Banjir di Kedah semakin buruk kan? Dengar khabar seramai 40,000 mangsa banjir Kedah terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
Korban banjir di Kedah pun dah makin meningkat. Lebih 3 orang tak silap. Kali ini banjir di Kedah adalah yang terburuk sejak 2005.
Bila tengok berita TV3 menyiarkan berita banjir di Kedah dan Kelantan tu, I teringat balik masa kecik-kecik dulu.
Masa I dalam umur 7-12 tahun tu, rasanya ada beberapa kali banjir besar berlaku kat kampung I. Maklumlah kampung dekat sangat dengan sungai Besut tu.
Tapi kan.. memori banjir I masa kecik semuanya seronok..he..he
Mungkin sebab budak lagi. Yang difikiran cuma seronok main air di halaman rumah.. main pelampung. Bukan nak fikir pasal kesusahan atau bahaya banjir ni.
Kalau banjir teruk sangat kan.. air bah sampai masuk dalam rumah. Ada sampai paras lutut di dalam rumah. Rumah pulak jenis ada tiang tu. Kalau kat luar rumah tu memang I tenggelam terus lah.
Tapi.. kami tak pernah pulak kena pindah atau di pindahkan ke pusat pemindahan. Tak pernah pun ada orang datang naik bot untuk suruh kami atau penduduk kampung berpindah.
Seingat I, yang paling teruk pun kami cuma pindah ke rumah mak cik yang terletak kurang 400 meter dari rumah kami. Itu pun sebab banjir besar sangat. Tapi masa kat rumah mak cik seronok main air jugak..
Yang best lepas main air.. tengah sejuk-sejuk tu dapat makan nasi panas-panas. Syiook je…ha..ha
ALOR SETAR, 5 Nov — Jumlah penduduk yang dipindahkan kerana banjir di Kedah meningkat kepada 39,512 orang pagi ini berbanding 32,990 orang malam tadi berikutan peningkatan mendadak mangsa banjir di Kubang Pasu dan Alor Setar.
Bagaimanapun, semakin ramai mangsa banjir di Daerah Padang Terap yang dibenarkan pulang.
Mangsa di tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang terus meningkat. Di Kubang Pasu, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 21,111 orang melibatkan 5,740 keluarga manakala di daerah Kota Setar, seramai 15,736 orang (4,047 keluarga) dan di daerah Pendang pula 241 orang (60 keluarga).
Mangsa banjir di Padang Terap berkurangan kepada 657 orang berbanding 2,279 orang malam tadi melibatkan 204 keluarga dan daerah Pokok Sena juga menunjukkan penurunan daripada 1,868 orang kepada 1,767 orang melibatkan 313 keluarga.
Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga pukul 8 pagi ini, 100 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 50 adalah di Kubang Pasu, 10 di Padang Terap, 32 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.
Katanya keadaan di Padang Terap bertambah baik dengan 2,722 orang daripada 339 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat manakala 10 pusat pemindahan ditutup.
Tinjauan Bernama di kawasan sekitar bandaraya Alor Setar mendapati semakin banyak jalan raya dan premis kerajaan digenangi air dan semakin banyak kediaman berdepan dengan gangguan bekalan air termasuk terputus bekalan.
Kawasan perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan juga pejabat Bernama Biro Kedah, kedua-duanya di Jalan Stadium, mula digenangi air. — Bernama
tak penah merasa banjir lagi…moga yg menghadapinya tabah..jom ke blog saya..
tak penah merasa banjir lagi…moga yg menghadapinya tabah..jom ke blog saya..
huhuhu…tak pernah jugak lagi mengharung banjir..ni dah duduk sini mintak2 tak banjirlah rumah ai
huhuhu…tak pernah jugak lagi mengharung banjir..ni dah duduk sini mintak2 tak banjirlah rumah ai