Tips Parenting | Amaran Bahaya Tertelan Bateri Lithium / Bateri Butang – Jangan Baca & Tengok Video Ini Jika Tak Mahu Jadi Gila!

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Cikros ternampak kes budak masukkan bateri jam dalam hidung tu. Rasa nak terhenti degupan jantung masa membacanya. Syukurlah telah dimuntahkan keluar. Alhamdulillah tidak tertelan!

Nampaknya ramai omak abah belum sedar tentang BAHAYA BATERI KECIK ini. Tahu tak? Ramai budak kecik/toddlers yang MATI akibat TERTELAN bateri bulat ni???

Kebanyakan kes berlaku di luar negara. Ada juga kes anak tertelan bateri di Malaysia tapi tidak dilaporkan media. Sangat banyak toys & gadget masih gunakan bateri Lithium kecik.

Bahaya Tertelan Bateri Butang Lithium

Omak abah ada anak kecik tolonglah protect anak anda. Terutama anak yang masih suka masukkan segala benda dalam mulut.

Bahaya Tertelan Bateri Butang Lithium

Jangan biarkan mainan/gadget yang ada bateri bulat ni bersepah2. AWASI AWASI AWASI anak anda masa bermain. Jangan leka walau sedetik.

Lagi bagus haramkan terus semua mainan yg ada bateri tu dalam rumah anda!!

“Bateri kecik cinonet pun nak takut?” . “Giler apa cakap bateri bulat kecik tu bahaya!”

Memang aku giler. Aku giler risau dan takut!! Korang BACA POST ni sampai habis & TENGOK VIDEO tu sampai akhir. Confirm korang pun akan jadi giler jugak! Seram! Meremang!

APA BAHAYANYA TERTELAN BATERI LITHIUM?
=========================================

Bateri Lithium = bateri butang (button battery). Nampak sweet comel dan harmless.

Jangan tertipu dengan rupa paras bateri ini!! Kecik-kecik cili padi.Kalau tertelan boleh mati!

Bagaimana? How mehh? Begini. Jika tertelan, bateri samada masuk dalam:

  1. saluran pemakanan esofagus, atau
  2. saluran pernafasan bronchus

Dua2 hal ini sangat berbahaya dan boleh bawa maut. Jika nasib baik, bateri Lithium mungkin saja terus masuk ke perut dan keluar melalui najis.

Bahaya Tertelan Bateri Butang Lithium

Tapi bateri kecik ini boleh tersangkut dalam kerongkong. Arus eletrik dari bateri + air liur hasilkan bahan kimia alkaline electrolyte / sodium hydroxide / caustic soda.

Berbuih-buih menghakis & membakar tisu-tisu dalam badan. Boleh menyebabkan kecederaan ‘chemical corrosive burn‘ pada tisu dan salur darah.

Bahaya Tertelan Bateri Butang Lithium

Saluran pemakanan boleh terhakis, cedera, berlubang dan bocor.. Saluran darah disekelilng boleh pecah meletuskan darah.

Pendarahan banyak tanpa henti / fatal haemorrhage boleh terjadi. HANYA DALAM MASA BEBERAPA JAM!!

Bahaya Tertelan Bateri Butang Lithium

Yes! Your child can bleed to death! Without you knowing it.

Ya! Anak korang boleh berdarah hingga mati! Tanpa korang sedari!!

Bahaya Tertelan Bateri Butang Lithium

Sujud syukur jika bateri berjaya dikeluarkan. Tapi itu tak bermakna bahaya sudah berakhir. Tisu-tisu yang cedera boleh terus menerus dihakis. Pendarahan masih boleh terjadi tanpa henti.

Sujud syukur jika tiada lagi pendarahan. Tapi itu tak bermakna hidup kembali normal. Kesan parut pada tisu boleh menyempitkan saluran. Menyusahkan untuk makan seperti biasa. Memerlukan pembedahan demi pembedahan utk membaiki.

Kerosakan dalaman yg memberi masalah seumur hidup. Nauzubillah. Mohon dijauhkan.

AMARAN 1:

Bahaya yang sama boleh berlaku jika bateri dimasukkan dalam hidung atau telinga. Sila ambik serius amaran ni. Malang tidak berbau. Kecelakaan boleh berlaku bila2 masa, di mana sahaja.

AMARAN 2:

Bateri baru lebih berbahaya sebab boleh mengeluarkan arus eletrik yang lebih kuat. Jauhkan bateri extra / spare batteries dari anak anda. Simpan di tempat yg tinggi dan tidak dapat dicapai anak. Bersusah-susah dahulu, tak menangis kemudian.

SIMPTOM / PETANDA ANAK TERTELAN BATERI LITHIUM
================================================

Awasi anak anda. Perhatikan jika anak:

  • Muntah. Makan sikit muntah. Makan muntah. Muntah2 lagi!
  • Hilang selera makan
  • Batuk dan selsema berhingus
  • Demam panas
  • Mengadu sakit tekak / dada
  • Sukar bernafas
  • Kepenatan melampau

Hmmmm. Macam simptom sakit demam biasa je???

That’s right. Sangat susah nak tahu jika anak sudah tertelan bateri. Melainkan anak yg menelan atau org yg nampak memberitahu.

Most of time. Bila tahu ia sudah terlambat! Sebab itu MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI!

Cegah sebelum terjadi. Supaya tak menyesal di kemudian hari.

Antara petanda bateri sudah lama berada dalam badan:

  • Muntah darah (jika tertelan bateri)
  • Keluar cecair coklat / hitam / lendir berdarah (jika tersumbat bateri / bendasing dalam hidung/telinga)
  • Mulut / nafas / hidung berbau busuk (jika tersumbat bateri / bendasing dalam hidung)

Jika ini berlaku SEGERA KE UNIT KECEMASAN HOSPITAL. Tak payah pergi klinik GP biasa tu. Terus ke hospital!!!

Aku nak cerita kisah yang pernah berlaku. Masa kecik dulu adik aku pernah tertelan jarum peniti. Dia letak jarum peniti dalam straw dan main macam sumpit.

Konon nak sumpit aku tapi tertelan pulak. Aku nampak terus bagitau emak. Bergegas kami ke hospital. Terus kena X-ray. Jelas nampak jarum tercacak dalam usus. Syukur esoknya jarum keluar masa membuang.

Nasib baik ada saksi yg nampak dan memberitahu. Jika tak? Dah muntah darah baru nak sedar. Nauzubillah!

SENARAI MAINAN & GADGET YG GUNAKAN BATERI LITHIUM
===================================================

Menurut National Capitol Poison Center in Washington, D.C., antara tahun 2005-2014 dilaporkan sebanyak 11,940 kes kanak-kanak bawah umur 6 tahun tertelan bateri Lithium. 15 daripadanya mati dan 101 menderita komplikasi kesihatan yang teruk.

Bahaya Tertelan Bateri Butang Lithium

Peningkatan kes disebabkan bateri Lithium ini ada di mana-mana!

  • permainan kanak-kanak
  • alat bantu pendengaran / hearing aids
  • alat kawalan jauh / remote controls
  • kad ucapan bermuzik / musical greeting cards
  • jam tangan
  • baju dan kasut bercahaya
  • cekak rambut berlampu
  • penimbang makanan / kitchen scales
  • kalkulator
  • termometer
  • dan banyak lagi

Bahaya Tertelan Bateri Butang Lithium

CONTOH KES2 TERTELAN BATERI
===============================

KES 1: OSCAR (4 BULAN) 2010

Oscar, 4 bulan alami masalah sukar bernafas dan dibawa ke hospital. Ayahnya syak dia tertelan bateri. Selepas X-ray terdapat objek bulat tersekat pada kerongkong. Tapi doktor mengatakan itu butang baju. Selepas dibedah memang betul objek adalah bateri butang Lithium!

Tetapi sudah terlambat sebab hakisan bateri telah menembusi tulang belakang Oscar! Akibatnya Oscar koma dan terpaksa dibalut dengan “body cast” selama 8 bulan.

Bahaya Tertelan Bateri Butang Lithium

Syukur Oscar selamat dan akhirnya boleh berjalan, Tapi pergerakan Oscar sangat terhad kerana tidak mampu menegakkan kepala terlalu lama disebabkan kecederaan pada tulang belakang.

KES 2: EMMET RAUCH (2 TAHUN) 2011

16 Nov 2011, seorang kanak-kanak bernama Emmett Rauch berusia 2 tahun telah tertelan bateri lithium yang kecil ini yang digunakan untuk alat remote control. Beliau terpaksa menjalani 18 pembedahan di Hospital Kanak-kanak Phoenix di Arizona, Amerika Syarikat.

Dalam kejadian itu, ibunya Karla Rauch tidak menyedari anaknya telah menelan bateri itu, dan tanda pertama yang ditunjukkan oleh anaknya ialah demam dan selsema saja.

Bahaya Tertelan Bateri Butang Lithium

Selepas 3 hari, keadaan anak beliau bertambah teruk dan mengalami sukar bernafas. Apabila doktor melakukan pemeriksaan x ray dada, mendapai terdapat objek bulat yang dipercayai bateri lithium pada saluran esofagusnya.

Emmet terpaksa dipotong dan dibuang esofagusnya sepanjang 4 inci akibat kerosakan kematian tisu. Beliau juga mengalami beberapa kali “collapsed lung” dan menjalani lebih 200 xrays. Kanak-kanak malang ini juga telah berada di hospital selama lebih 19 minggu di wad pediatric ICU.

KES 3: WSAM NOORVALI (13 BULAN) 2012

Bayi berumur 13 month old Wsam Noorwali mati dalam bulan August 2012 akibat pendarahan dalaman selepas bateri di dalam perutnya memecahkan saluran darah.

Wsam Noorwali muntah darah pada pukul 10pm dan mati akibat serangan jantung pada pukul 7am keesokannya.

Ibunya Fatima merayu doktor melakukan X-Ray tapi tidak diendahkan. Doktor cakap dia dia tahu apa yang dibuat dan mengugut meenyuruh security halau mereka jika masih buat bising. Wsam Noorwali diletakkan pada mesin bantuan pernafasan namun sudah terlambat bila bayi ini muntah darah berkali2 dan diserang sakit jantung.

KES 4: AMELIE (11 BULAN) 2013

Gemma, 37, a baker, meninggalkan bateri gantian baru untuk alat penimbang dapur / kitchen scales di atas meja ruang tamu. Amelie termakan bateri dan mula menangis dan tercekik.

Bahaya Tertelan Bateri Butang Lithium

Amelie, dipindahkan ke Children’s Department di St Bartholomew’s Hospital London dan dibedah pada pukul 9am keesokan hari. Bateri baru yang kuat arus elektrik itu telah tersekat dalam kerongkong bayi ini selama 20 jam!

Pembedahan mengambil masa 3 jam. Bateri telah menghakis saluran pemakanan Amelie dan membuat lubang kesan terbakar sebesar 11 cm!!

Bahaya Tertelan Bateri Butang Lithium

Amelie selamat dan sekarang berusia 20 bulan. Tetapi Amelie tidak mampu makan dan minum secara normal sebab parut dari hakisan bateri menyebabkan saluran pemakanan bayi ini menjadi sangat kecil. Amelie terpaksa bergantung kepada susu tinggi-kalori untuk hidup!!

KES 5: SUMMER STEER (4 TAHUN) 2013

Summer Steer, 4 tahun berulang-kali dibawa ke hospital selepas alami sakit perut, demam, muntah dan najis kehitaman. Namun doktor hanya mengatakan demam biasa dan menyuruhnya balik.

Bahaya Tertelan Bateri Butang Lithium

Summer muntah darah berkali-kali dan dimasukkan ke wad semalaman. Tapi doktor tidak diagnos sebagai serius dan discaj keluar.

Ibunya fikir anaknya kelihatan nazak dan selepas X-ray barulah ternampak bateri pada kerongkong Summer. Summer mati akibat serangan jantung 2 jam selepas itu!

KES 6: ELIE GATRELL (18 BULAN) 2014

Ellie Gatrell, 18 bulan mula sedar selepas pembedahan menyelamatkan nyawanya. Ellie alamai pendarahan dalaman akibat menelan sebiji bateri kecil yang disangkakan gula-gula.

Ellie terpaksa melalui banyak pembedahan susulan untuk membaiki kerosakan dalaman yang berlaku.

KES 7: BRIANNA FLORER (2 TAHUN) 2016

Brianna Florer, 2 tahun mati dua hari selepas Krismas akibat tertelan bateri. Datuk perasan cucunya tidak berapa sihat dan demam biasa selama beberapa hari.

Bahaya Tertelan Bateri Butang Lithium

Brianna kemudian mula muntah darah dan menjadi pucat lesi. Anak ini dikejarkan ke hospital dan segera dibedah. Tapi sudah terlambat. Pendarahan tidak dapat dihentikan.

Brianna mati akibat bateri yang ditelan membocorkan carotid artery / salur darah melalui saluran pemakanan.

** FOLLOW ON INSTAGRAM ** Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM
Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *