Susah Mengandung | Mengandung Tanpa Di Sangka!

Ini nak cerita kisah MIRACLES. Keajaiban yang dikurniakan Tuhan. Kepada mereka yang tidak putus-putus meminta dan bertawakkal pada-Nya.

Kisah-kisah miracle ni tak jauh pun dari me. Kat dalam ofis  me je pun.

Nak share sini supaya yang masih mencuba untuk mengandung tu.. jangan putus asa. Keep on trying!

Kakak Umur 43 Mengandung Selepas 8 Tahun Mencuba!

Yup. Kakak ni biar me panggil dia kak Z je okey. Dia spesis jenis susah nak mengandung macam me la jugak.

Dia dapat anak pertama 10 tahun lepas. Melalui kaedah IUI. Bukan sekali tapi tiga kali cuba tau. Kat LPPKN juga.

Bila anak dah umur 2 tahun, dia pun cuba lagi. I think about 4-6 kali IUI . Dengan triple-dose ubat. Dengan beribu-ribu habis. Dengan pernah miscarried sekali. Tapi tak ada rezeki.

So tak apa. Dia tak mahu buat IVF atas personal reason yang saya tak tahu. Maybe kewangan sebab dia baru beli rumah. Jadi, kak Z dan suami setuju nak ambik anak angkat.

Dah ada calon anak angkat (ada pasangan suami isteri muda miskin yang beranak tiap tahun, nak bagi baby dalam kandungan). So, kak Z pun prepare apa yang patut. Siap belikan keperluan baby *masa tu lagi 2 bulan baby nak keluar*, siap book hospital, siap bayar certain amount kat parents baby tu *emm.. macam jual anak la pulak kan*, siap prepare all the necessary documents lah.

Patut baby lahir bulan 11 tahun lepas.. tapi bulan 12 mak budak tu kata belum beranak. Main elak-elak. Rupanya diaorang berubah fikiran. Tak mahu bagi baby jadi anak angkat. Kensel!

Kesian kak Z ni. Tapi me tengok dia cool je. Me cakap kat dia… maybe akak belum ready.. maybe ada something else yang Tuhan dah plan for her. I was right!

Tanpa di sangka-sangka… kak Z dah mengandung 2 bulan *as of May 2010.. kisah benar.. baru berlaku ni*. Mengandung tanpa mendapatkan apa-apa rawatan IUI ke.. IVF ke.. tak buat semua tu!

Siapa sangka kan? Kalau Allah nak bagi rezeki.. sekejap je dapat. Maybe sebab tu Tuhan buat mak baby yang konon nak bagi anak angkat tu berubah fikiran. Sebab Dia dah sediakan rezeki anak sendiri for her. Alhamdulillah!

Adik Umur 32 Tahun Mengandung Selepas 3 Tahun Mencuba!

Adik ni bukan my adik kandung okeh. Adik and kakak me semua spesis subur-subur belaka. Masing-masing anak 3 dan 8 setiap sorang!! Tak tahu kenapa me sorang je spesis special sikit… ha..ha..

Okey.. let me call this adik Ellie je lah ye. Dia pun sama ofis dengan me.

Ellie pun dah ada anak umur 5 tahun.  Lepas tu cuba dan cuba tapi tak jugak mengandung. Dia pernah buat small operation for endometriosis.

Last few week, dia pergi lah LPPKN. Tapi bila doktor suruh buat HSG dia tak mahu. Sebab takut kena probe dengan equipment HSG tu… Serik katanya sebab tak suka kena vaginal scan he..he.

Kami (me, kak Z, Ellie dan sorang lagi office mate) ni memang lunch together. Sebab kami je perempuan Melayu terakhir kat ofis ni… aha..ha..ha

So.. bila time lunch si Ellie ni asyik duk pegang la kak Z ni. Supaya aura mengandung tu berjangkit kat dia…ha..ha

Tengok-tengok memang berjangkit! Okeh.. me gurau ke pasal berjangkit mengandung ni. Tapi si Ellie ni memang dah disahkan positif mengandung 4 minggu!! Baru je dia bagitau me semalam.

Again.. dia tak buat treatment apa-apa pun. Agaknya dah memang musim mengandung la kat sini. Lepas ni jangkit kat me pulak kot? Amin!!!

Anyway.. me share both stories supaya yang tengah mencuba-cuba tapi belum berjaya tu.. supaya jangan putus asa. Disamping berusaha, kena ingat yang rezeki anak tu dari Allah. Kena minta dengan Dia. Jangan sesekali lupakan Dia.

Kadang-kadang Tuhan nak tengok sejauh mana kita sanggup mencuba. Dan samada kita betul-betul nak anak. Sebab hanya orang yang special sahaja diujinya. So, fikir-fikir kan lah.

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *