24 Mac yang lalu, seramai 500 orang menyertai acara berjalan pagi beramai-ramai di sekeliling Sunway Lagoon, dan diikuti dengan acara mencari harta karun (treasure hunt) bertemakan hidupan liar yang sangat menyeronokkan di taman tema Wildlife Sunway Lagoon.
Acara treasure hunt Walk & Hunt in the Wild ini diadakan buat julung kali ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang hidupan liar dan juga mengeratkan silaturahhim dikalangan kawan dan ahli keluarga semasa mereka menjalankan pelbagai aktiviti dan cabaran bersama-sama.
Peserta begitu teruja dapat berjumpa dan bergambar dengan maskot-maskot seperti Captain dan Lady Quack (maskot Sunway Lagoon), Leo dan Leona (maskot Sunway Pyramid), Samson the Bear (maskot Sunway Universities) dan juga maskot Chichi dan Chacha serta maskot Milo.
“Kami sangat gembira menjadi yang pertama untuk menjalankan acara seperti ini yang mempromosikan kepentingan menjalani kehidupan yang sihat dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Setiap hari, keriangan sentiasa ada di Sunway Lagoon.” Kata Sean Choo, General Manager, Sunway Lagoon.
Hos rancangan kanak-kanak di Astro Ceria, Chichi dan Chacha iaitu Sweet dan Harris, juga mengambil bahagian. Masing-masing teruja mendapat ilmu baru tentang haiwan di Sunway Lagoon Wildlife Park.
Sunway Lagoon juga mengumumkan pemenang kepada “Name the King and Queen of the Jungle @ Sunway Lagoon” yang diadakan tahun lepas. Jonny Wong Kwei Ji, yang menamakan sepasang singa putih terbaru taman tema itu Zola (male) dan Zuri (female), yang bermaksud “love and beautiful” memenangi Samsung Galaxy Note 4!
General Manager of Tourism Selangor, Puan Noorul Ashikin Binti Mohd Din juga melancarkan semula Sunway Lagoon Wildlife Park yang baru pada hari tersebut.
Acara Walk & Hunt in The Wild ini satu-satunya acara “walkathon combined treasure hunt” yang dijalankan di Sunway Lagoon Wildlife Park yang diperbaharui dengan pelbagai keunikan haiwan liar dan eksotik.
Setiap peserta menerima sekeping sijil penyertaan dan diberikan pas masuk percuma ke dalam taman tema tersebut. Peserta juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat dari Sunway Resort Hotel & Spa, Lost World of Tambun, Lost World Hotel dan Sunway Lagoon yang bernilai lebih RM14,000 kesemuanya.
Sunway Lagoon’s Wildlife Park adalah taman tema pendidikan yang interaktif dan merupakan rumah kepada lebih 150 spesis haiwan eksotik dengan lebih 80 species-specific haiwan eksotik yang kecil dan jinak, pelbagai jenis burung, ikan, reptilia dan mamalia. Terdapat juga haiwan baru iaitu singa putih, pygmy marmoset dan lain-lain lagi.
Untuk maklumat lanjut hubungi lawati laman web Sunway Lagoon www.sunwaylagoon.com or Facebook www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.
Ramai nye.. mesti best