Ramalan Jantina Bayi Dalam Kandungan | Carta Kuno Cina Peking Tepat 95%

Sebaik sahaja tahu kita mengandung, mesti kita tertanya-tanya jantina anak dalam kandungan samada lelaki atau perempuan. Nak tunggu scan jantina bayi kena tunggu pulak 18 minggu ke atas. Kalau boleh nak tahu secepat mungkin bukan?

Kalau anda jenis tidak sabar (macam saya), boleh saja gunakan jadual ramalan jantina berdasarkan kalendar cina. Ramalan jantina berdasarkan kalendar cina ini dikenali sebagai Carta Kuno Cina atau Carta Kuno Peking.

Tidak ada bukti saintifik yang mengesahkan Carta Kuno Peking ini betul-betul tepat tetapi disebabkan hanya ada dua pilihan – lelaki atau perempuan – 50% sudah pasti betul. Penggunaan carta kuno jantina bayi ini juga agak menyeronokkan.

chinese calendar gender prediction 01 Ramalan Jantina Bayi Dalam Kandungan | Carta Kuno Cina Peking Tepat 95%

Kita boleh lihat ramalan jantina bayi dengan carta ramalan jantina bayi semasa awal kehamilan. Kemudian tengok samada ianya betul semasa kita scan jantina bayi dalam kandungan. Lagi baik kalau kita tunggu bayi lahir dan tengok betul atau tidak.

Sejarah Carta Ramalan Jantina Bayi Cina Purba

Carta Kuno Peking berusia lebih 700 tahun dan ditemui tertanam dalam makam diraja di Beijing.

Carta kuno cina ini meramal jantina bayi berdasarkan umur anda mengikut kalendar Cina (Chinese lunar age) semasa anda mengandung dan bulan kalendar Cina (Chinese lunar month) semasa persenyawaan (conception) berlaku.

Carta ramalan jantina bayi cina purba ini berdasarkan kepercayaan bahawa wanita pada umur yang sama berkemungkinan besar mengandungkan anak yang sama jantina.

Ada dua maklumat yang diperlukan:

  • umur mengikut kalendar Cina (Chinese lunar age) semasa mengandung
  • bulan kalendar Cina (Chinese lunar month) semasa persenyawaan berlaku (bulan pertama mengandung)

Umur kita mengikut kalendar moden tidak semestinya sama dengan umur mengikut kalendar Cina. Jangan risau. Kita boleh kira umur mengikut kalendar Cina menggunakan kalkulator secara online.

Klik sini untuk kira umur kalendar Cina anda.

chinese gender prediction 04 Ramalan Jantina Bayi Dalam Kandungan | Carta Kuno Cina Peking Tepat 95%

Masukkan tarikh lahir dan tekan butang untuk kira.

chinese gender prediction 03 Ramalan Jantina Bayi Dalam Kandungan | Carta Kuno Cina Peking Tepat 95%

Bila sudah tahu umur mengikut kalendar Cina, kita boleh gunakan kalkulator carta kuno cina untuk meramal jantina bayi.

Klik sini untuk tahu jantina bayi dalam kandungan anda.

Masukkan umur mengikut kalendar Cina dan bulan pertama mengandung (bulan persenyawaan).

Contoh: Saya berusia 38 tahun. Hari pertama datang haid terakhir sebelum mengandung ialah 30 March 2012. Bermakna bayi disenyawakan dalam bulan April (bulan pertama mengandung).

Keputusan ramalan jantina bayi saya.Tada!!

chinese gender prediction 01 Ramalan Jantina Bayi Dalam Kandungan | Carta Kuno Cina Peking Tepat 95%

Bayi lelaki. Baby boy!

Bila saya scan jantina bayi dalam kandungan semasa 6 bulan, memang confirm saya sedang mengandung bayi lelaki. Ramalan jantina mengikut carta kuno kuno tepat sekali.

Semasa mengandung anak pertama dulu, saya tidak gunakan carta ramalan jantina bayi ini. Mari kita tengok samada Carta Kuno Peking ini juga tepat meramal jantina anak pertama saya.

Bagi anak pertama, umur saya 33 tahun dan mengandung dalam bulan September. Jantina mengikut carta kuno cina ialah perempuan. Tepat sekali. Anak saya memang perempuan.

chinese gender prediction 07 Ramalan Jantina Bayi Dalam Kandungan | Carta Kuno Cina Peking Tepat 95%

Carta ramalan jantina bayi Cina kuno ini dikatakan hanya 95% tepat. Jika ramalan jantina bayi adalah tidak betul mungkin disebabkan:

  • Tidak gunakan umur mengikur kalendar Cina (Chinese lunar age)
  • Salah kira bulan bayi disenyawakan (bulan pertama mengandung)

Selamat mencuba. Ingat ye, ramalan jantina bayi Carta Kuno Peking ini hanya untuk seronok-seronok sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

CommentLuv badge