Tukar Kad ATM | Tak Perlu Tukar Kad ATM Jika Tak Guna Fungsi Kad Debit Pin & Pay

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini .

Tak tukar kad ATM tak leh keluar duit. Tak tukar kad debit sebelum tarikh tamat nanti kena bayar bila nak tukar. Kecoh satu Malaysia!

Masa orang ramai kecoh heboh kena tukar kad ATM masa akhir tahun lepas tu — aku buat lek lu lek lu je. Hehe!

Tak kuasa aku nak join the crowd. Sanggup subuh hari datang beratur untuk ambik nombor. Khabarnya pukul 10 pagi nombor giliran nak tukar kad bank dah habis. Giler!

Kesian mak cik & pak cik yang dah tua kena paksa datang bank. Semata-mata nak tukar kad bank. Ada yang kata jika tak tukar kad bank nanti tak leh keluar duit BRIM. Cerita mengarut apakah ini?

Aku ni ada 3 kad bank yang aktif:

  • Maybank – kad ATM lama (warna kuning — legend kad ni beb!)
  • CIMB – kad ATM lama
  • RHB – debit card

Kenapa Kena Tukar Kad Bank?

Masa orang kecoh-kecoh kena tukar kad ATM tu — laling pun pergi sama memeriahkan suasana beratur panjang kat bank tu. Aku duduk rumah buat dunno je. Hak hak hak!

I mean — tak convenient untuk aku berebut-rebut nak tukar bank tu. Aku rasa macam buang masa. Omak malas!

Tukar Kad Bank

Nasib baik Maybank ni canggih. Ada pilihan tukar di kiosk atau boleh juga tukar kad bank secara online. Omak like!

Aku tukar kad ATM Maybank aku dan Izzah secara online je. Masuk Maybank2u dan apply. Lepas tu tunggu pihak bank pos kad bank baru ke rumah.

Tukar Kad Bank

Lepas dapat kad bank baru boleh activate kad bank baru tu di ATM atau secara online jugak.

Tukar Kad Bank

Senang dan jimat masa & tenaga tau tukar kad ATM Maybank online ni tau. Omak super like!

Kad ATM CIMB pulak kena beratur ambik nombor giliran. Aku baru pergi last week.

Tukar Kad Bank

Tak ramai orang dah pun. Dalam 10 minit siap. Hehe!

Kad RHB tu? Malas lah aku nak pergi tukar. Bank dah banyak kali mesej aku suruh tukar sebab akan dinyah-aktif kad aku tu anytime soon.

Tapi since aku pun guna RHB Now secara online sahaja so tak ada sebab kukuh untuk aku pergi tukar cepat-cepat. Later lah bila aku senang.

Kenapa Kena Tukar Kad ATM?

Sebab utama kena tukar kad bank ialah pelaksanaan sistem Pin & Pay yang dikuat-kuasakan oleh Bank Negara.

Sebelum ini jika guna kad kredit atau kad debit kena tanda tangan — so ada risiko kena ciplak signature kat situ kan. Tapi dengan sistem Pin & Pay kena masukkan nombor pin setiap kali bayar dengan kad kredit atau kad debit. No more signature needed!

Nampak agak lebih selamat di situ kan? Nampak saja lah. Aku rasa macam tak selamat jugak pun. Nak tau kenapa?

Sebab jika hilang — pencuri boleh guna kad bank ko untuk shopping sakan!!

Biar betik! Tadi kata kena masukkan pin? Memang kena masuk pin tapi ada tapi tau……..

Kalau ko guna kad debit untuk beli barang kat supermarket — tak perlu masuk pin jika amaun kurang dari RM250*! Boleh swipe 4 kali pulak tu setiap hari tanpa pin!!!

Nampak tak bahaya kat situ? Nampak? Nampak?

Nota *: Had limit pembelian runcit bagi setiap kad bank mungkin berbeza.

Memang boleh tukar had limit pembelian runcit tu. Pergi di ATM dan set kan kepada ZERO had limit pembelian runcit kad bank. So, setiap kali nak bayar kena masuk pin.

Tapi aku rasa ramai yang tak tau tentang hal ini. Ko ingat orang2 tua tahu kah? Ko yang muda pun baru tau kan?

Seriously. Sangat berisiko! Kalau hilang dan kena curi tu satu hal. Kalau ada anak yang “notty” curi kad bank omak abah dan joli sakan shopping? Tak meraung orang tua tu kan.

Kenapa bank tak tetapkan terus had pembelian runcit yang tak perlu pin tu kepada zero terus? Menyusahkan omak betul lah!

Kad ATM vs Kad Debit

Ada beza besar tau antara kad ATM dan debit card. Kad ATM tu kad legend lah macam kad ATM warna kuning Maybank dan kad ATM CIMB.

Tukar Kad Bank

Kad ATM adalah kad yang belum upgrade kepada status Debit Card.

Fungsi kad ATM ni hanyalah untuk digunakan pada mesin ATM — keluar duit, top up Touch n Go, transfer duit dan lain-lain transaksi yang boleh guna ATM.

Debit Card ada di cetak pada kad yang di tulis MY DEBIT atau PAYWAVE atau VISA atau MASTER dan ada tarikh luput 5 tahun.

Fungsi debit card pulak selain guna di mesin ATM — boleh juga berfungsi sama dengan kad kredit (bezanya kad debit kena ada duit) iaitu boleh buat payment online dan buat bayaran di tempat yang ada terminal debit card macam shopping mall, hotel, restoran dan sebagainya.

Bank Negara Malaysia mengarahkan semua bank (kecuali Agro, Affinbank dan Bank Rakyat ) untuk upgrade chip ATM card kepada chip Debit Card untuk fungsi pembelian runcit dan online sahaja.

Mulai 01.01.2017 transaksi pembelian runcit dan online akan di blok jika chip card TIDAK DI TUKAR kepada chip Debit Card.

Tak Perlu Tukar Kad Bank Jika Tak Guna Fungsi Debit Card

Tahu tak? Pemilik kad ATM lama sebenarnya tak perlu pun tukar kad bank baru!

Transaksi di mesin ATM boleh berjalan seperti biasa walaupun kad ATM itu tidak di tukar. Ye lah. Kalau guna kad ATM just untuk keluar duit tu buat apa nak tukar kad bank baru. Menambah risiko lagi ada.

Menyesal pulak aku pergi tukar kad ATM aku tu!!

 

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *