak boleh lah kot.
Lagi pun aku tengok semua kayak tu tersadai je kat tepi kolam. Tak ada orang main pun. Rosak dah agaknya.
All Terrain Vehicle (ATV) (umur 12+)
Kat Sunway Lagoon Extreme Park boleh main All Terrain Vehicle (ATV). Tapi hanya untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas.
Aku rasa ATV ni sangat popular kat Sunway Lagoon. Berebut orang nak main kot sebab aku tengok queue sangat panjang. Malas omak nak beratur.
Tak dapat main ATV dapat posing atas ATV pun jadi lah. Siap posing superman lagi. Hehe!
Bungee Trampoline (berat 20-100 kg)
Ahah!! Ada Bungee Trampoline di Sunway Lagoon Extreme Park. Aku tak pernah main trampoline ni. Omak mesti cuba!
Tapi masa aku pergi tu Bungee Trampoline tutup. Maybe ada penyelenggaraan. Hampa omak. Huhu!
Paintball Target Shooting (tinggi 1.1 meter)
Aku tak pernah main paintball. So memang kena cuba main tembak paintball ni kat Sunway Lagoon Extreme Park.
Aku rasa tak best sangat pun main Paint Ball ni. Tak mencabar langsung. Hak hak hak!