Telatah Izzah | Happy Birthday – Izzah Sudah 5 Tahun!!

Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik anak sudah membesar. Pejam celik pejam celik anak masuk sekolah. Kemudian masuk u.. then kahwin.. then kita dapat cucu…heh heh.

Tapi saya bab dapat cucu tu lambat lagi lah. Kurang-kurang 20 tahun lagi.

Eh.. tak jugak tu. Cucu saudara mungkin dalam 2-5 tahun ni. Tak sangka anak-anak saudara yang dulu asyik berkepit dengan saya tu dah besar-besar semuanya. Tak lama lagi saya jadi nenek…nek de…hu hu.

Happy Birthday Izzah

Anyway… lupakan pasal cucu mak cu semua tu. Saya nak cerita pasal Izzah. Dia dah sambut hari lahir yang ke 5!!

Happy Birthday my love. Mmmuahhh… masyinnn nya..

Macam tahun-tahun lepas… tak ada birthday party grand-grand. Just buat simple celebration kat taska.

Sambut birthday dengan kawan-kawan kat taska lagi senang. Kawan-kawan @ kanak-kanak sudah sedia ada. Tak perlu jemput-jemput lagi…heh heh.

Tahun lepas masa Izzah 4 tahun, saya beli kek rainbow. Sedap dan colorful sangat. So… tahun ni saya beli lagi. Budak-budak kan suka benda yang banyak kaler ni.

Happy Birthday Izzah

Tapi tahun ni just a simple rainbow cake. Tak de hiasan fondant. Sebab hiasan fondant tu macam membazir je. Mahal plus tak sedap pun.

Happy Birthday Izzah

Sebelum acara tiup lilin, budak-budak semua nyanyikan dengan kuat dan nyaring *serius.. bergegar gendang telinga mak ni* lagu birthday dalam 3 versi bahasa.. Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Sebab Izzah dah 5 tahun maka lilin pun ada lima lah. Macam payah je nak padam api lilin tu. Semput Izzah meniupnya…heh heh.

Lepas api lilin padam.. ada sesi foto dengan kawan-kawan mengikut kelas.

Mula-mula dengan classmates Izzah… kelas Scholar.

Happy Birthday Izzah

Kemudian… budak-budak kelas Apprentice.

Happy Birthday Izzah

Then… budak-budak kelas Novice. Kelas ni paling ramai. Budak-budak kecik lagi ni.

Happy Birthday Izzah

Pastu… budak-budak transit (budak yang dah sekolah rendah, hanya duduk half day kat taska).

Happy Birthday Izzah

Lepas sesi foto barulah sesi yang ditunggu-tunggu iaitu makan-makan. Amboii.. masing-masing menambah.

Ada sorang budak ni tambah sampai 4 kali kek rainbow tu. Sedap sangatkah atau kelaparan… ngeeeee.

So… saya test makan. Macam kurang sedap berbanding tahun lepas.

Happy Birthday Izzah

Patulah kurang sedap. Tahun lepas in between lapisan rainbow ada letak jem. Tahun ni just letak krim putih… ish..ish..ish.

Tapi budak-budak suka je makan kek rainbow tu. Sebab kalerful dan manis.

Actually.. saya ada order fondant cupcakes. Yeah.. fondant walaupun tak gemar sangat tapi sebab cantik saya beli konon nak dekorasi bersama kek rainbow.

Happy Birthday Izzah

Tapi.. masa saya test makan kat office… ewwwww… kenapa cupcake coklat ni penuh dengan krim putih in between kek dan fondant topping?

Tak sedapnya!!!

Biasanya cupcakes kan full dalam cup kemudian ada topping. Ni macam tak cukup adunan. Keknya separuh… krim separuh kemudian cover dengan topping. Geli tekak duk telan krim tu.

Fondant topping cupcake tu nipis je dan rasa lembut tapi krim yang banyak bawah topping tu yang spoil rasanya.

Happy Birthday Izzah

So… just letak dua biji sebagai hiasan. Balance simpan bawak balik rumah. Tak sedap so tak tergamak bagi budak-budak makan.

Happy Birthday Izzah

Anyway.. kek rainbow tu memang menceriakan budak-budak di taska. Semua happy makan sampai comot mulut…heh heh.

Happy birthday Izzah. Kakak sudah besar!!

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *