Rawatan Kesuburan | Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF)

Pernahkah anda dengar tentang Tunku Azizah Fertility Foundation? Kita ada Yayasan Kesuburan di Malaysia.

Tunku Azizah Fertility Foundation diwujudkan oleh Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam tahun 2004. TAFF telah membiayai kos rawatan IVF untuk lebih 240 pasangan and beribu-ribu pasangan lagi berada dalam senarai menunggu. Lebih dari 53 bayi IVF telah dilahirkan dengan bantuan Tuanku Azizah Fertility Foundation.

Tunku Azizah sendiri mengalami masalah kesuburan dan telah mendapat rawatan kesuburan di banyak tempat. Dia pernah alami 16 kegagalan dan 6 keguguran. Beliau akhirnya berjaya mengandung dengan bantuan pakar kesuburan Malaysia, Dr PC Wong. Tunku Azizah sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak.

Baby

Apakah sebenarnya Tunku Azizah Fertility Foundation? TAFF adalah sebuah yayasan kesuburan yang memberikan bantuan kewangan kepada pasangan yang susah mendapat anak pertama. Kos rawatan kesuburan dibiayai sepenuhya oleh TAFF.

Tetapi TIDAK semua pasangan boleh mendapat pembiayaan TAFF. Kos rawatan IVF biasanya mencecah RM10,000 hingga RM15,000. Anda hanya boleh memohon jika memenuhi kriteria berikut.

  • Pendapatan isi rumah (suami isteri) KURANG dari RM4,000 sebulan
  • You have been married for at least 3 years
  • Tidak mempunyai anak
  • Isteri berusia kurang dari 45 tahun
  • Suami dan isteri warganegara Malaysia
  • Perlu mendapat rawatan kesuburan dari pusat rawatan kesburan yang diiktiraf oleh Tunku Azizah Fertility Foundation seperti iCare Fertility Centre di Island Hospital, Penang dan Metro IVF.

Saya telah tahu tentang Tunku Azizah Fertility Foundation sejak saya berkahwin dalam tahun 2004. Malangnya saya tidak memenuhi syarat pendapatan kurang RM4,000 sebulan.

Jika anda memenuhi semua kriteria di atas, apa kata mohon bantuan pembiayaan kos rawatan kesuburan dari Tunku Azizah Fertility Foundation. Memang sudah beribu-ribu orang berada dalam senarai menunggu. Tetapi kalau tak cuba tak tahu dapat ke tak kan?

Untuk maklumat lanjut tentang TAFF, sila hubungi TAFF.

Tunku Azizah Fertility Foundation,
Istana Abdul Aziz, Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang

Phone: 09 573 3241 (Amy)
Email: taff2004@streamyx.com

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

2 Comments

  • mohd hafiz says:

    bagaimana hendak mendaftar di yayasan tersebut.saya dan isteri memang mahukan anak.harap boleh bantu kami..terima kasih

  • Mohd Faizal Bin Khalif says:

    Assalamualaikum….boleh saya tau macam mana nak buat pendaftaran. Saya dah berkahwin 8thn dan masih belum peluang mempunyai anak. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *