Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.
Anak aku champion conteng dinding rumah!! Omak pasrah je nak. Hehe!
Antara 3 anak aku tu yang banyak menyumbangkan hasil seni kat dinding rumah aku ialah Irfan. Izzah dulu tak conteng sangat dinding.
Mungkin sebab most of the time dia ada kat Taska dan weekends aku selalu buat aktiviti Arts & Crafts dengan dia. Peluang nak menconteng tu kurang. Hehe!
Tapi time Irfan ni alahai! Tiba-tiba ada tinggal tanda kat dinding. Bila masa dia buat kerja ntah. Makin lama makin banyak. Puas marah dan remind. Tak kan nak ugut halau rumah kot. Sayang anak okay!
Aku dah sediakan kertas sekotak pun still nak juga menconteng dinding. Mungkin dari kaca mata budak kecik ni dinding tu umpama kanvas yang besar. Mungkin lah.
7 Kebaikan Anak Menconteng Dinding Rumah
Ada orang kata anak yang suka conteng dinding adalah anak yang cerdas dan bijak. Betul kah? Hmmm.
1. MELATIH KEKUATAN OTOT
Anak yang menconteng dinding akan menggunakan pelbagai posisi badan seperti berdiri, membongkok, melutut, duduk atau mencangkung.
Secara tidak langsung aktiviti ini mampu menjadikan anak lebih cergas dengan melatih kekuatan otot badan berbanding apabila hanya duduk melukis pada kertas.
Kekuatan pada pergelangan tangan juga akan berkembang selari dengan kawalan motor untuk menjadikan lebih mahir menulis dan memegang.
2. KOORDINASI TANGAN & MATA
Anak cenderung melukis pada skala yang lebih besar di permukaan dinding yang luas. Keseluruhan anggota lengan, bahu, tangan dan mata akan digunakan secara optimum.
Aktiviti ini akan melatih anak-anak mengkoordinasikan pergerakan tangan dan mata dengan lebih baik. Ahli terapis kanak-kanak, Page Hays menyifatkan bahawa aktiviti ini sebenarnya dapat menggalakkan integrasi bilateral dan kebolehan untuk mencapai pada permukaan yang lebih luas (body midline skill).
Hasilnya, pergerakan anak-anak akan menjadi lincah. Mereka dapat menendang bola tanpa menukar kaki, boleh menulis dengan lebih baik, lebih mudah membaca, serta mampu melakukan aktiviti mengurus diri dengan lancar seperti memakai kasut, membutang baju, menggunakan gunting, dan sebagainya.
3. MENINGKATKAN KREATIVITI
Menconteng dinding adalah salah satu tindakan mengekspresikan diri mereka seluas-luasnya.
Berbanding pada kertas yang kecil, mereka akan berasa lebih bebas apabila melukis pada permukaan kanvas yang besar dan senang dilihat.
Anak mungkin bermain cikgu-cikgu, menghasilkan lukisan imaginasi, membuat bentuk, menulis huruf atau nombor.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
4. MENGEKSPRESI DIRI
Setiap anak kecil mempunyai cara tersendiri untuk menyatakan sesuatu yang terbuku dalam hati mereka – ada yang suka berbual, menyanyi, bercakap dengan anak patung, atau mungkin ada yang suka melukis dan menconteng dinding.
Adalah sangat penting memberi peluang kepada anak mengekspresikan diri kerana ia adalah salah satu bentuk komunikasi untuk meluahkan perasaan.
5. PRAKTIS POSTUR YANG BAIK
Ada anak-anak yang tidak suka duduk di tempat yang dikhaskan seperti kerusi dan meja atau lantai apabila melukis dan menulis. Ini kerana, mereka berasa tidak selesa akibat postur yang tidak sesuai.
Posisi menegak (upright position) pada dinding membantu anak-anak mengekalkan posisi kepala dan leher pada tahap yang sesuai secara automatik.
Menurut Bright Hub Education, perkembangan kemahiran visual (visual skill development) juga dapat ditingkatkan kerana mereka mudah melihat apa yang telah dilukis. Anak akan lebih peka meneliti dan mengimbas perincian pada sesebuah objek.
6. MOTIVASI UNTUK BELAJAR MENULIS
Bukan senang nak melihat anak menulis apabila kita menyuruh mereka berbuat demikian. Setiap kali memandang buku tulis, muka mereka pun mulalah monyok. Konsentrasi mereka pun sebentar saja.
Tetapi, apabila diberi peluang menulis pada dinding, mereka akan lebih bersemangat. Mengapa?
Sebab kebanyakan anak kecil suka bermain dan mengaitkan aktiviti menulis dengan ‘belajar’ atau sesuatu yang membosankan. Jadi, inilah peluang kita untuk memupuk minat menulis melalui aktiviti yang seronok!
7. LEBIH DAYA TUMPUAN & KONSENTRASI
Dengan permukaan yang luas, menegak dan betul-betul di hadapan mereka ini, konsentrasi akan lebih mudah tertumpu ke satah tersebut.
Tidak hairanlah teknik ini telah sekian lama digunakan untuk menggalakkan perkembangan anak-anak yang bermasalah dalam pembelajaran seperti ADHD atau autisme, seperti yang dinyatakan melalui ChildSupport.org.
Sediakan Peralatan Yang Sesuai
Ternyata banyak kelebihan yang boleh didapati daripada aktiviti menulis pada kanvas menegak (vertical surface) atau ‘menconteng dinding’ ini.
Tapi sudah tentu ramai omak abah tidak suka apabila anak menconteng dinding. Hilang seri rumah tu kan. Tak koser nak cat berulang-kali kot.
Apa yang omak abah boleh buat ialah mencari medium yang sesuai seperti pen yang mudah dipadam, kertas/kanvas yang sesuai ditampal pada dinding, atau easel tempat menggantung kanvas. Ini akan menggalakkan anak anda ‘explore’ lebih lagi dan mencipta potensi diri.
Cara Mudah Hilangkan Dakwat Permanent Marker
Nah aku bagi tips cara untuk hilangkan dakwat permanent marker pada permukaan seperti dindinng, perabot kayu, baju, karpet, barangan kaca dan white board.