Telatah Izzah | Kisah Selimut Busuk Yang Memang Busuk, Kotor & Berlubang

Izzah ada selimut busuk. Memang busuk, kotor dan berlubang sana sini. Maklumlah dah 5 tahun pakai beb!

Masa Izzah belum lahir saya ada beli 2 helai receiving blanket jenama Luvable Friends berwarna hijau. Kenapa kaler hijau? Sebab masa tu jantina bayi belum dikenal pasti so beli warna neutral lah.

Luvable Friends ni jenama barangan bayi dan kanak-kanak dari United States. Masa tu banyak online shop yang jual blanket Luvable Friends ni.

Luvable Friends Blanket

Bila saya dapat receiving blanket tu.. saya suka sangat sebab saiznya extra besar berbanding receiving blanket jenama lain. Blanket Luvable Friends saiz dia 30 x 40 inci. Kalau receiving blanket biasa 30 x 30 je.

Senang sangat nak bungkus @ swaddle baby. Baby montel pun boleh bedung punya… heh heh.

Luvable Friends Blanket

Kain pun sangat lembut dan nyaman. Selesa for babies..

Luvable Friends

Cepat-cepat saya beli lagi 2 pack (4 helai) receiving blanket Luvable Friend berwarna pink dan hijau. Beli pink lah sebab masa tu baby girl dah keluar… ngeeee.

Luvable Friends

Masa Izzah small baby memang dia tak kisah lah guna blanket kaler apa pun.

Luvable Friends

Tapi bila dia dah umur 3 tahun maka minat dia pada segala mak nenek kaler PINK bermula!!

Luvable Friends

I love pink katanya lah.

Luvable Friends

So… blanket tu dia hanya nak guna warna pink sahaja. Warna hijau tak mau dah. Tak girly lah tu.

Luvable Friends

Sudah masuk 2 tahun asyik rotate 2 helai blanket kaler pink tu je. Blanket tu pun tinggal nyawa-nyawa ikan.

Dah reput. Serius. Siap ada lubang-lubang tau.

Kesan kotoran marker pen, coklat dan air tumpah pun ada. Mana tak kotornya.

Luvable Friends

Selimut tu lah jadi penenang masa tidur… jadi tudung… jadi pengelap hidung dan mulut.. jadi macam-macam.

Luvable Friends

Tak pernah saya tengok ada selimut super multi-purpose macam ni..heh heh.

Selimut tu bila lepas basuh memang wangi lah. Tapi lepas seminggu pakai confirm busuk punya lah. Ticer kat Taska mesti tahu macam mana busuknya blanket Izzah tu ha ha ha!

Luvable Friends

Geli dah mama tengoknya kakak oooi. Offer bagi kaler green tetap tak mau. Green not girly… not geli pun ye.

Luvable Friends

Saya nak beli baru selimut jenama Luvable Friends tu malangnya sudah habis stok kat Malaysia ni.

Luvable Friends

Jenuh saya cari. Semua online shop tak ada.

Luvable Friends

So… saya beli direct dari Amerika lah senang. Saya beli dari BabyMallOnline.com.

Luvable Friends

Alang-alang dah import dari US tu saya beli terus 6 helai kaler pink untuk kakak dan 6 helai kaler biru untuk adik.

Ambik ko nak. Rotate la blanket tu sampai baligh…heh heh.

Saya pernah beli dari BabyMallOnline.com tu. Ada shipping direct to Malaysia. Pakai Fedex International so ada tracking status.

Of course… shipping fee lagi mahal dari harga barang yang dibeli. Tapi bila campur dan convert lagi jimat sebenarnya dari beli kat sini.

Nanti saya cerita macam mana nak beli dari BabyMallOnline dan dapat diskaun 20% on top of current discount. Oh yeah!

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *