Tiap-tiap hari me lalu Klang Sentral on the way balik rumah dari kerja. So everyday memang me lalu depan Wisma Dato Sani yg menguruskan bas Sani Express.
Sebenarnya me memang kagum setiap kali tengok Wisma Dato Sani tu. Tabik spring kepada kejayaan Dato Sani yang berjaya mengusahakan perniagaan bas express Sani Express beliau ke tahap yang boleh dibanggakan. Ye lah, Sani Express ni me ingat dulu ada beberapa bas je dan baru setahun dua ni berkembang kepada berpuluh-puluh bas.
Kalau korang perasan, Bas Sani Express ni warna dia merah menyala, baru dan kebanyakannya jenis 2 tingkat.
Dulu masa me student, memang bas express la cara utama nak balik kampung. Masa tu rasanya tak ada lagi bas jenis 2 tingkat ni. Teringin jugak nak nak bas 2 tingkat…he…he
Okey, back to cerita bas Sani Express.
Petang tadi me sangat terkejut bila mendengar berita kemalangan maut di KM278.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara. 10 maut dalam kemalangan Bas Sani Express pukul 1 pagi tu. Moga roh orang Islam yang maut ditempatkan di kalangan mereka yang beriman … amin.
Semua yang terbunuh dan cedera adalah penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat tu. Those yang duduk di bahagian atas tidak ada yang cedera.
Biasalah.. setiap kali ada kemalangan maut melibatkan bas express, macam-macam pendapat dikeluarkan. Bagi pihak keluarga yang terlibat, memang tidak sah kalau tak menyalahkan pemandu bas, atau syarikat bas. Malah ada yang menyalahkan pihak JPJ dan PLUS.
Dan, ada juga yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat bas Sani Express.
Well, itu hak masing-masing la kan. Tapi mengikut Sani Express, pampasan akan diberikan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas Sani Express di Ipoh tu.
Kemalangan maut melibatkan bas ni memang selalu terjadi terutama time musim perayaan. Kenapa ye? Nak kata jalan sesak, tak pulak. Sebab bas tu terbabas merempuh pembahagi jalan. Tak ada kenderaan lain yang terlibat.
Bas Sani Express ni pulak baru berusia 3 bulan. Mengikut CEO Sani Express, bas tu masih baru dan keadaan bas ada sangat tip-top (diselanggara dengan baik).
Pulak tu bas Sani Express ni ada teknologi canggih Speed Limiter. Speed Limiter ni membolehkan had kelajuan bas dikunci pada 97km/j. So, pemandu tak boleh memandu melebihi had kelajuan.
Tambah lagi, ada sistem GPS yang boleh track berapa laju bas di bawa. Kata CEO tu, bas hanya di bawa pada kelajuan 91km/j.
Pemandu pulak negatif ujian dadah dan baru menggantikan pemandu sebelumnya.
Kalau bas dah tip-top, tak dibawa melebihi had laju dan pemandu baru di tukar… kenapa kemalangan maut bas Sani Express masih boleh berlaku?
Okey, me ulang balik soalan. Kenapa kemalangan maut (tak kira la bas ke, kereta ke, lori ke) masih boleh berlaku walaupun kenderaan diselenggara dengan baik?
Sebab yang kita nampak paling jelas sekali adalah KECUAIAN pemandu. Dalam kes bas Sani Express, pemandu mengakui dia terlelap beberapa saat.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Itu sebab yang jelas. Sebab yang kita tak nampak?
Sebab Allah dah takdirkan kemalangan tu berlaku. Sebab ajal mereka yang meninggal sudah tiba.
Sewajarnya kita yang masih hidup ni mengambil pengajaran. Yang MAUT itu akan tiba bila-bila masa. Supaya kita insaf, bertaubat dan sentiasa ingat bahawa kita adalah makhluk Tuhan yang lemah.
Bak kata Lucky Laki Band dalam lagunya… aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis!
Jadi, mari kita sama-sama beringat dan menghargai kehidupan ini. Menghargai semua orang yang kita sayang.
Me pernah berada di dalam bas yang terbabas merempuh paip air. Pemandu bas memang terlelap seketika. Masa tu me tak tidur so boleh rasa bas tiba-tiba berpusing dah merempuh paip air. Alhamdulillah, tiada yang maut. Cuma pemandu gantian tercampak keluar bas dan cedera ringan. Paip air tepi jalan tu pecah dan air memancut tinggi.
I was with my mom that time. Adakah me or my mom serik nak baik bas? TIDAK. Lepas kemalangan tu kami tetap naik bas juga itu saja pilihan yang ada.
betul tu kak ros… naik apa2 pun, kalau dah nak jadi, jadi juga…
tapi, saya rasa serik naik bas ekspress… mungkin, kalau dah terdesak baru saya akan naik… bukan sebab kemalangan, sebab lain.. sebab, kalau nak takut bas ekspress sebab kemalangan, naik basikal pun boleh kemalangan..
yang penting, tawakal kepada Allah. sebab, Allah yang melindungi kita sepanjang perjalanan tu… 🙂
.-= sya´s last blog post..tragedi bas ekspress =-.
sya, betul tu.. kalau dah ajal, tengah tidur dalam rumah pun boleh mati accident *ari tu ada 2 beradik mati dalam rumah sebab lori tangki terbabas rempuh rumah mereka*
Yup…saya setuju pihak bas dah berikhtiar segala2nya untuk menghidari kemalangan…tapi ALLAh telahpun menakdirkan ajal mereka itu sudah tiba….So, bagi yg masih hidup…insaflah dan amik ikhtibarlah bg yg hidup….setiap hari malakul maut menjengah kita setiap 3 minit secara kita x sedar……apakah kita sudah bersedia jika nyawa kita akan dijemput sekejap lagi???Cintailah Allah….Cintailah Rasullullah…Allahhummah timlana ya ALLAH hu bi husnil Qaatimah wala tahtim alaina ya ALLAH hu busu ill Qaatimah………
kebelakangan ini terdapat kemalangan bas yang ngeri. Cerita di atas mengatakan kalau ajal dah tiba memang mana tempat pun sama. memang betul, siapa tahu, tuhan saja yang tahu. Tetapi cerita di atas ia benar? Soalan saya dari sudut hati…
1. Kenapa selama ini tiada keratan akbar mengenai XANI bas?
2. Kenapa selepas kemalangan, Xani menunjukkan yang milik bas ini macam-macam selamat? kenapa tidak sebelum kemalangan.
3. Lepas kejadian ini lah itu lah, pemenang bertuah la, iklan sana sini, apa tujuan sani? untuk mengaburi mata manusia.
4. apa tindakan kerajaan?
5. apa yang mangsa dapat?
Dari mangsa keluarga, jangan setakat sedikit wang takziah itu yang buat anda lupa siapa yang paling anda sayangi.
Diam diri, serah kepada tuhan… itu adalah paling silap. Silap anda ke penghujung hayat.
Cuba fikirkan, bagaimana Xani punya tuan milik mengadakan majilis perkahwinan dia.????????
Kereta Mewah,
Suasana meriah,
Wang dibelanjakan,
inilah cerita yang manusia sudah lupa dan diam diri sehingga percaya dan sokongan kepada si xani,,,,,,
ORANG PUNYA MALAPETAKA MENUJU KEPADA ORANG PUNYA KEKAYAAN…..
takziah untuk keluarga mangsa…
kesiannya tengah tidur tetiba jer maut tak boleh nak imagine.. 🙁
malang tak berbau kan..benda kalau nak jadi boleh jadi dengan bermacam cara..
fobia naik kenderaan kadang2… baik bus, kapal terbang, motor, kereta etc..
.-= Lady of Leisure´s last blog post..5 tahun lepas… =-.
lady of leisure,
malang memang tak berbau, tapi kita still have to go on with life kan
hmm sbb tu kita kena terima dgn hati yg redha..kemalangan ni x kira la naik bas ke naik kereta..kalo Allah dh nk tarik nyawa org tu, kat mne2 pun leh jd..
moga kejadian ni x membuatkan sy fobia naik bas..
x fobia pun sbnrnye..tp leceh nk naik bas dr UKM..kena transit LRT-komuter dlu bru smpai pudu..lbh sng naik train..direct je dr Komuter UKM ke KL Sentral..pastu terus naik train..murah pun murah..
atiqah, a ah, kalau ada kemudahan train direct ke destinasi, baik naik train
*i wish ada LRT sambung ke Klang Sentral… senang nak ke KL.. he..he*
salam menziarah..
bg saya, ajal maut di tangan Allah..
kiranya accident atau kemalangan jalan raya itu adalah penyebabnye sahaja..
jika allah da tentukan ajal ketika itu, tak kira di mana pun kita, ajal pasti menjemput..
salam miera, setuju tu.
SALAM…
kisah pemandu ngantuk nie, brings back all memories.. sbb i’ve been there… & i was d mengantuks driver, & my car buat samalsot bpusing 3kali!! bila org tgk keta i, mmg org ingat driver & passenger dah arwah kot!! mujur nyawa kami masih panjang…
i penah cover cite nie kat my blog, under ‘tagged game’ hehe..
mama emma, oh my! sangat bahaya.. mujo tak ada apa-apa 😐
jgn bangga sgt…
xblh nk slahkn pemandu semate2..ni sume dh takdir,ajal maut di tgn tuhan,bahaye ade dimane2 je…silap2..tgh jln kaki pun blh mati…sepatutnye kne kaji sume aspek..kene tgk jgk ketahanan besi penghadang 2…kalo x xkan blh patah…
salam Little mama,
sedih baca/dengar citer tragedi bas ni, tambah lagi tadi tgk kat tv jasad2 yg bergelimpangan yg hanya ditutup oleh surat khabar. sayu jer rasa..harap ahli keluarga mereka yg terbabit banyak2 lah bersabar. al-fatihah untuk mereka.
.-= ibuarifa´s last blog post..@ Ke carefour beli Permata Hijrah =-.
ibuarifa, tu la.. me pun tgk berita.. adik beradik, suami isteri.. dikebumi dalam satu liang lahad.
salam..memang le maut tu di tangan ALLAH Maha Esa.sebagai hamba-Nya kita redha je..tapi kat sini ibu hairan.kalau bas tu tak laju macam mana boleh besi pengadang jalan tu boleh tertusuk masuk ke dalam bas?kalau tak laju jugak macam mana boleh penumpang mati dalam keadaan ngeri macam tu.ibu sendiri lalu di lokasi kemalangan tu berlaku.ya rabbi punya dasyat.masyaAllah!katanya jugak pemandu baru bertukar ambil alih dan jugak diaorang baru klua dari kawasan rehat.tak basuh muka ke tak kene kopi dulu ke kalau dah tau mata tu ngantok?pihak yang bertanggungjawap TOLONG pantau kes ni betol2.tiap2 ujung tahun je mesti babit dengan kemalangan ngeri.elak le semua tu..ingat la yang you all bawak banyak nyawa.ingat le anak bini kat rumah.kalau nyawa anda melayang sape nak bagi makan anak bini kat umah?what ever pun yang berlaku sama2 lah kita berdoa semoga roh2 mereka ditempatkan dengan orang2 yang beriman….AL FATIHAH….AMIN
ibu, kalau ikuti ujian kes kemalangan yg orang putih selalu buat, perlanggaran pada kelajuan 40km sejam pun orang boleh mati.. apa tah lagi kalau bas di bawa 91km/j… walaupun masih di bawah had laju tetapi dah cukup memberi impak yang besar bila berlaku perlanggaran., terutama kalau besi berlanggar dengan besi.. impak dia memang sangat kuat.. lagi pulak besi penghadang jalan memang panjang dan boleh menembusi badan kenderaan.
kalau kes kecuaian memang susah nak di pantau.. sebab dia human error.. mana ada orang lain boleh kawal.. kalau Allah dah tentukan ia nak berlaku, maka berlakulah ia… kecuaian itu hanya satu penyebab.. syarikat bas hanya boleh bagi warning/peringatan dan buat selanggaraan yg sebaik mungkin.
saya juga biasa memandu jauh selama 8-10 jam dari KL ke pantai timur.. kadang2 walaupun kita dah ambil langkah tak nak bagi mengantuk, basuh muka/mandi, minum kopi, pasang lagu kuat-kuat, nyanyi sampai sakit anak tekak… tapi rasa mengantuk tu kadang2 tetap datang walaupun satu saat..
masa otak terlelap satu saat tu la biasanya kemalangan will happen *sebab tu sebelum bawa kenderaan kena doa banyak2 supaya perjalan dipermudah dan selamat tiba*
kalau ajal 2 dtgn tuhan..kte xblh nk buat ape…berserah jelah..xsemestinye naik bus je blh xcden..silap2 jln kaki pun blh mati…jgn nk slhkn drive smate2..th ke drive2 xbsuh muka,xminum kopi..kalu die minum pun xkn nk bgth kt sume penumpang…kte xleh nk slahkn takdir…ble brckap jg prsaan orng..jgn nk slhkn bus,jgn nk slhkn syarikat.. bayangkan kalau suami anda drive bus..berlaku sperti mane yg brlaku skang nie..nk ckp cm2 jgk ker.. kalau anda sndri brada di syarikt2.bgaimana prsaan anda..menda nie kne kaji sume aspek..kaji ketahan besi penghadang2..kalu xkukuh nape pasang gk..dh tahu tiap2 ujung thun slalu blaku xcden..xleh lah ckp cm2..die xmtk sume nie trjd..dan tiada ssiape pun mtk menda..kalu minum kopi spuluh cwan pun..kalau menda dh takdir..takdir jgk …kpd sape2 tgk kjadian nie..kte blh pkir sndri…kte sume xprnah mtk sume nie..amin……
al-fatihah…
sy pun pernah bbrp kali mengantuk sambil memandu.. tp time tu sorang2. mmg kalau mengantuk ni MESTI berenti dan berehat kat mana2… bhaya..
ape2 pun ajal maut di tangan Tuhan. Moga roh mereka digolongkan dalam golongan org2 yg beriman.. Insyaallah
.-= laila´s last blog post..Hari cuti yang penuh semangat =-.
laila, me juga selalu rasa mengantuk tahap gaban masa memandu seorang diri.. dimana mata ni rasa nak tutup je walaupun tgh drive.. rasa nak tidur on the spot.. memang sangat bahaya.. yg me selalu buat bila rasa mengantuk lain macam ni cubit lengan sekuat yg boleh atau menjerit “hey, bangun! bangun!” sekuat hati bagi warning kat diri sendiri atau pasang lagu volume maksima.. sampai kita sendiri terkejut.. bila dah terkejut tu automatik ngantuk tu hilang
pemandu bas terutamanya bas di dalam kawasan putrajaya memang bawa laju…pelik..apa yang dikejar pun tak tau..nak kate pemandu bas tu lambat p keje..dia memang tengah bertugas…patutnya dia kene jalankan tugas dia bawa penumpang sampai ke destinasi dengan selamat…
laily,bukan kat putrajaya je pemandu bas bawa laju ni.. kat KL/Shah Alam/Klang pun sama
setiap hari me balik kerja dari guna NKVE arah Klang, mesti ada bas yang laju more than 110km/j.. dah la guna lorong paling kanan fast lane mencucuk kereta kita yga bawa around 110-115km/hour je.
mmg ngeri terutama kalau jalan menuruni bukit *what if kalau brek dia rosak?*
me first time dgr pasal Speed Limiter yg bas Sani Express pasang.. perhaps semua bas patut letak alat tu supaya had kelajuan boleh dikunci
saya biasa bawak van dalam keaadaan mengantuk, apa yang jadi masalah saya kalau berenti rehat tepi jalan, takleh nak tidur juga, tak mau lelap. jadi kena paksa bawak juga lah, tapi apa yang saya buat saya minta isteri atau aak yang ada kat sebelah tu pegang tangan kiri saya hampir dekat stering dan bila nampak dah tersasar jalan perbetulkan lah, tapi kelajuan van pada ketika tu tak melebihi 100 le dan cara ni sesuai dekat lebuh raya sahaja. alhamdulillah setakat ni panjang umur lagi. mungkin kalau dah tak ada cara lain kena pakai dua driver macam kapal terbang. entah lah betultak cadangan saya ni.
tamu, kalau ada teman masa memandu masih ok.. boleh ajak dia berborak atau suruh dia cubit lengan kuat-kuat atau suruh dia tepuk belakang *tapi teman tu mestilah jenis yang tak tidur masa kita drive*
actually mati ni semua org kena hadapi. cuma cara kita mati tue yg berbeza. cam huda penah naik bus, then bus terbabas n cermin die crack mmg takut time tue. sbb aper bus tue terbabas tak sure lak, then kiterog kna tunggu bus lain and tukar bus lain.
aper2 pun huda slalu berdoa agar perjalanan huda di permudahkan Allah and tak di timpa kemalangan.
huda, walaupun kita dah ambik semua langkah berjaga-jaga, yang paling penting kena ingat Allah dan bertawakkal pada-Nya.
DIUCAPKAN TAKZIAH KEPADA SEMUA KELUARGA MANGSA TRAGEDI.
BAS DOUBLE DECKER TIDAK SESUAI DIGUNAKAN DI LEBUHRAYA MALAYSIA KERANA PENGHADANG JALAN TERLAMPAU RENDAH DAN DIPERBUAT DARIPADA BESI. JIKA DIBUAT DARIPADA KONKRIT, KADAR MAUT MUNGKIN DAPAT DIKURANGKAN… SEMUANYA TELAH TERTULIS DI LOH MAHFUZ MENGENAI REZEKI DAN MAUT ANAK ADAM. FIRASAT SAYA BAS TELAH DILENGKAPI DENGAN SPEED LIMITER TETAPI TAKDIR ALLAH TELAH MENGATASI SEMUA RAMALAN MANUSIA. AMIN.
firstly al fatihah buat keluarga mangsa. betul memang betul semua dah ditakdirkan, but kita haruslah berusaha berikhtiar dan baru pasrah.
usaha n doa. firstly kepada pemandu2 bas ni hendak lah baca doa naik kenderaan dulu mostly depa ni muslim, then i suggest kepada setiap syarikat bas ni ada satu plus air panas la untuk bancuh kopi at least assistance driver tu before nak ambik alih tu minum kopi panas dulu ka apa ka, sbb human behaviour sukar nak control. i pun pernah terlelap bawak keta kat highway but tu la mujur allah pelihara.. tersedar balik n cepat2 cari hentian tido. n satu lagi divider tu material tu kena tukar tak leh dah besi, mostly kes accident asal langgar divider je memang camni la , mai p la keta apa pun , kena boh something more safety rather than besi , macam f1 track ka , bog getah ka apa ka untuk kurangkan impact, serap hentakkan ni keje2 pakar la kaji bukan keja aku huh aku just suggestion ja. dari dok perabih duit bukan2 better buat r&d , toll tu pun kita juga bayarkan.
memang btol kata mama.tapi masyarakat sendiri boleh tau kn.time2 malam mana ada bas yang mematuhi had laju yang dibenarkan.limit 90km/j tapi bila tengok pada kelajuan dah boleh agak ia melebihi dari had yang dibenarkan.apapun cara nak elak kemalangan berlaku pemandu perlulah membuang sikap penting diri sendiri.fikirkan tanggungjawap.KECUAIAN PEMANDU adalah punca utama berlakunya kemalangan…
nak tanya, driver dah jalan berapa trip? sbb ni hari perayaan selalunya dia orang lipat beberapa trip, arahan katanya sbb tak cukup driver. nak tanya lagi driver cukup rehat ke? tidur dlm bas tak sama tidur kat umah…manusia normal tidur kena 8 jam satu hari, driver ni cam mana? driver ni sihat ke tak? bas canggih ni selalu ada auto krus(ejaan ???) alat kelajuan yang di set, takperlu tekan minyak tu lah sbb alat tu tak tahu ngantuk, (alat tu tak leh guna masa ngantuk dan dalam hujan bahaya)driver tahu ke? banyak gi persoalan. bagi rakyat biasa yang bukan dalam bidang ni tak tahu….
suma tu sani ekpres kena pastikan. ya kita kena tima ajal, dah ditentukan oleh Allah tapi nasib boleh berubah dengan usaha dan doa… dah cukup ke usaha sani ekpres???
Hidup Berani untuk gagal, tapi kena belajar dari kegagalan, ari ni kena lebih baik dari semalam dan esok kena lebih baik dari ari ni.
pakajai, tak semua orang dlm dunia ni perfect..tak semua orng minta kemalangan tu jadi..driver bas ni pn bkn dia minta nk jd mcm tu..benda dah nk jd nk buat mcm mana..tu sbb la orng ckp belajar dr kesilapan..ckp mmg pandai sbb benda ni tk kena atas batang hidung sendiri..kalo kena tgk baru bleh rasa kot..
al fatihah
Santoro, sebenarnya soalan tu saya tujukan kpd syarikat bas bukan pemandu, sbb pemandu hanya ikut saja sistem pengurusan yang diadakan oleh syarikat bas.(janganlah cepat melenting kalau nakkan perubahan) Sudahkah syarikat bas Sani expres atau syarikat lain mempunyai sistem terbaik dalam PENGURUSAN PEMANDU, PENGURUSAN KENDERAAN, PENGURUSAN PERJALANAN dan lain-lain pengurusan lagi? Kalau sudah barulah kita boleh berserah kepada Allah dan kalau belum takkan nak beserah aje…..lepas tu jadi lagi kemalangan mulalah salahkan body bas, keadaan jalan, penghadag jalan, cuaca dan banyak lagi kena salahkan(tak pernah nak mengaku salah sendiri), yang jadi mangsa penguna perhikmatan tersebut…Mari kita keluar ke jalan raya kita tenok sendiri dengan mata kita sendiri….pemandu bas bebas memandu dengan terlalu laju, bebas melanggar peraturan jalan dan tidak mengamalkan teknik pemanduan selamat…..tidak adakah pemantauan dari syarikat bas itu sendiri? janganlah nak harapkan polis dan jpj je…
APA YANG KITA USAHAKAN ITULAH YANG KITA DAPAT
saya taksalahkan pemandu bas… tapi beliau dah mengaku terlelap… apa kata undang-undang(lalai)…jika didapati bersalah… apa nasib keluarga beliau…sani express terus maju…FIKIR FIKIRKANLAH….SIAPA YANG JADI MANGSA???????
xptt kite salahkn pemndu,bas,syrkat bas or watever..
Allah da tntukn hidup mati seseorg tu..
kt mne2 or bile2 pun,klu da trtulis ajal da smpai,kite kne trime..
satu lagi, Allah nk tunjukkn scanggih dan sehebat mane pn teknologi sekarang, xleh nk lawan kekuasaan dan kehebatanNya, smua dh takdir yg tersurat..
jgn kite mnuding jari mnyalahkn sesiapa..
trima dgn redha..
takziah kpd ahli keluarga mgsa yg terlibat..moga roh mreka ditempatkn di kalangan org2 yg soleh…INYAALLAH…
mmg sagt sediy bcause the sisters ‘Syarifah’ is my friend’s siblings…and i baru tau yg putus kepala dlm news tu adalah adik beliau yg 15thn tu..sgt sediy…hope my frens n his family tabah menghadapi dugaan…al-fatihah …
em…saya berpendapat bahawa ini semua ajal.Allah swt dah takdirkan ajal seseorang itu.kalau tak ajal mase naik bas sani express ni, mungkin ajal kemalangan lain lak.memang salah pemandu juga,tapi dah takdir,dia pun tak minta jadi begitu.mungkin dia kesempitan wang.jadi,bawak bas overtime.
pak ajai, cuba bayangkan awak kat tempat pemandu bas tu.saya ucapkan takziah pada keluarga mangsa.diharap tiada menyalahkan sesiapa kerana ini semua suratan takdir. Al fatihah…
sedih saya mama biler dpt tahu bekas stdnt sy terlibat dlm kemalangan tersebut… dan beliau juga turut terkorban… Al-fatihah pada mangsa yang terkorban….
erk…mari bace yg ni…
Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa..
semua org ada pendapat masing2… terserahlah nak ckp apa pun… benda dah jadi… xelok nak salah menyalahkan org… xsiapa pun minta kejadian ni berlaku kan… Ni semua ketentuan yg Maha Esa…
Think positive, dr apa yg berlaku kita patut bersyukur Allah masih bg kesempatan utk kita renungkan hikmah disebalik apa yg berlaku…
Sy dah pernah naik Bas Sani, lebih selesa dr bas express lain, dipandu mengikut had laju yg ditetapkan, ada 2 driver, pendek kata semua peraturan dan ciri2 keselamatan tu lengkap dan ada utk mengelak perkara mcm ni berlaku…
Tapi… biler sesuatu tu dah ditakdirkan terjadi, xde sapa pun yg mampu mengubah takdir Allah ni…
Buatlah mcm mana pun… xde sapa boleh elak maut… Izrail takkan lewat atau cepat walau sesaat…
Tapi tulah… sy terkilan bila tgk mayat mangsa diangkat dan bergelimpangan atas jalan dan hanya ditutup dgn surat khabar dan plastik hitam… bayangkan kalau itu saudara mara kita…
Kena sediakan le kain yg proper kalau jadi eksiden camni… Seksa jenazah tu… kesian diaorang dah lah mati mcm tu… mayat pulak nak kena bedah plak pastu… apa salahnya bg layanan yg best sket… ish ish ish…
Renung-renungkan dan selamat berfikir…
.-= AdD´s last blog post..Cutest Baby of the Planet 2009 =-.
takziah kepada keluarga mangsa. mmg sedih dgr berita mcm ni. slalu sgt jd mcm ni. pd pendapat saya mmg la semuanya dh ditetapkan oleh Allah. benda dh jd dan sejuah mana pn kiter nk elakkan kalau Allah kata jadi maka tetap akan jadi. pemandu bas tersbt maybe dia dh cuba elakkan perkara2 tersebut tp ditakdirkan dia terlelap jugak. tapi kiter yg lain ni marilah amik iktibar n peringatan kepada diri sndiri. sebagai manusia yg ada akal ni rasanya kiter boleh berfikir. kiter boleh berusaha amik langkah2 keselamatan. ikut peraturan jalan raya dan memandu dgn berhemah. kalau rasa2 dh ngantuk tu sila BERHENTI utk tdo ke apa ke. jgn disebabkan kiter amik ringan benda2 mcm ni mengundang benda2 yg lebih buruk utk berlaku. kalau sndiri salah n terkena pd siri sndiri juga xpela. tp kalau org lain yg jd mangsa mcm mana? cuba kalau kiter letakkan tmpt kiter pd keluarga mangsa. walaupun redha mesti ada rasa kesal jugak kan? mmg kiter xboleh mempersoalkan takdir. tp rasanya agama pn xde ajar utk kiter tidak berusaha utk mengubah nasib kepada yg lebih baik. tp kalau kiter dh usaha tp tetap nk jd jugak, itu lain citer la.
.-= Ina´s last blog post..I Love Snow But Not Coldness =-.
malang tidak berbau kan..ajal maut di tangan Allah SWT. kita sbg hamba Nya hanya mampu bersabar atas segala ketentuan 🙂
tapi bila pemandu berhenti untuk tido seketika di tepi jalan rasanya pemandu plak yang kena marah….sebab pernah terjadi sekali perkara yg sebegini, di mana pemandu kena marah dgn penumpang kerana melambatkan perjalanan…..so fikir2lah……
yang pastinya bukan salah sesiapa dan jangan menuduh tanpa usul periksa…
apa2pun smoga SANI EXPRESS terus maju…….hidup DATO’ SANI SALLEH…
baca x metro hari tue…’contohi drebar lori’…rasa nk tergelak jer..lori dgn bas mana sama..lori bwk brg, xkejar masa, manakala bas pulak bwk org kne tiba ke destinasi mengikut masa. klu drebar bas bila ngantok jer berhenti tepi jln smp bila mau smp..?? hmm..lu pikir la sendiri…
benda nk jadi, jadi jugak..ajal maut semua dah ditentukan olehNya..yang penting kita ni beramallah dan kita pun diajar buat apepun mesti dimulakan dgn doa..jadi berdoalah agar perjalanan pergi balik kita tu selamat… (peringatan buat diriku jugaaaaa….)
salam semua n salam 1 m`sia.
saya dalah salah seorg pengguna bus ekspres.knp tiap kali blaku kmlgn yg mlbtkan bus ekspres ramai yg salahkan pemendu dan syrkt?bkn kmlgn bus ekpres sj yg kerap belaku tp bus henti2 pe kurangnya.cnth rapidkl,metrobus,n lain2 bus henti2 kat m`sia ni.jgn sesekali kt salahkan pemadu bus shj,kt kena la tgk faktor2 lain yg melibatkan kmlgn.org yg naik kreta pun selalu accident ni kan plak bus ekspres.tanpa pkhdmtn bus ekspres ni dah tentu ramai pengguna x dpt nak balik kg n sbgainye..sy bkn sj sbga pengguna bus ekspres tp sy jg sbgai pemandu syrikat.jgn nak smakan pemandu lori n bus.pemandu bus perlu smpai ke destinasinya mengkut jadual,plg lewat pun 30 minit dr jadual ketibaan.bebanding pemandu lori,ianya tiada jadual ketibaan.knp tiap kali berlaku kmlgn yg mlbtkan lori dengan bus,kereta n motor kt x salahkan pemandu lori???phk bkuasa pun x ambil tndkn terhadp pemandu lori..fikir2kan la ea…
hahahha noob….
ape yang pengting kita kena sentiasa ingat ALLAH.. walau macam mana bagus pun teknologi keselamatan yang digunakan kemalangan akan tetap berlaku jika kita lalai dari mengingati ALLAH. sebelum naik kenderaan ringan2kan mulut baca d0a. insyaALLAH perkara2 tidak tidak diingini tidak akan berlaku.. 🙂
mmg betul kemalangan yang melibatkan bas ni kerap berlaku sejak akhir2 ni, dan pada pendapat sy kebanyakan kemalangan2 ini berpunca dari pemandu bas itu sendiri. ..seperti kebanyakan orang tahu bahawa bas2 seperti sani express dan lain2 menggunakan teknologi tinggi supaya bas yang dipandu itu selamat dan selesa… sebentar tadi sy baru sahaja melihat video2 yang berkaitan dengan teknologi bas2 express di luar negara, dan sy akui amat kagum dengan teknologi diorg,..
seperti model dri mercedes benz,terdapat sensor di bhgian hadapan bas itu dimana fungsinya mengesan halangan di hadapan dan sekiranya terdpat kenderaan yang bergerak perlahan di depan bas itu tatkala bas dipandu laju,serta merta sensor itu memberi isyarat dan secara automatik brek kecemasan diaktifkan,dgn itu keselamatan pemandu dan penumpang terjamin..tp syg,teknologi2 ini sy rse tak trdapat di malaysia..wlaupun teknologi2 ini kosnya tinggi,tp berbaloi kerana ianya dpt mnyelamaatkn bnyk nyawa drpd melayang,..jgn nak jimatkan bajet,tp keselamatan ditahap yg rendah..renung2kanlah……