Susah Mengandung | Hanya Yang Alami Memahami

Saya ingin berkongsi semula pengalaman tentang masalah susah mengandung nih. Harap dapat membantu.

Sedikit history tentang saya yang dulunya susah sangat nak mengandung ni.

Saya kahwin tahun 2004 dan tidak pernah merancang keluarga (tak kenal pun pil perancang what so ever).  Tapi lepas 3 tahun masih belum ada rezeki anak. Hati dah tak tenteram dan sedih tu tak boleh cakap lah.

Terutama bila kena sindir ‘mandul’ dengan orang-orang terdekat.

Terutama bila tengok kawan-kawan yang baru je kahwin terus bunting pelamin. Rasa dunia ni sangat tidak adil!!!

Pada tahun 2006, saya dapat kerja di tempat baru (tempat kerja saya sekarang lah ni). Masa tu ada seorang staff yang ada masalah susah mengandung juga bagitau dia sedang buat rawatan kat LPPKN. Masa tu adalah kali pertama saya dengar tentang LPPKN!

Terus saya bagitau Big Babah dan call LPPN pada akhir tahun 2006. Tapi saya diberikan appointment dalam bulan Februari 2007. Berbulan-bulan kena tunggu!

Apa maknanya tu kalau lama sangat kena tunggu untuk dapatkan appointment kali pertama dengan LPPKN? Maknanya ramai lagi orang yang senasib dengan kita.

Doktor kata saya ada masalah ketidakseimbangan hormon. Tensen sangat la kot masa tu..he..he

Tapi period saya memang tak ada masalah – regular je. Xtray HSG (Hysterosalpingography) pulak tunjukan tidak ada tiub tersumbat tapi ada masalah Pelvic Adhesion yang biasanya ada pada orang yang pernah kena bedah. Tapi saya tak pernah pulak kena bedah sebelum tu…heran..heran.

SAya pun cuba rawatan kesuburan dengan makan Clomid (pil subur),suntik Gonal-f, Pregnyl dan seterusnya buat IUI.

Gonal F

Berkotak-kotak Gonal-f kena injek kat perut..hu..hu

Gonal-F dan Pregnyl tu kena suntik sendiri pulak tu. Saya takut nak buat so Big Babah la jadi doktor..he..he

Gonal-f injection

IUI kali pertama gagal!! Memang sedih tahap moyang gaban dah masa tu. Tapi saya tak give up. Terus buat IUI kali kedua bulan seterusnya.

Alhamdulillah bulan September 2007, saya mengandung anak pertama. Izzah dilahirkan masa kandungan 34 minggu melalui pembedahan. Sebab Izzah tu tak sabar sangat nak keluar…dia tendang uri sampai pecah air ketuban..he..he

Lagi satu sebab kena bedah sebab saya ada Placenta Previa – masalah uri di bawah menutupi saluran peranakan (cervic opening). So, baby memang takleh keluar ikut jalan biasa lah.

Placenta Previa

9 bulan lepas Izzah dilahirkan, tiba-tiba saya disahkan mengandung lagi!!

Memang ajaib sebab saya mengandung secara natural/semulajadi tanpa bantuan ubat kesuburan atau pun IUI. Saya masa tu tak de lah makan pil perancang atau sengaja merancang sebab saya tahu saya ni memang susah nak lekat punya.

Tapi sebaliknya, terbukti saya boleh mengandung tanpa rawatan. Malangnya kandungan ke dua saya tu gugur masa 11 minggu. Mungkin sebab masalah ketidakseimbangan hormon saya tu.

Lepas keguguran anak kedua tu, kami decided buat family planning secara semulajadi tanpa pil perancang atau ikat saluran peranakan. Semulajadi adalah lebih bagus dan tidak ada kesan sampingan kan?

Pada awal tahun 2010, kami pun mula berusaha untuk dapatkan anak lagi. Berbulan-bulan usaha tapi tak lekat juga. Malah saya mula rasa sedih bila tengok kawan-kawan kat ofis mengandung masa tu.

Ingat nak terus pergi LPPKN lagi tapi masa tu LPKKN pulak tutup beberapa bulan sebab tengah renovate. So.. nampaknya kenalah usaha cara lain.

 

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *