Testimoni RenoSkin | Bagaimana Eczema Bayi Boleh Sembuh Sepenuhnya Tanpa Menggunakan Krim Steroid?

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Aku nak share satu testimoni RenoSkin Medic Serum yang ditulis oleh ibu seorang bayi eczema. Terima kasih Nurul Shuhada Talib sebab sudi bagi keizinan untuk aku share dalam blog aku ni.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan sinar baru kepada penderita eczema dan lain-lain penyakit kulit di seluruh Malaysia. Amin…ya Allah… ya Mujib.

ECZEMA DAN MEDICSERUM UBAH SEGALANYA : PART 1

Bismillah. Shu mulakan post ini dengan tujuan sebagai rujukan dan perkongsian dari aspek kasih sayang ibu, kesihatan dan keusahawanan. Moga anda dapat baca perlahan-lahan dan menerima manfaat. Tak nak intro panjang lebar. Jom mula!

2014, lahirnya zuriat yang dinanti dalam kehidupan Shu dan pasangan. 2015, mulanya detik sedih,sugul dan sayu melihat anak kesayangan mula luka kemerah-merahan di muka dan seluruh badan dan disahkan penderita ECZEMA.

Dapat bayang tak? Allah sahaja yang tahu betapa runtun dan pilunya hati ibu memandang si anak yang luka sana sini. Hampir setahun begitu sahaja ceritanya. Mesti ada yang tanya. Tak ikhtiar ke Shu?

Ikhtiar? Sudah ber’tube-tube’ krim steroid di salai pada si kecil Insyirah yang tak berdosa. Berjumpa pakar kulit pun sudah. Hasilnya sama. Lukanya kering sekelip mata. Wow kan?

Testimoni RenoSkin Medic Serum Ubat Eczema Bayi Dan Dewasa

Tapi.Tapi.Tapi.

Kemudian jadi semula biji-biji merah bila panas terik dan berpeluh. Bermula dari belakang telinga. Insyirah akan menggaru keseluruh badan sehingga semuanya kemerah-merahan badannya.

Adoii…kita yang tua ni kalau gatal pon tak sedaq aih dok syok menggaru. Inikan budak yang kecil tu. Nak dilarang? Kalau kita? Orang larang time tengah gatal kulit tuh, ko rasa apa? Rasa nak penampaq ja orang tu kan? 😂

Testimoni RenoSkin Medic Serum Ubat Eczema Bayi Dan Dewasa

Macam tu lah Insyirah, bila cakap jangan garu satgi dia garu balik. Sambil main-main tak sedaq dah berdarah dah dia garu. Jenuh oii jaga anak eczema. Allah je tahu! Bila badan Insyirah je naik eczema rasa kental lagi lah nak sapu steroid.

(Eh, kome tahu ke steroid tu apa? Leh google baca, kesan jangka masa panjang dan bagaimana nak kesan krim tu mengandungi steroid atau tidak.)

Testimoni RenoSkin Medic Serum Ubat Eczema Bayi Dan Dewasa

Tapi. Hingga..

Sampai satu tahap eczema merobek dan bermaharajalela di kulit kepala Insyirah. Perasan tak banyak gambar Insyirah yang dibotakkan semasa umur 1-2tahun? Masa itulah rasa tak sanggup lah hai jiwa si ibu ini menyapu KRIM STEROID itu lagi kerana difikirkan kulit kepala si anak yang nipis.

Apa kesan jika aku asyik dok sapu pada kulit kepala yang nipis tu ek? Meresap hingga ke otakkah? Itulah yang Shu rungsingkan. Maklumlah Shu ni bidang sains tak berapa nak terror sebab saya bukan cikgu Sains. Haha. Main agak-agak je😂.

Then, cuba jugalah ikhtiar dengan bedak sejuk je. Konon nak natural tak nak bahan kimia. Bila naik je eczema tuh sapu bedak sejuk. Oklah! Walaupun xberapa nak kering luka Insyirah tu.

The worst thing is bila bedak sejuk tu kering maka jadilah ia debu-debu halus masuk ke mata,telinga,dan mulut anak yang comel ini. Masalah lain pula.

Konflikkan rasa? Tak tahu dah rasa nak guna apa. Dalam titipan doa dok mengharapkan janganlah ia berlaku lagi. Bila tiba masa eczema trigger, hati ini berkecamuk kesiankan si kecil yang tersenyum girang kesana kemari dalam keadaan luka sana sini😣.

Belum part orang tengok anak kita macam geli je. Maklumlah nampak tak bersih ja merah sana sini,luka sana sini. Luka kering ada luka basah ada. Bagi yang belum tahu dan betul-betul faham, eczema ni bukan penyakit kulit berjangkit ya! Janganlah geli-geli sangat lah nak pegang baby eczema. Janganlah prejudis tanpa membuat pembacaan.

Di sinilah Allah nak ajar diri ini SABAR bila orang jelek melihat anak kita. TAWAKKAL bila ikhtiar. Sebabnya, bukan ubat semata-mata penyembuh penyakit tetapi mesti DENGAN IZINNYA. Allah nak kita rasa KUAT dengan ujian yang tak seberapa ni jika nak dibanding dengan anak-anak lain yang dibedil peluru,dibunuh dan sebagainya.

Allah nak ampunkan DOSA kita yang lama,sekarang mahupun akan datang. Lagi, Allah nak uji sejauh mana kita menjaga AMANAH dan NIKMAT memiliki anak ni. Adakah kita merungut, bebal dan berputus asa? Yang paling senang faham, Allah RINDUKAN rintihan kita.

Allah nak kita bergantung harap padaNya 24 jam setiap saat. Supaya hati tak lalai dengan KENIKMATAN. Itulah manisnya UJIAN. Itulah hikmahNya. Disitu adanya BARAKAH dan RAHMAT dalam setiap ujian.

Maka, fahamilah jiwa si ibu kepada anak-anak eczema. Fahamilah anak-anak eczema juga seperti bayi yang lain. Kanak-kanak yang mahu tersenyum girang dengan kulit yang sihat.😃

Dengan rasa KASIH SAYANG mahukan anak sihat TANPA BAHAN KIMIA, Shu terjumpa lah 1 produk ni bernilai RM2++ untuk 20ml. Sanggup beli 2 botol je sebab terlalu mahal.😅

Tapi sama juga ia akan berulang cuma hati rasa lebih lega sebab produk tu benar-benar semulajadi. Sapu berulang kali pun tiada kesan sampingan. Sayangnya, memandangkan kos yang terlalu tinggi Shu guna semula bedak sejuk. Sebab eczema ni akan berlaku hampir setiap bulan tau. Bayangkan 1 badan nak guna 20ml? Macamana tu? Hihi.

Tak keruan jualah hati Shu. Nak buat lagu manalah lagi. Hampir buntu. Kulit Insyirah pulak dah berparut-parut. Apalah nasib anakku ini….Termenung juga kadang-kadang.

Ada yang baca posting ni sampai habis? Terima kasih uollzzz. Memang sporting baca panjang 5muka surat nih😁😁😂😂. Awesome lah korang!

Nak lagi dengar kisah kami dua beranak BERPERANG dengan ENCIK ECZEMA MR PERFECT ni?😉

ECZEMA DAN MEDICSERUM UBAH SEGALANYA : PART 2

Yang mana kenal Shu memang tahu Shu banyak masa melayan FB sebab Shu juga stokis pad herba ekslusif. Maka, memang rajinlah update status,promote dan iklan. Sibuk dok scroll fb sampai lah suatu hari terbaca produk eczema. Masa tu buat tak tahu sahaja sebab packagingnya biasa-biasa aja. Namanya pun tak pernah dengar. FALLUJA? Mai manalah produk ni?

NOTA: Falluja adalah nama lama RenoSkin Medic Serum. Nama RenoSkin adalah berdaftar dengan MyiPo di bawah Kategori Herba untuk Medical.

Tak lama kemudian nampak lagi produk tu. Asyik terbaca status produk ni berkesan untuk eczema. Mulalah rasa nak cuba. Cepat Shu screenshot. Saja Shu update status nak dapat mana produk tu. Tup-tup FOUNDER yang komen. Alahai. Terkejut sangat. Founder tu rupanya friend je kat FB Shu. Malu kejap.😆

Sape founder tu? Ce teka. Ce teka? Pasangan suami isteri sarjana Phd Puan Mairah Mustafa dan Mr Shahid Ali.

Setelah ditanya harga, dan kandungan bahan yang digunakan rasa memang nak beli. Apatah lagi, rupanya produk tu terhasil melalui HASIL KAJIAN PHD. Terkezut tak? Tak terkejut takpe.

Shu yang terkejut sebab tengok biasa je botolnya.😅 Tapi. Habis jurnal-jurnal, kajian-kajian dan ilmu diadun untuk menghasilkannya. Memang menambah keyakinan tu. Apalagi setuju beli sebotol dengan harga promosi. Sebab harga murah memang nak cuba. Tak la ralat sangat kalau tak jadi kan. Hihi.

Masa ni urusan jual beli sembang dengan founder tau! Founder yang jual sendiri. 😱 Yang poskan barang je orang lain. Kiranya bab nak close prospek memang kerja founder. Maka, dengan sebotol itulah Shu mula sapu-sapu kat telinga, dahi dan leher Insyirah. Kenapa bahagian tu sahaja? Padahal Shu kata satu badan ada???

Testimoni RenoSkin Medic Serum Ubat Eczema Bayi Dan Dewasa

Ok. Shu terangkan sikit. Eczema ni makin kita membesar dia akan makin kurang. Sebab apa? Sebab eczema ada kaitan dengan immune system. Dan masa ni Insyirah memang fully bf rasanya eczema tu pun berkurangan.

Tapi jangan dia berpeluhlah. Bila dia sakan main atau bilik tu panas naiklah askar2 merah yang kecil-kecil tu kat kawasan dahi dan tepi-tepi telinga. Masa ni lah Shu mula sapu. Sapu hari-hari sampai seminggi tengok tak kurang juga. Yang merah-merah tu jadi hitam-hitam. Buruk pula tengoknya.😂

Dalam hati dok pikir, produk ni ok ke? Masa sapu dan beli kemain lagi beritahu suami ni produk natural tau. Suami macam tak ambil pusing. Dia macam was-was je bila dengar ada produk untuk eczema Insyirah. Dalam tempoh seminggu dua Shu larang suami sapu krim steroid. Nekad nak guna produk tu ja. Suami mengiakan saja tapi asyik dok ulang macam takde kesan je.😒😒

Shu perhati dari sehari ke sehari. Lambatnya nak hilang biji-biji merah ni. Dah tu, jadi hitam pula. Lepas tu kering. Tak lama lepas tu jadi lagi eczema dalam bulan yang sama. Suami kata macam tak berkesan je!

Tapi. Shu sapu lagi. Tapi kali ni cepat je kering dan jadi hitam biji-biji merah tu. Suami macam nak mula percaya produk tu berkesan.

Testimoni RenoSkin Medic Serum Ubat Eczema Bayi Dan Dewasa

Lama kemudian, founder open untuk dropship dan ejen. Fikir punya fikir. Produk natural, murah. Kalau naik eczema nak sapu kat Insyirah pun senang hati. Jadi jelah ejen. Boleh beli dengan harga murah.

Masa ni tiada hati nak jadi ejen nak menjual. Nak buat stok sendiri ja. Dan waktu ni Shu sendiri stokis pad herba kan. Lagipon produk FALLUJA ni baru sangat. Susah nak grow sebab orang tak kenal lagi. So, ku beli 10 dok peruk dalam kotak sebulan. Sendiri guna.

Tapi bila dah beli 10 botol tu. Eczema Insyirah tak naik-naik pula. Aduh, rugi pula beli. Ce teka Shu buat apa dengan FALLUJA (RenoSkin Medic Serum) tu banyak-banyak? Nak jual orang tak tahu produk ni. Pening!

Haaa…. Apa yang Shu buat dengan selungguk FALLUJA (RenoSkin Medic Serum) tuh.?

Nak dengar “PART 3” tak pahni?

Terima kasih guys. Sanggup baca dan menunggu. Uollzzz memang sporting! Shu doakan korang murah rezeki

ECZEMA DAN MEDICSERUM UBAH SEGALANYA : PART 3 (Akhir)

Terima kasih follow PART 1& 2. Maaf tunggu lama PART 3 ni. Asyik tertunda sahaja😂. Sangat panjang tau kalini maklumlah LAST. Baca perlahan-lahan tau supaya menusuk jiwa sket. Hihi. Sambung kisah terbeli 10 botol dengan harga murah konon nak jadi ejen. Tup.Tup. Insyirah dah tak naik eczema????Boleh tengok gambar latest.

Nak buat gapo lah banyak-banyak ni? Shu bior je sudahnya. Takut-takut naik pula eczema mek Insyirah nanti. Hampir 2 bulan juga Shu peram hihi.

Sambil tu sapu-sapu kat kaki Shu yang ada sekelumit eczema dari zaman sekolah rendah. Hasilnya? Makin kering dan parut2 yang bertahun tu makin cerah! Biar betul😱. Serius hampir tak percaya.

Dalam tempoh dok peram stok tu bergunung-gunung testimoni masuk. Dari bab eczema,psoriasis, panau, kayap, luka melecur,gegata.. adoi banyak nak sebut. Yang paling banyak bab tangan sensitif sabun, air sampai nak makan pun susah.

Shu mula share dengan kawan-kawan yang ada masalah kulit, kot-kot ada yang berkesan. Masa ni share dengan team #JemaahShuLegacy dulu. Rupa-rupanya ramai dalam team pun hadapi masalah kulit. MasyaAllah. Allah temukan penawar tu untuk kami. Habis clear 10 botol tu. Dahsyat!

Hujung Disember Shu decide nak jadi stokis sebab nak beli dengan harga lagi murah. Dan yang paling penting nak bantu orang sebab rata-rata rakyat Malaysia hadapi masalah kulit sensitif,kulit kering cuma malu nak cerita. Apatah lagi nisbah anak-anak eczema harini 1:5. Ramai tu nak dibantu. Masih sanggupkah Shu nak biar mereka berlumuran dengan steroid?

Dengan rasa tanggungjawab untuk sebarkan kebaikan pada masyarakat, Shu berbesar hati grab peluang menjadi stokis. Shu antara orang terawal menjadi stokis #renoskin. Bayangkan! Itu pengumuman pertama founder ajak jadi stokis! Produk tak glamour lagi, orang tak tau lagi apa itu falluja? Kenapa lah Shu jadi stokis? Modal 4 angka! Uissyhh.. Mustahil dan pelik bunyi nye kan?

Hakikatnya, siapa yang pernah guna, sembuh dan dari sehari ke sehari kami terima beribu lemon feedback cust yang sembuh Shu yakin teramat falluja (RenoSkin Medic Serum) akan pergi jauh. 100% testimoni tanpa edit.

Shu tahu sebab Shu bersama-sama dengan founder melihat sendiri menerima gambar-gambar perubahan cust. Founder akan kongsi dengan kami gambar fresh dari cust. Tinggal nak crop masuk dalam pamplet testimoni ja. Tak hado bab nak edit bohong-bohong. Allah itu Maha Melihat Lagi Maha Mendengar.

Ada 2 perkara Shu tetapkan untuk mulakan apa2 bisness sekali pun. 2 perkara ni Shu sedar melalui pengalaman Shu hampir 4tahun dalam dunia online biz.

Pertama, cari produk yang menjadi keperluan bukan kehendak. Ok, sebelum ini Shu jual pad herba tanpa bau sebab Shu yakin orang itu akan beli sepanjang dia masih ada period dan majoriti rakyat Malaysia adalah perempuan.

Begitulah dengan produk ini, majoriti rakyat Malaysia menghadapi pelbagai jenis masalah kulit. Maka, repeat cust pasti ada! Dan mereka akan membeli juga tanpa perlu dipaksa. Mereka akan sanggup beli produk ini lebih dari beli pakaian atau makanan yang mereka teringin sebab KEPERLUAN.

Alang-alang Shu nak umumkan Shu bukan lagi stokis pad herba ya! Bukan apa ya, tapi sebab syarikat dah hentikan pengeluaran kerana masalah kewangan. Shu pon buntu nak pakai pad apa lepas ni. Adui!

Kedua, jika Shu nak jual, nak jual produk yang RARE. Maksudnya tak ramai orang jual. Kalau ramai sangat orang jual lagi banyak persaingan kita. Macam produk untuk eczema masih kurang dalam pasaran sebab itu Shu yakin nak teruskan untuk jadi stokis. So, senanglah, kalau nak cari produk eczema orang terus aim Shu je yang jual. Gitewww!😂

Bersama dengan team #renoskin awalnya asyik dapat testimoni cust orang lain. Bila Shu dah banyak menjual baru dapat testimoni cust sendiri. Masa ni lah akan jumpa cust yang sebak,menangis bila sembuh. Apa perasaan Shu?

Teruja hampir menangis kerana Shu faham derita masalah kulit ini. Rasa nak lompat bintang bila dapat tambah nilai kehidupan orang. Rasa gembira tersengih-sengih bila dapat tahu cust dah semakin yakin beribadah, berhadapan dengan orang.

Jika tidak, dulu rasa rendah diri dengan suami, kawan-kawan. Was-was bila solat takut-takut berdarah berlendir di kawasan yang bermasalah. Allahu. Moga dengan bisness ini mendapat saham dunia dan akhirat. Untung dunia dan untung akhirat. Best ke best?

Sedar tak sedar, Insyirah dah hampir 4 bulan tiada eczema. Suatu nikmat kesihatan yang lama diimpikan untuk anak tersayang. Alhamdulillah. Hingga harini hampir 9 bulan Insyirah sihat tanpa luka-luka mahupun biji-biji berair di muka mahupun di badan. Sujud berterima kasih pada Yang Maha Esa.

Testimoni RenoSkin Medic Serum Ubat Eczema Bayi Dan Dewasa

Perjalanan bisness Shu teruskan tanpa lelah mencari dan terus mencari penderita masalah kulit. Dan berterusan mencari ejen-ejen di seluruh Malaysia dengan niat melalui ejen-ejen ini mereka yang sakit lebih cepat dapat stok. Lagi cepat tersebar produk hebat yang kini dikenali #medicserum iaitu nama baru selepas #falluja.

Ejen-ejen ini mempunyai modal yang kurang daripada stokis tapi berjiwa besar nak sebarkan manfaat. Shu memang teringin sangat nak bantu ejen-ejen mencari pendapatan sampingan. Melalui modal Shu menjadi stokis, mereka boleh menjadi ejen sah berdaftar dibawah #familirenoskin.Yang berminat menjadi ejen di kawasan anda boleh terus hubungi Shu tanpa segan. Buat apa nak segan kan? Kita membuat kebajikan😃. Yang baik harus disegerakan.

Alhamdulillah selama hampir 8 bulan Shu menjadi stokis #renoskin dan bergerak bersama-sama #JemaahShuLegacy rezeki Shu bertambah. Team ni memang hebat, mereka bukan sahaja terima ilmu yang Shu kongsikan tapi sanggup tambah duit dan ilmu berguru di luar tau! Supaya biz tak langgar dinding atau terjun ke lautan dalam. Hebat deme ni!

Dalam kesibukan mencari mereka yang ingin sembuh masalah kulit dengan produk hasil kajian PHD ini, rupanya sudah 3x menjadi top stokis yang berjaya membuat sales 5angka. Syukur-syukur. Dalam dok ghalit mencari mereka yang ingin menambah pendapatan keluarga Shu telah terima 3bentuk cincin emas dari HQ. Subhanallah! Rezeki dapat founder Puan Mairah Mustafa yang murah hati.

Peringatan dari Shu, biz apa pun anda mahu mulakan mintalah izin dari suami. Restu itu penting dalam keberkatan hidup. Berkat ini panjang nak cerita. Ia dapat dirasakan dalam pelbagai nikmat kehidupan. Biz bukan duit semata-mata. Jika anda mahu biz kerana duit. Anda memang silap besar!

Niatlah biz dengan mahu tambah pendapatan keluarga bukan diri sendiri. Biz juga kerana mahu bantu orang lain dalam pelbagai aspek kehidupan. Niatkan juga kerana mahu memberi sedekah pada orang lain. Biz juga kerana mahu dekatkan diri dengan Allah, tambah saham di akhirat nanti. Biz ini FARDU KIFAYAH. Berniagalah anda dengan JUJUR dan AMANAH.

Jika produk #renoskin tak memberi kesan yang anda harapkan JANGANLAH TERUS MENGHUKUM kami penipu, kami tak jujur. Ingatlah, kesembuhan dari Allah. Mungkin produk ini kurang sesuai untuk saudara saudari.

Walaubagaimanapun, pihak HQ sehabis baik menghasilkan produk ini hasil dari jurnal-jurnal dan kajian-kajian saintifik. Produk yang dihasilkan dari mereka yang memiliki ilmu. Allah mengilhamkan produk ini melalui mereka TETAPI kesembuhan tetap dari Allah. Ingat ya!

Pahni, jangan ada yang tanya or cakap ” Kalau produk hasil kajian sarjana Phd KENAPA kami tak sembuh?” Shu tampor satgi. Haha.😂
Habis tu, Insyirah dan Shu sembuh eczema takkan nak melutut kat HQ anggap mereka tuhan yang menyembuhkan kan?. Fahamilah bahawa kita hanya BERUSAHA. Jelas!

Tak perlulah gusar dan was-was dengan produk organik ni. Bukan HQ beli Shu jadi duta pun,hihi. Shu adalah saksi kejadian dari mula produk ni berkembang. Shu juga saksi kejadian kepada beribu-ribu testimoni yang kome lihat hari ini.

#medicserum BUKAN JAMINAN anda sembuh! Tapi, selagi terdaya BERIKHTIARLAH. Mana tahu serasi dengan anda dan sembuh dengan Izin Allah. Siapa tahu?

Ok, takat ni sahaja kisah ini. Shu pon kalut nak tulis panjang2 sebab dah jadi mommy kepada sepasang cahaya mata. Dah macam powerpuff girl dah ni. Hikhik. Moga bermanfaat untuk dibaca. Terima kasih meluangkan masa membaca. Jumpa lagi di kisah seterusnya pada tajuk yang berbeza. Janji?

Credit: Nurul Shuhada Talib

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *