Tangled Quest | Tangled The Series Preview & Buka Puasa – Madam Kwan’s Sunway Pyramid

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Beberapa hari lepas aku bawa anak-anak ke Sunway Pyramid. Ada event untuk blogger iaitu Tangled The Series Preview & buka puasa di restoran Madam Kwan’s.

Tangled The Series Preview Madam Kwan Sunway Pyramid

Tangled The Series ditayangkan pada setiap hari Ahad, jam 11.30 pagi di saluran Astro 615. Siri animasi ini mengisahkan tentang pengembaraan Rapunzel apabila dia mula mengenali dengan lebih dekat ibu bapanya, kerajaannya, dan rakyat Coronora.

Tangled The Series Preview Madam Kwan Sunway Pyramid

Watak kesayangan ramai dari filem asal akan turut memeriahkan siri ini. Antaranya, kekasih sang puteri, Eugene Fitzherbert (atau Flynn Rider); panglima diraja yang juga rakan baiknya, Pascal; kudanya yang setia, Maximus; dan Suggly Duckling Pub Thugs. Tidak ketinggalan juga watak ibu bapa Rapunzel, King Frederic dan Queen Arianna.

Tangled The Series Preview Madam Kwan Sunway Pyramid

Siri ini turut memperkenalkan watak baharu, Cassandra iaitu seorang wanita kental yang menjadi individu penting buat Rapunzel.

Tangled The Series Preview Madam Kwan Sunway Pyramid

Untuk meraikan kemunculan semula Rapunzel di Asia Tenggara, Saluran Disney telah memperkenalkan pencarian watak di pelbagai platform, Tangled Quest. Berikut ialah tarikh dan lokasi Tangled Quest:

  • 21 May – 28 May ada special video booth, the Tangled Dream Booth, di 1 Utama Shopping Centre. Kanak-kanak digalakkan bercerita tentang impian mereka di sini.
  • 26 May – 11 June ada event “Dream Big, Princess” di Sunway Pyramid. Kat sini pun ada Tangled Dream Booth. Boleh kongsi impian dan bergambar dalam booth. Yang paling best dapat jumpa RAPUNZEL!
  • 11 June – 18 June akan muncul Pascal di Fahrenheit 88!

Tangled Quest Sunway Pyramid

Aku sempat juga bergambar dengan anak-anak dalam Tangled Dream Booth kat Sunway Pyramid tu.

Tangled The Series Preview Madam Kwan Sunway Pyramid

Mulanya tak perasan pun yang kotak besar berhiaskan gambar Eugene tu adalah Tangled Dream Booth.

Tangled Quest Sunway Pyramid

Aku suruh anak aku posing untuk bergambar dengan Eugene kat situ. Hehe!

Tangled Quest Sunway Pyramid

Ada banyak backdrop Tangled The Series yang menarik di Tangled Quest Roadshow Sunway Pyramid ni.

Tangled Quest Sunway Pyramid

Jangan lepaskan peluang untuk ambik gambar anak-anak dengan backdrop yang menarik tu semua.

Tangled Quest Sunway Pyramid

Ada sesi Meet & Greet dengan Rapunzel dan Belle (Beauty & The Beast). Sesi Meet Greet ada masa tertentu.

Tangled Quest Sunway Pyramid

Masa aku pergi sesi Meet & Greet Rapunzel pukul 6pm. Jika nak bergambar bersama famili dengan Rapunzel dan Belle, kena ambik nombor giliran dan beratur.

Tangled Quest Sunway Pyramid

Anak-anak aku dapat join group Meet & Greet so tak perlu beratur. Dapatlah bergambar beramai-ramai dengan Rapunzel dan Belle.

Tangled Quest Sunway Pyramid

Aku dapat wefie dengan Rapunzel. Hehe!

Tangled Quest Sunway Pyramid

Anak-anak aku memang seronok masa event Tangled Quest ni. Lepas buka puasa dapat pula goody bag Rapunzel yang cantik ni.Tangled Quest Sunway Pyramid

Dari 21 Mei hingga 30 Jun, kanak-kanak dan keluarga boleh mengambil bahagian dengan mengambil gambar Rapunzel, Eugene, Maximus atau Pascal dengan lambang Tangled Quest di Saluran Disney dan platform sosial milik Disney dan memuat naik di laman web Tangled Quest.

80 pemenang bertuah akan berpeluang memenangi beg cenderahati eksklusif yang bertemakan Tangled.

Selain dari beg cenderahati yang bertemakan Tangled, tiga pemenang bertuah akan berpeluang mengalami sendiri kisah pengembaraan Rapunzel di rumah dengan hadiah berupa ubah suai penuh bilik tidur bertemakan Tangled.

Aku dah join untuk Izzah. Harapnya Izzah dapat hadiah ubah suai bilik tidur tema Rapunzel. Ameen!

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *