Tips Bisnes Online | 15 Tips Praktikal Guna Instagram Untuk Bisnes Online

Bismillah….Ya Wahhab Ya Razzaq Ya Fattah….

Instagram? Yup.. juga dikenali dengan nama manjanya Insta @ IG hehehe.

Kata Instagram adalah gabungan dua suku kata iaitu INSTA yang berasal dari kata instant dan GRAM yang berasal dari kata Telegram. Instagram adalah aplikasi yang bertujuan untuk berkongsi gambar di media sosial, samada dalam bentuk asal atau di edit dengan pelbagai efek khas. Kita juga boleh berkongsi video pendek berdurasi 15 saat di Instagram.

Awalnya, Instagram adalah aplikasi percuma milik iTunes tetapi sekarang Facebook dah beli Instagram dengan harga USD 1 juta

Kolot la kot kalau tak ada akaun Instagram ni kannnn.

Akak ni kira tak ketinggalan zaman la sebab dah ada akaun Instagram sejak 2010. Ada akaun je tapi tak aktif pun kat Instagram tu. Kira masuk kategori kolot jugak la nih hahahah.

Baru-baru ni akak aktif balik di Instagram akak sebab nak guna untuk bisnes Aloe Vera Forever Living + update personal photos anak-anak yang cecah ribu-ribu tu.  Meh la follow akan on Instagram. The more the merrier gitu.

Akaun Instagram kak Ros ==> https://www.instagram.com/aloe.vera.forever.living/

Aloe Vera Forever Living

Bagi korang yang newbie @ baru berjinak dengan Instagram ni, sini akak kongsikan beberapa tips praktikal menggunakan Instagram untuk bisnes online.

#1 Muat turun aplikasi Instagram

Instagram ni adalah satu aplikasi mobile devices yang canggih. Untuk bermula korang hanya perlu download app Instagram ni di smart phone atau tab. Kemudian sign up akaun di Instagram tu. Mudah je kan?

# 2 Akaun Public atau Private?

Korang boleh pilih samada nak pilih public atau private kan akaun Instagram tu.

Option public of coz membolehkan semua orang termasuk bukan follower untuk tengok kandungan Instagram korang tu. Plus.. korang tak perlu approve followers request.

Tapi kalau pilih option private hanya followers je yang nampak apa yang korang share @ post kat Instagram. Non followers sorryyyyy tak kan nampak. Korang juga kena rajin approve request untuk follow your IG.

So nak public or private? Hmmmm… ada master IG kata untuk bisnes better private kan. Supaya dapat lagi ramai follower. Tapi ikut pengalaman akak ni kan… better public kan aje Instagram kita. Tak perlu susah payah approve kan request dan lagi mudah orang nak follow kot.

#3 Maklumat Peribadi @ Bisnes

Korang letaklah gambar profile yang comel dan tulis maklumat ringkas tentang diri dan bisnes korang tu kat ruangan description. Pastikan ianya padat dan catchy @ menarik perhatian sebab hanya 150 perkataan je dibenarkan.

#4 Links

Korang boleh letak link kepada blog, fb dll di ruangan description. Korang boleh tulis link dalam caption tapi tak boleh klik pun. so decide lah nak letak link apa yang paling sesuai.

#5 Dapatkan Notifikasi

Instagram ni bukannya macam Facebook atau Twitter yang jenis web-based. Instagram ni mobile-based. So korang boleh set push notifications untuk Instagram ni. Nanti tak lah ketinggalan posting terkini kat IG yang korang follow tu.

Tapi kalau korang rasa macam too much sangat sampai annoying jadinya, better off kan push notification tu.

#6 Mula Upload Gambar

Dah ada akaun Instagram tu dah boleh mula post gambar yang korang suka. Boleh pilih samada nak ambik gambar on the spot guna Instagram atau pilih gambar yang sedia ada dalam galeri phone/tab dan share kat IG korang. The choice is yours!

Instagram

#7 Share Dengan Facebook etc

Satu ciri Instagram yang akak rasa terbaik ialah korang boleh auto post jugak gambar yang diupload kat Instagram terus dengan media sosial lain macam Facebook, Twitter, Tumblr dan sebagainya. So jimat masa!!

Akak suka sangat part ni sebab memang akak jarang nak post status kat Facebook tu. Biasa buka FB untuk scroll laju2 baca status kawan-kawan..heheh

#8 Be Original

Jadilah diri sendiri okeh. Gambar korang sepatutnya bercerita tentang diri dan kehidupan korang. Your photos tell your story. So… jangan sesekali post gambar curi. Kreatif la sikit.

#9 Filter & Kesan Khas

Ada banyak Instagram filters yang boleh korang guna untuk hasilkan gambar yang menarik dan unik. Try, cuba dan test hehehe

Tapi jangan terlebih sangat guna filter @ kesan khas tu nanti serabai jadinya. Akak suka guna apps PIP Camera dan Photo Editor. App free so ada iklan lah. Abaikan je iklan tu jangan klik pulak hehehe

#10 Gambar Square = Empat Segi

Instagram ni satu je masalah dia iaitu hanya akan post gambar bentuk empat segi. Kalau ambik gambar on the spot guna Instagram tu should be no problem.

Tapi kalau guna gambar yang ada dalam galeri phone/tab tu kena crop pulak dulu. Kadang-kadang hilang seri dan seni gambar tu weh. Jangan risau. Ada aplikasi yang boleh bantu. Akak biasa guna Insta Size dan Insta Square.

#11 Like & Follow

Newbie kan? Jangan teruja sangat nak like dan follow seramai boleh orang kat Instagram tu. Berpada-pada lah!

Akak suggest follow hanya orang yang korang betul-betul suka seperti artis dan kawan-kawan. Sama jugak kalau nak like sesuatu posting kat Instagram tu. Be genuine lah kan.

#12 Video di Instagram

Instagram ni korang boleh rekod video pendek up to 15 saat sahaja. Try lah guna filter dan splice cut clips untuk cipta animasi unik dan menarik.

#13 Komen

Komen lah benda yang baik-baik saja ye. Tak payah lah nak kutuk mengutuk orang kat Instagram. Orang biadap ramai kat dunia ni. Jangan jadi salah seorang daripadanya.

Fikir dulu sebelum beromen mengomen Instagram orang terutamanya IG artis yang mudah sentap. Kita ikhlas komen benda baik pun boleh di salah erti sebagai menyumpah atau mengutuk. Minda putus wayar macam tu lah.

#14 Hashtags

Rajinkan diri guna #hashtags yang berkaitan dengan gambar yang di post. Contoh macam #kerjadarirumah #foreverlivingproducts #foreverlivingmalaysia #bisnesonline. Penggunaan #hastags ni mampu menaikkan engagement dan followers.

Jangan suka-suki pulak main taram je letak #hashtags ni. Ada tu sampai setimbun #hashtags yang ntah apa-apa. Make sure relevan okeh!

#15 Konsisten

Cuba post minima sekali sehari. Tak semestinya upload gambar yang terkini. Korang boleh juga buat “throwback” tunjuk gambar-gambar yang menggamit memori korang. Contohnya gambar masa kecik, masa sekolah, masa travel dan sebagainya.

Rasanya itu sajalah tips Instagram dari akak. Jangan lupa follow my Insta yeah.

Akaun Instagram kak Ros ==> https://www.instagram.com/aloe.vera.forever.living/

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *